Dilema Protun... tubuh parti baru atau join parti sedia ada...Sendiri Cari PAsal...Duduk Elok Elok Buat Hal
Bukan lagi rahsia kumpulan penyokong Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai 'Protun' tengah berkira-kira mahu menubuhkan satu parti politik baru sebagai platform mereka.
Tentulah Mahathir tidak akan aktif, mungkin jadi penasihat atau mursyidul am saja... mahu tidak mahu nampaknya seperti yang beliau rancangan, orang kuatnya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan lead dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bantu.
Itu rancangan nombor satu yang lebih mudah dari segi menentukan struktur parti.
Yang lebih mencabar jika Protun memilih untuk join parti yang sedia ada, samada PAS, PAN,mahupun DAP.
Menyertai mana-mana parti yang sudah wujud akan menyukarkan pembahagian jawatan.
PKR tolak tepi... Muhyiddin yang popularkan ungkapan PKR = Parti Kian Runtuh... kalau dia masuk PKR juga, propagandis UMNO/BN boleh ulang tayang video tu berkali-kali, baik guna media arus perdana mahupun media sosial.
Lagipun, PKR dah sarat dengan agenda. Agenda Anwar, agenda ex PRM (sosialis), agenda ABIM dan JIM. Jadi di manakah Protun hendak bawa agenda mereka.
Hendak masuk parti baru tubuh macam PAN, nampak menarik tapi orang senior macam Muhyiddin tak akan hendak berketuakan Mat Sabu dan Salahuddin Ayub.
Kalau Muhyiddin hendak ketuai PAN, soalnya bagi ke Mat Sabu, macam mana pengikut-pengikut PAN?
Muhyiddin ni siapa, masuk-masuk parti hendak jadi bos?.
Pada Selasa, Mat Sabu menafikan pernah membuat kenyataan yang mendakwa Muhyiddin dan Mukhriz telah menyertai PAN.
Ia disahkan oleh Setiausaha Presiden PAN, Mohd. Azhar Mat Dali melalui satu kenyataan akhbar.
Terdahulu, satu kenyataan media disebarkan pada Isnin kononnya dibuat oleh Mat Sabu bagi mengalu-alukan penyertaan bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar Kedah ke dalam PAN.
Presiden PAN itu memaklumkan beliau tidak pernah menyatakan apa-apa mengenai hala tuju Muhyiddin dan Mukhriz selepas mereka dipecat daripada UMNO baru-baru ini.
Tinggalkan PAN, jika hendak masuk PAS, kalau setaraf Muhyiddin dan Muhkriz lambat hendak naik... dan sudah pasti tidak boleh catur agenda sendiri sebaliknya kena ikut agenda PAS.
Cuba bayangkan apa jadi jika Mukhriz Mahathir bercakap tentang perlaksanaan hukum Hudud...?
Sudah pasti merah wajah kakaknya Marina dan ayahnya Tun Mahathir.
Sebab itu, jika bercakap soal hendak menang PRU saja, paling mudah untuk kumpulan Protun adalah masuk DAP dan bertanding di kawasan majoriti Cina.
Mana tau sangkut boleh jadi MP lagi, cuma masalah dengan join DAP ini adalah bukan semua boleh bertanding, DAP hanya hendak sorang dua Melayu untuk jadi ikon saja, dan yang paling berisiko join DAP adalah sampai kiamat kena kutuk dengan bangsa sendiri.
Sebab itu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi membuat kesimpulan mudah mengenai move Muhyiddin.
Baginya, rancangan Muhyiddin yang mahu meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baru tidak akan memberi saingan kepada UMNO.
"Sokongan masih kuat...belum boleh sampai (ke tahap mengugat UMNO), kekuatan ada pada UMNO," katanya.
Ahad lalu, Muhyiddin dalam satu sidang media bersama Mukhriz menyatakan hasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu.
Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.
Ditanya mengenai dakwaan Muhyiddin yang beliau sebenarnya seorang ahli yang setia pada parti, Abdullah berkata: "Sekiranya dia baik, dia akan tetap berada dalam UMNO," katanya.
Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi ada moleknya Muhyiddin mengemukakan rayuan kepada Lembaga Disiplin untuk menyertai semula UMNO jika masih mahu berjuang dalam politik.
Menurutnya walaupun Ahli Parlimen Pagoh itu sudah menyatakan tidak bercadang untuk membuat rayuan, tindakan itu adalah langkah terbaik untuk menjadikan beliau lebih dihormati dalam kalangan ahli UMNO.
“Muhyiddin pernah cakap bahawa UMNO adalah darah daging beliau, jadi apa salahnya jika beliau membuat rayuan.
“UMNO sentiasa memberi ruang untuk mana-mana ahli mengemukakan rayuan dan jika ahli biasa pun boleh merayu kenapa tidak beliau sebagai ahli politik yang kanan dan bekas Timbalan Presiden parti,” katanya.
Menurut Mohd. Puad yang juga Ketua Pengarah JASA, tindakan mengemukakan rayuan adalah yang terbaik untuk Muhyiddin berada dalam UMNO dan meneruskan perjuangan politiknya.
“Beliau sendiri tidak jelas dan yakin untuk menyertai parti pembangkang atau menubuhkan parti baharu.
“Ini menunjukkan Muhyiddin sendiri sudah dapat lihat bahawa parti pembangkang bermasalah dan ada kemelut yang sukar diselesaikan antara mereka sendiri,” jelasnya.
Justeru, tambahnya, tidak ada cara lain untuk menjadikan beliau terus dihormati selain daripada mengemukakan rayuan.
Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat lepas membuat keputusan memecat Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden parti dan Mukhriz, bekas Menteri Besar Kedah.

Comments