Posts

Showing posts from June, 2010

Mohd. Asri Dijangka Serah Borang Umno Sebentar Lagi Kepada Najib

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disebut-sebut akan menyertai Umno dijangka menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Satu majlis ringkas penyerahan borang keahlian berkenaan akan diadakan sebelum bermulanya mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang dijadualkan kira-kira pukul 8 malam ini.
Spekulasi kemasukan Mohd. Asri ke dalam parti mendapat perhatian banyak pihak selepas Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof mengumumkan khabar gembira itu semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang Sabtu lalu.
Ramai percaya ulama muda itu tidak akan menyertai Umno kerana beliau seorang yang terkenal dengan sikapnya yang berpendirian tegas.
Memetik laman web rasmi parti, Umno Online, Ab Rauf yang juga Naib Ketua Bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan…