Posts

Showing posts from February, 2015

Urusan Wang Tunai Di Kaunter Imigresen Akan Ditamatkan....Bagus Dan Terbaik Mengelakkan Ketirisan

Image
PETALING JAYA: Jabatan Imigresen akan menghapuskan semua urusan wang tunai (cash dealing) di kaunter menjelang akhir tahun ini sebagai salah satu usaha memperkasakan integriti jabatan itu.

Ia seiring dengan matlamat menjadikan Jabatan Imigresen sebagai sebuah jabatan mesra pelanggan dengan moto “Mudah, Cepat dan Berintegriti”.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, sebagai ganti, semua urusan wang tunai akan dibuat melalui sistem dalam talian.

Ia kata Mustafa, bukan sahaja merupakan kaedah terbaik bagi mencapai hasrat “Mudah, Cepat dan Berintegriti” malah memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen tanpa sebarang persepsi negatif.

 Menurut Mustafa, isu integriti sering ditimbulkan oleh masyarakat sehingga memberikan persepsi negatif terhadap jabatan itu.

Beliau mengakui wujud masalah integriti di dalam jabatannya tetapi ia hanya melibatkan sejumlah kecil pegawai yang merosakkan nama baik imigresen.

Sebagai contoh hanya lapan daripada 13,000…

Video 'Izinkan Anwar minum teh bersama Agong'...Kah Kah Kah...Apa Kejadahnya

Image

Tidak ada sidang media Mahfuz bersama ibu Sirul Azhar...Kena Kencing Lagi

Image
KUALA LUMPUR: Sidang media Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama ibu bekas korporal Sirul Azhar Umar yang sepatutnya diadakan pagi ini, sebenarnya tiada.

Perkara itu dimaklumkan seorang staf Pejabat Agung parti itu, Saripuddin Mohd Yatim kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Katanya beliau telah menerima panggilan dari Mahfuz yang dikatakannya berada di Alor Setar dan memaklumkan bahawa beliau (Mahfuz) tidak ada membuat apa-apa jemputan sidang media dan tidak tahu menahu tentang perkara itu.

"Dia memang tidak tahu pasal sidang media ini... katanya jika ada sidang media, dia akan membuat jemputan," katanya di hadapan sekumpulan wartawan yang sedang menunggu sejak jam 10.40 pagi.

Semalam, satu mesej jemputan telah tersebar menerusi Whatsapp yang menyebut PAS akan mengadakan satu sidang media di Pejabat Agungnya bersama ibu Sirul, Piah Samat, 74 tahun, pada jam 11 pagi.

Saripuddin bagaimanapun menyifatkan pesanan tersebut sebagai palsu dan tidak pernah disebarkan oleh pihakn…

HAJI HADI DICADANG JADI MURSYIDUL AM, SIAPA PULA PRESIDEN PAS?

Image
KENYATAAN MEDIA

SARAN TG ABDUL HADI BERI LALUAN TOKOH BAHARU ISI KERUSI PRESIDEN, PERKASAKAN MSU JADI MURSYIDUL AM PAS

1. Pas Kawasan Batu menyarankan agar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke 61, Mei ini, bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar ini.

2. Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

3. Sesuai dengan kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.

4. Pas Kawasan Batu juga bersik…

VIDEO: Dua Lelaki Gaduh Besar Depan Anak Gara-Gara Berebut Parking

Image
Inilah jadinya bila tidak menyelami dan memahami semangat rukunegara yang merujuk pada "kesopanan dan kesusilaan".

Hanya kerana perkara yang sangat remah, kedua-dua lelaki berbangsa Cina dalam rakaman video ini sanggup bergaduh disebabkan berebut tempat meletak kenderaan.

Khabarnya, lelaki berbaju biru tersebut tidak berpuas hati dengan pemandu Myvi putih itu kerana dikatakan telah "mencuri" parkingnya.

Pada masa yang sama, pemandu Myvi itu juga enggan juga mengalah sehingga mencetuskan kemarahan dan pergaduhan sesama mereka.

Akibatnya, lelaki berbaju biru itu bertindak menendang pintu kereta tersebut hingga sedikit kemek biarpun cuba ditenangkan oleh isterinya.

SAH..!!! MEMANG PR @ KETUM YANG PUNYA KERJA...?

Image
Patut lah PR semacam tahu saja dimana Sirul.. ada betul juga kenyataan Yuktes EX PR nie... cai suara rakyat suara khurafat apa cerrrr..??

Peguam SIRUL Pun Naik Pening...Entah Dengan Siapa Mahfuz BErcakap?

Image
Masih menjadi persoalan.. adakah mahfuz bercakap dengan Makhluk halus agaknya..

Jadi jangan biarkan diri anda diselubungi MISTERI..!!! hahahahaha....

Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan DiRaja

Image
1. Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan dan/ atau pengetahun Banduan sendiri.

Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan!

Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!

2. Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;

3. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;

4. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib d…

DEMI DENDAM DAN KUASA MEREKA LAKUKAN APA SAJA..

Image
Apabila datangnya orang seagama dihambur dengan kejian dan cacian , tetapi apabila muncul orang tidak seakidah iaitu DAP sanggup pula dilaungkan TAKBIR..!!! memang pelik , tetapi tak pasti ajaran apa yang mereka pelajari..

SAH..!!! PM DS NAJIB MENJADI MANGSA FITNAH..

Image
KAMI SEMUA MANGSA PERMAINAN POLITIK - RAZAK BAGINDA

“Kami semua mangsa permainan politik,” kata bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mengenai insiden pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan isu pembelian kapal selam buatan Perancis.

Beliau menjelaskan, Altantuya tidak mempunyai kaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene seperti yang didakwa dan dipercayai oleh orang ramai, dan menambah, dakwaan adanya wang komisen AS$500,000 adalah tidak benar.

Wanita Mongolia itu bukan penterjemah kerana dia tidak tahu langsung berbahasa Perancis dan “seluruh episod bahawa dia seorang penterjemah adalah lawak.”

“Kami semua jatuh ke dalamnya (permainan politik). Ia adalah naratif sejak mula – pembunuhan, Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak), Razak (Abdul Razak Baginda) dan urusan jual beli kapal selam,”

Beliau mengakui kedatangan Altantuya menemuinya dengan tujuan memeras ugut atas perkara yang bersifat peribadi dan hubungan mereka.

RM1200 pun mahal bagi Rosmah...Jahatnya Malaysia kini Buat Fitnah

Image
Selepas mendengar dan meneliti ucapan DS Rosmah yang hangat diperkatakan baru-baru ini, barulah saya mendapat gambaran sebenar apa yang diperkatakan oleh DSR.

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1200.. amboi mahalnya. Kalau dekat kedai different charge, ni home service"

1. "Kalau saya nak cat" bermakna DSR baru tanya harga. Dan harga itu adalah mahal bagi beliau. Biasanya kalau dah mahal, tentulah kita tak ambil service tersebut.

2. Kalau DSR jenis orang yang boros dan duitnya berpuluh juta seperti yang selalu dituduh, tak mungkin RM1200 pun dia terasa mahal.

3. Kita harus teliti apa sebenarnya yang DSR ingin sampaikan - kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna. Tidakkah ini apa yang kita semua mahu?

4. Portal Malaysiakini yg memainkan cerita ini lebih rendah martabatnya dari majalah gossip artis.
Setiap kali ada berita mengenai DSR, mereka akan highlight dan pusi…

SUHAIZAN KAIAT MENYEMBAH LUTUT GOBIND SINGH DEO SEMATA-MATA NAK PUJUK DIA DENGAR PENJELASAN HUDUD!!!

Image
Lain macam betul tahap kepondanan yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda PAS bernama Suhaizan Kaiat. Pemuda PAS di bawah kepimpinannya bukan semakin bertambah telur, tetapi telurnya semakin mengecil dan lembik.

Barangkali kalau disamakan dengan Pemuda UMNO, status mereka lebih kurang sama sahaja. Kecuali Ketua Pemuda UMNO bijak menonjolkan diri termasuklah dengan berstokin pink!

PAS masih bercakap tentang HUDUD. Walaupun UMNO tidak ada masalah dengan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan, bahkan telah berikrar untuk memberikan sokongan sama ada pembentangannya di Parlimen mahupun di DUN Kelantan, nampaknya yang menjadi keutamaan Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kaiat sekarang adalah DAP.

Dan kerana itulah, demi mendapatkan restu, Suhaizan Kaiat terpaksa datang menyembah Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh.

Karpal Singh semasa hidupnya dengan tegas menolak HUDUD dan QISAS kerana beranggapan ia bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Walaupun cuba dipujuk kononnya, Karpal Singh sudah …

''Lebih aman jika umno tidak bertanding dalam pilihanraya''-Mampus

Image
Mahfuz Meroyan lagi Bertanding pun susah Tak Bertanding Pun susah...tak pasal pasal UMNO jugak yang diperlinya...macam sial jer Mahfuz.

''Pas berharap umno tidak lagi menghantar calon untuk bertanding di mana mana pilihan raya kecil mahu pun pilhanraya umum kerana secara tak langsung mengakui umno lah punca utama perpecahan kaum dalam masyarakat''

Jangan lah angkuh sombong bongkak sangat wahai Mampus..
ko sedar tak yang parti pas sendiri ada perpecahan..
cermin lah diri tu dulu sebelum mengata orang lain..
baik sangat ke PAS?..

Nak Termuntah Rasanya....Anwar Perlu Minum Teh Dengan Agong – Izzah

Image
PETALING JAYA: Pakatan Pembangkang menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya ‘tidak lepas tangan’ dalam isu permohonan bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan untuk membenarkan Anwar hadir ke Parlimen bagi menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang terletak dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Ini satu cubaan untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau. Jabatan Penjara adalah dibawah Kementerian Dalam Negeri, dan bukannya Peguam Negara.

Hanya Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk membenarkan Datuk Seri Anwar menghadiri sidang Parlimen.

“Datuk Seri Zahid wajib bersetuju dengan perkara ini dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada Jabatan Penjara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadikan Rakyat (PKR) di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut Nurul Izzah yang juga anak sulung Anwar berkat…

Apa Rakyat Tak Berpuashatikan Lagi....PM : Bayaran Perubatan di Malaysia Termurah di Dunia

Image
SRI AMAN 27 Feb - Hospital dan klinik kerajaan di Malaysia mengenakan bayaran perubatan dan kesihatan yang termurah di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, malah mengenakan bayaran terendah di dunia kepada pelanggan.

"Apabila menjadi pesakit luar dan berjumpa dengan doktor, pelanggan hanya perlu membayar RM1 manakala bayaran RM5 dikenakan jika berjumpa dengan doktor pakar. Ubat-ubatan pula diberi secara percuma.

"Tidak ada sistem kesihatan lain di dunia yang mengenakan bayaran yang sebegini rendah. Secara keseluruhannya, subsidi kesihatan di Malaysia mencecah 98 peratus, maknanya 98 peratus kos kesihatan bagi setiap pesakit ditanggung oleh kerajaan, cuma satu atau dua peratus sahaja dikenakan bayaran," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sr…

Ambil Kau Haramkah....Kali Ini Tahulah...'Saya Saman Harakah Untuk Mempertahankan Keluarga' - Najib

Image
SRI AMAN 27 Feb - Perdana Menteri, DAtuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas lidah rasmi PAS, Harakahdaily demi mempertahankan nama baik keluarganya.

"Kerana mereka telah memfitnah (keluarga saya), saya terpaksa menyaman mereka atau menggesa mereka menarik balik apa yang mereka telah katakan dalam Harakah," kata Najib kepada pemberita di sini, Jumaat.

"Apa yang dilaporkan dalam Harakah merupakan fitnah dan tidak benar semata-mata. Mereka tidak menunjukkan bukti. Oleh itu, saya mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan keluarga saya," tambahnya.

Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Baru-baru ini Harakahdaily telah menyiarkan artikel mengenai 1MDB dan Riza Aziz yang merupakan anak tiri Najib.

Difahamkan Najib telah mengarahkan firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak untuk menghantar notis menuntut pengarah urusan Harakahdaily, Dr Rosli Yaakop menarik balik artikel dan mener…

Panassss!!!! AMK P.Pinang Desak Hadi Keluar Pakatan

Image
PULAU PINANG 27 Feb – Golongan ulama Pas terus ‘diperangi’ rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dengan terbaharu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri secara terbuka meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketuanya, Khairil Anuar Kamarudin berkata, desakan itu memandangkan Abdul Hadi dilihat menjadi liabiliti kepada usaha me­ngukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.

Menurut beliau, pendekatan Abdul Hadi itu jelas tidak selari dengan perjuangan ketiga-tiga parti pembangkang, sekali gus menyifatkannya sebagai perkembangan tidak sihat.

Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap berdolak-dalik Abdul Hadi yang enggan menyatakan pendirian sebenar berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang kembali dibangkitkan.

“Jika masalah kesihatan dijadikan alasan, beliau seharusnya me­ngundur diri dan memberi ruang kepada pemimpin lain.

“Sehubungan itu, kita memberi tempoh 14 hari kepada beliau untuk membuat k…

Kesian Wartawan....Mahfuz Omar 'Kelentong' Wartawan Lagi

Image

Awas... Calon Bebas ahli BN di DUN Chempaka akan kena tindakan disiplin

Image
Mana-mana ahli dari komponen Barisan Nasional (BN) yang berhasrat hendak bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini boleh melupakan hasrat itu jika tidak mahu kena tindakan disiplin.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata anggota parti harus akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada PRK berkenaan.

BN baru-baru ini mengumumkan tidak akan bertanding pada PRK DUN Chempaka pada 22 Mac untuk memberi fokus kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di Kelantan serta membantu mangsa banjir di negeri itu, demi perpaduan ummah.

Mengulas mengenai tohmahan segelintir pihak yang mendakwa BN takut bertanding di kubu kuat PAS itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan sekali lagi menegaskan perpaduan ummah perlu diutamakan berbanding menambah bilangan kerusi dalam DUN.

"Itu sebabnya kita tak bertanding (mahu ummah bersatu). Lep…

PM jelaskan sebab dia saman Harakahdaily

Image
Sudah jadi trend akhir-akhir ini media pembangkang menyerang pemimpin kerajaan ikut suka atau 'hentam keromo'.
Sebelum ini portal Malaysiakini sudah kena saman dengan Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan yang terbaru media milik parti PAS Harakahdaily.

Pada Jumaat di Sri Aman Sarawak, Najib Razak berkata, menjadi hak beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media PAS itu bagi mempertahankan diri dan keluarganya.

"Oleh kerana mereka telah memfitnah (keluarga saya), saya perlu saman mereka atau meminta mereka menarik balik apa yang mereka katakan dalam Harakah," ujar beliau yang menjawab soalan pemberita.

"Apa yang dilaporkan dalam Harakah adalah fitnah dan tidak benar sama sekali. Mereka tidak menunjukkan bukti. Jadi ia adalah hak saya untuk mempertahankan diri dan keluarga saya," tegas beliau.

Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Pada Khamis peguam Najib menghantar surat tuntutan bagi memulakan tindakan undang…

Siapa ABBY Nak Bercakap Soal Presiden PAS Ni...?

Image
Bukan hanya ulama dan profesional yang penting dalam PAS - Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Golongan Ulama dalam PAS diminta tidak menyisihkan golongan profesional, begitu juga golongan profesional diharap jangan berasa pelik berada disisi golongan ulama, kerana masing-masing amat memerlukan untuk meneruskan perjuangannya.

Itu pandangan aktivis PAS, Abby Abadi ketika ditanya berhubung dakwaan pergolakan yang berlaku antara dua kelompok itu, menjelang pemilihan PAS Jun ini.

“Saya rasa perkara itu patut dipulihkan, memang dalam konteks ini Tuan Guru Haji Hadi memainkan peranan paling besar sebab beliau adalah sebagai presiden kan, tetapi saya melihat permasalahan ini, kalau boleh diterima pakai apa yang saya sebut ini.

“Saya berharap sangat golongan ulama tidak menyisihkan golongan professional dan begitu juga golongan professional tidak berasa pelik untuk bersama dengan golongan ulama,” katanya kepada AntaraPos ketika ditemui tadi pada Majlis Bicara Harakah bertajuk 'Perginya Seorang Murab…

Ahli Parlimen.... Tak Ahli Parlimen Banduan Tetap Banduan...APa Nak Minta Kebenaran Masuk Parlimen Plak.

Image
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat memohon jasa baik Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi supaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sidang Parlimen pada 9 Mac hingga 9 April ini.

Bercakap pada sidang media di ibupejabat parti itu pagi ini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata ini kerana Anwar masih memegang kerusi Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang.

Malah, perkara itu sudah pun disahkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, baru-baru ini.

"Apabila Parlimen bersidang pada 9 Mac 2015, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibenarkan hadir ke Parlimen dan menjalankan tugas beliau sebagai Ketua Pembangkang.

"Ini kehendak rakyat. Kehadiran Anwar ke Parliament akan memastika n kepentingan rakyat terus diperjuangkan serta dipertahankan," katanya.

Katanya lagi, Anwar sepatutnya tidak dihalang daripada menjalankan tugasnya meskipun Ketua Pembangkang itu kini berstatus banduan.

"Ketua Pembangkang wajib tidak dihalang dari m…

Kasi Ajar Sikit Haramkah!!!! Artikel Dana 1MDB: Najib Kemuka Surat Tuntutan Kepada HarakahDaily

Image
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengemukakan surat tuntutan kepada pihak HarakahDaily berhubung kenyataan fitnah dalam artikel berhubung dana 1MDB di laman web itu.

Surat tuntutan itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan Ketua Pengarang HarakahDaily, Taufek Yahya, pukul 3 petang Khamis.

Menurut Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, firma guaman yang mewakili Najib, mengemukakan surat tuntutan itu atas kapasiti peribadinya berhubung laporan bertajuk "DANA 1MDB BIAYAI SYARIKAT FILEM RIZA AZIZ?(BHG 2)", 19 Februari lepas.

Menurut surat tuntutan itu yang ditandatangani peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, artikel itu mempunyai kata-kata berunsur fitnah dengan niat jahat ke atas anak guamnya.

Ia juga menyatakan bahawa segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti kukuh dan adalah amat serius serta dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Najib.

Surat …

Terbaik....Tunjuk Sokongan...170 Ketua UMNO Bahagian Berhimpun Sokong Najib 8 Mac ini

Image
KUALA LUMPUR 27 Feb - Seramai 170 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara akan bertemu pada 8 Mac depan untuk menyatakan solidariti kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pertemuan itu bertujuan membuktikan kepada pihak pembangkang dan pihak luar mereka sentiasa menyokong Presiden UMNO yang juga perdana menteri itu.

"Kami mahu menunjukkan kepada dunia Najib mempunyai sokongan akar umbi yang kuat...jadi pembangkang serta pihak luar perlu berhenti menyerang pemimpin Barisan Nasional," katanya seperti dilaporkan portal Mstar Online.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan perang saraf itu. Kita perlu menanganinya segera dan kami tidak akan duduk diam dengan hanya melihat mereka memainkan agenda jahat ini."

Najib akhir-akhir ini diserang dengan pelbagai isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Di antara pengkritik lantang kepada Najib ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Ali membe…

Terpedaya Dengan 'Rayuan Seks'...Ingatlah Rakyat Malaysia Perlu Hati Hati

Image
PETALING JAYA: Gambar-gambar 'abam handsome' (lelaki tampan) dilihat digunakan untuk menarik minat remaja perempuan menyertai kumpulan militan di Syria.

Terbaharu pihak yang merekrut anggota baharu mengambil kesempatan dengan kaedah 'rayuan seks' untuk menarik minat remaja perempuan yang mudah tertipu.

Salah satu pengendali akaun Facebook, dikenali sebagai Abu Chechnya di Rusia (http://on.fb.me/ 1Avavyn), meletakkan gambar militan Chechen di Syria.

Menerusi ruangan komen pada gambar itu, secara terang pengendali akaun Facebook itu membalas komen seorang pengguna lain dengan menulis: "Ada yang berkenan ke kat dalam gambar tu??? Abam2 shishani handsome2 wowww hahaha!!! (Berminat dengan sesiapa di dalam gambar? Orang-orang di sini kacak)."

Ahli psikologi klinikal, Prof Madya Dr Alvin Ng berkata secara umumnya remaja cenderung mendekati apa sahaja yang menarik minat mereka.

"Remaja perempuan dan lelaki berdarah panas. Terutamanya mereka dari keluarga yang b…

Wooww TUn Mahathir Memang Hebat Dan Dikenali Seluruh MEsir...Walaupun Dihina Oleh Puak PR

Image
Tidak dinafikan wujud segelintir pihak di Malaysia yang benci dan tidak menyukai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila negarawan itu pernah dilabel dengan pelbagai gelaran seperti "Maha-Firaun", "Maha-Zalim" dan sebagainya suatu ketika dahulu.

Namun "firaun" atau tidak, nama Tun Dr Mahathir sememangnya harum di serata dunia termasuk dijadikan idola dan dijadikan bahan kempen pilihanraya di negara Mesir!

Bekas Pengarah UMcedel, Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, sebuah parti politik di Mesir bernama Kifayah yang mendesak Hosni Mubarak meletak jawatan pernah menzahirkan kekaguman mereka pada Tun M.

Parti politik itu dikatakan telah menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai bahan kempen mereka dengan menobatkan beliau merupakan pemimpin Islam terbaik yang wajar dijadikan contoh dan teladan bagi para pemimpin politik di negara itu.

Malah kata Mohammad Redzuan, hasil penelitian beliau di negara timur tengah mendapati bahawa penga…

Sya Shen Yee Aun Menyedarkan Ahli PAS...Mari Baca

Image
Salam Perjuangan.

Walaupun kita berbeza pendapat dalam perjuangan falsafah dan ideologi politik tetapi keadaan ini tidak bermaksud bahawa kita adalah musuh. Parti anda kini berada dalam ambang kemusnahan. Terdapat perosak - perosak dalaman yang ditaja oleh pihak dan entiti tertentu dalam Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan parti PAS yang sedia ada. Terdapat kumpulan dalaman yang hendak menjatuhkan kuasa dan pengaruh ULAMA dalam parti anda.

Anda perlu membezakan siapa musuh anda yang sebenar. UMNO , MCA mahupun BN hanyalah entiti yang memiliki perbezaan ideologi dengan parti anda tetapi BN tidaklah sampai ke tahap menaja kumpulan - kumpulan perosak untuk menghancurkan parti anda.

Anda perlu berhati - hati dengan DAP , RED BEAN ARMY dan Anwar Ibrahim. Anda perlu berhati - hati dengan alat kawalan mereka iaitu PASMA yang kini ditugaskan untuk menjatuhkan kepimpinan Ulama dalam parti anda. Bayangkan sesebuah parti yang berasaskan kepada ideologi agama Islam tetapi tiada kepimpina…

MENGAPA MAJLIS PEGUAM TOLAK TAWARAN DEBAT SHAFEE.

Image
Bar council yg berat sebelah pada parti PR. Mereka nak tuduh TSShafee berpihak pada UMNO/ BN tapi mereka sendiri yg dah dibeli oleh PR.

Barua Council telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak bersalah memandang ianya adalah persetujuan antara 2 pihak.Justeru itu apa yg mahu didebatkan lagi.

Barua council menjadi salah satu sayap perundangan kepada parti politik yang menentang kerajaan , menjadi suara kepada golongan liberal dalam negara dan malah Presidennya sendiri menyokong pihak LBGT untuk tidak didiskriminasikan melalui perundangan negara.Entah2 ramai peguam2 ini mengamalkan seks songsang kot!!!!

Gelombang penolakan kaum cina terhadap DAP di Pulau Pinang sudah bermula?Susah Nak Percaya Sekarang Ni...

Image
Malam tadi Persatuan Chew Jetty di Weld Quay, Pulau Pinang menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina. Pada dua Pilihanraya Umum yang lalu penduduk-penduduk Chew Jetty memberikan sokongan padu kepada DAP.

Namun begitu pada malam ini, Chew Jetty tidak menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang dan lain-lain wakil rakyat DAP ke majlis mereka. Malah gambar Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini tergantung di dinding dewan Chew Jetty telah diturunkan dan dicampakkan ke tong sampah.

Tetamu kehormat pada majlis malam ini adalah Teng Chang Yeow Pengerusi Gerakan Pulau Pinang dan YB Datin Paduka Chew Mei Fun Pengerusi MCA Pulau Pinang.

Video....Dokumentari kehilangan MH370 National Geographic bocor?

Image
BANGI, 27 Feb – Belum pun sempat tiba ke tarikh 8 Mac, dokumentari mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 yang dijanjikan oleh National Geographic untuk disiarkan pada tarikh itu, bocor dan boleh ditonton dalam Youtube.

Baru Selasa lalu akhbar dan portal berita tempatan melaporkan mengenai rancangan National Geographic itu, ISMAweb mengesan dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat itu kini turut beredar dalam laman facebook.

Mengikut tarikh pada laman Youtube itu, dokumentari berkenaan mula disiarkan pada 16 Februari lalu dengan tajuk ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370? (S14E11)

Sebelum ini portal Mirror Online menyatakan bahawa, National Geographic akan menyiarkan dokumentari itu pada 8 Mac ini sempena ulang tahun pertama kehilangan pesawat itu dengan menyediakan bukti terbaru bahawa pesawat berkenaan terbang ke Antartika pada hari kehilangannya.

Antara yang ditemu bual dalam dokumentari itu ialah bekas penyiasat kanan NTSB, Malcolm Brenner, yang mempunyai pengalaman luas…

Video....Qazaf ke atas Shafee: PAS kata Wan Ji 'budak-budak'

Image
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh melabelkan pendakwah bebas Wan Ji Wan Wan Hussin yang membuat laporan qazaf kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan peguam itu mengenai kes liwat II sebagai 'budak-budak'.

Ketika dihubungai Kinitv, Nik Zawawi berkata beliau tidak akan memberi komen dan mencadangkan supaya mencari 'budak-budak' tepi jalanan untuk menjawap Wan Ji.

PERHIMPUNAN PERPADUAN MELAYU....DIBUKIT JALIL

Image
28 Februari 2015 (Sabtu)
Stadium Putra, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

ATURCARA MAJLIS

5.00 Petang : Ketibaan Para Hadirin

6.00 Petang : Ketibaan Jemputan Khas

6.20 Petang : Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia (Bersantai bersama para hadirin)

7.15 Malam : Persiapan untuk Solat Maghrib Berjemaah

7.29 Malam : Acara dimulakan dengan Solat Maghrib Berjemaah (libatkan semua hadirin)
(Para hadirin dinasihatkan membawa bersama
sejadah dan telekung untuk Muslimah)

8.00 Malam : Persembahan Video & Pelancaran Logo

: Ucapan Pembukaan
: Amanat Pemimpin Melayu
: Pelancaran Agenda-Agenda Besar Abad Ke-21
: Upacara Menandatangani Waad Melayu Abad Ke-21
: Mandat Pemimpin Melayu
: Pelancaran Sekretariat Tetap Gerakan Renaisans Melayu

9.40 Malam : Pemimpin-pemimpin Melayu beredar meninggalkan stadium

: Ucapan sepontan Tokoh & Hadirin
: Bacaan Puisi
: Makan Malam @ Gerai/Bazaar

(Hadirin beli sendiri makanan di gerai/bazaar)

Pakaian Lelaki : Batik/Bebas, So…

Pemuda Pakai Baju Tulisan Tidak Senonoh Dalam Masjid...Apa Sudah Jadi Ni

Image
Namun pakaian bertulisan dengan ertikata ungkapa seperti itu jelas tidak senonoh dan tidak wajar untuk dipakai ketika mana kita sujud pada Rabbul Jalil.  Bukankah Islam merupakan sebuah agama yang sangat mementingkan akhlak umatnya?

Jadi, takkanlah kita wajar mengenakan pakaian yang berunsur maksiat yang diharamkan begitu?

Malah jika diteliti lagi pada gambar tersebut, T-shirt individu itu juga singkat sehingga menampakkan seluar dalam yang dipakainya.

KENAPA PLAK KATA HEBAT ....PRESIDEN MAJLIS PEGUAM TOLAK BERDEBAT KES LIWAT ANWAR !

Image
Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Ahmad Shabery Cheek menyebabkan Christopher Leong, presiden Majlis Peguam terkedu dan tidak menyahut cabaran untuk berdebat dengan peguam kanan TS Shafee Abdullah.

Leong sebelum ini mengatakan, wujud beberapa perkara janggal dalam tuduhan Liwat II yang membangkitkan persepsi bahawa Anwar dianiaya.

Dengan pelbagai alasan dan adegan menegak benang yang basah, Leong tidak mahu pula berdebat walau pun diberikan peluang untuk 'menjelaskan lagi mengenai “kenyataan yang tidak munasabah” dalam kes liwat Anwar Ibrahim'.

Ahmad Shabery membidas Christopher Leong dengan berkata,..sebagai presiden Majlis Peguam, Christopher sepatutnya menyanjung dan mempertahankan sistem kehakiman yang sedia ada di negara ini, bukannya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan mengenainya.

Sehubungan itu, Shabery berkata pengamal undang-undang itu perlu mengemukakan hujah pada platform yang akan disediakannya.

"Sekiranya dia (Christopher) masih bertegas menyatakan …

Kalau Berani & Telus, Dedahkan Isi Kandungan Petisyen

Image
Sikap suka cakap besar diluar tapi hakikatnya menikus di dalam, memang sudah diketahui sinonim dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya..

Contoh sebelum PRU13, Anwar gebang macam-macam buruk berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keyakinan Pakatan akan menang, tapi dalam diam, dia mengaturkan mantan Naib Presiden Indonesia ketika itu, Jusof Kalla sebagai orang tengah untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan soal perdamaian setelah hampir pasti akan kalah.

Bila rundingan itu gagal dan perkara ini terdedah setelah Jusof Kalla menyatakan kekesalannya atas sikap Anwar, barulah Anwar mengaku tapi beri macam-macam alasan bodoh kenapa dia buat demikian tanpa pengetahuan PAS dan DAP.

Sejak dari itu, pengaruh Anwar dalam Pakatan Rakyat berkurangan sikit demi sedikit sebab siapa nak percayakan dia lagi? Cakap depan kamera bolehlah, dibelakang, hanya DAP saja yang percaya sikit-sikit, itupun sebab ada kepentingan politik. PAS? Langsung tak peduli.

Penulis percaya, hal yang …

Giliran Khairy Jamaluddin Jadi Pengarah Filem Pendek Bertemakan Kewanitaan

Image
Siapa tidak kenal Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin yang sangat dekat santai orangnya. Tahukah anda kini beliau juga merupakan seorang pengarah?

Sebenarnya, Khairy terlibat di dalam penghasilan filem pendek yang membawa mesej berkaitan dengan isu kewanitaan – Ikal Mayang. Melalui perkara tersebut, Low Ngai Yuen, selaku orang kuat Ikal Mayang mengakui dia kagum dengan kebolehan Khairy.

“Saya sendiri teruja melihat hasil kerja beliau dan jalan cerita yang ditampilkan. Anda perlu tonton sendiri untuk mengetahuinya,” katanya.

Selain Khairy, Lisa Surihani, Adibah Noor, dan Afdlin Shauki juga turut menghasilkan karya mereka sendiri untuk dipertontonkan kepada khalayak pada tahun ini.

“Projek ini akan bermula Jumaat ini dan anda bakal saksikan karya yang hebat daripada semua pengarah terbabit,” tambah Yuen lagi.

Kita nantikan apakah buah tangan yang bakal dibawakan oleh Khairy yang sebelum ini pernah memenangi anugerah Wired Celebrity Award di malam kemuncak Shout! Awards tahun 2…

Panas Ni...Kementerian sedia anjur debat Muhammad Shafee dan Christopher Leong...Tapi Majlis Peguam Penakut

Image
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersedia menganjurkan satu sesi debat antara peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya bersedia memberi ruang kepada kedua-dua pihak berdebat berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Leong yang mempertikaikan badan kehakiman negara terhadap keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tolong tanya kepada Majlis Peguam kalau mereka menyahut seruan ini, bila-bila masa kita boleh anjurkan (debat) dan kita boleh fikirkan apakah kaedah yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media orkestra RTM@Java Jazz Festival di sini, Khamis.

Muhammad Shafee merupakan pendakwa raya dalam kes liwat Anwar.

Beliau berkata Majlis Peguam sepatutnya bersama-sama menyanjung dan mempertahankan sistem kehakiman dan bukan mengeluarkan kenyataan yang tidak munasabah dengan mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh ma…

Australia akan 'timbang' permohonan ekstradisi Sirul: Menteri

Image
PUTRAJAYA: Kerajaan Australia akan 'menimbang' semua permohonan ekstradisi, termasuk melibatkan Koperal Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan kerana membunuh, kata seorang menteri Australia.

Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan, Peter Dutton berkata perkara berkaitan Sirul Azhar itu ditimbulkan pada perjumpan beliau dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini pada Khamis.

Dutton bagaimanapun, menegaskan bahawa perkara itu melibatkan proses undang-undang yang ketat.

Ketika mengesahkan kepada wartawan bahawa penghantaran pulang Sirul Azhar adalah antara topik yang dibangkitkan pada perjumpan dengan Ahmad Zahid, Dutton berkata: "Perkara ini boleh memakan masa yang panjang. Kami menghormati sepenuhnya negara anda, kedaulatan undang-undang anda. Namun, ia perlu melalui satu sistem undang-undang yang amat ketat."

Sirul Azhar ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan, ketika mengubah keputusan Mahkamah Rayuan, mendapatinya dan Cif Ins…

Dr. Mashitah : Amalan nepotisme segar dalam PKR...Nyata Dan Jelas

Image
Mitos yang mengatakan amalan demokrasi "subur" didalam PKR hanyalah merupakan satu pembohongan yang nyata apabila umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim, walaupun kini didalam penjara sedang cuba dengan sedaya upanya untuk memastikan isteri beliau, Datuk Seri Wan Azizah dilantik sebagai Ketua Pembangkang, dan anak beliau Nurul Nuha pula dipilih sebagai calon bertanding di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Menurut Datul Dr. Mashitah Ibrahim;

DALAM wawancara dengan BBC sekitar 2005, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap prinsip demokrasi, gerakan reformasi, keadilan, ketelusan dan keterbukaan. Seperti dijangka, jawapannya retorik dan sudah diulang banyak kali dalam banyak wawancara lain. Apabila ditanya tentang amalan kronisme dan nepotisme dalam PKR, termasuk meletakkan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2004, Anwar cuba mengelak dan memberi jawapan agak kabur. “That’s a cl…

Tindakan Makcik Yang Berang Dengan Layanan Di Kaunter Bank, Buat 'Teller' Sombong Itu Terdiam.

Image
Gambar Hiasan

Post kali ini bukanlah bertujuan menyatakan yang semua kerani bank bersifat angkuh. Sebaliknya ramai lagi 'teller' bank yang mesra pelanggan dan melayan pelanggan dengan penuh sopan santun. Kisah pengajaran ini juga bukan memfokuskan sektor perbankan sahaja, malah untuk pengajaran bagi mereka yang berkhidmat di 'front line' atau pun khidmat pelanggan.

Pasti ada antara kita yang ada pengalaman berurusan dengan kaunter urusan yang biadap seperti kisah ini. Kisah ini pasti memberi pengajaran berguna bagi mereka yang berada di 'front line' ini agar tidak terlalu angkuh dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan majikan dengan penuh etika dan jangan lah anda memandang rendah orang yang berurusan dengan anda.

Berikut merupakan kisahnya:

Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad…

Kita tengok siapa kena tendang dari Pakatan

Image
SIAPAKAH di antara PAS atau DAP yang akan keluar daripada Pakatan Rakyat?

Persoalan ini menarik minat ramai pihak khususnya pemerhati politik mengenai sejauh mana darjah ketegangan antara PAS dan DAP ketika ini mampu memutuskan ‘persahabatan dan kerjasama’ yang terjalin selama ini.

Jika dilihat pada sejarah, PAS dan DAP pernah bekerjasama menerusi Barisan Alternatif (BA) pada 1999 yang turut dianggotai Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebelum KeADILan dan PRM bergabung membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2003.

Bagaimanapun, DAP, yang tidak bersetuju dengan dasar PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam, keluar daripada BA pada 2001.

Cuaca panas dan kering yang melanda negara turut menaikkan ‘suhu panas’ dalam pakatan pada masa apabila pimpinan kedua-dua parti saling mendesak dan mencabar satu sama lain untuk keluar daripada ‘Pakatan Rakyat’, gabungan longgar yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008, setelah PAS yang mentadbir kerajaan Ke…

Najib ambil tindakan undang-undang terhadap Harakah

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang ke atas lidah rasmi PAS, Harakah Daily kerana didakwa memfitnahnya.

Surat tuntutan bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakub jam 3 petang tadi menurut laporan Utusan Online.

Tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi berikutan fitnah yang dilontarkan Harakah dalam laporan bertajuk, ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’

Dalam artikel itu turut memetik laporan bertajuk ‘Well Connected at Home, Young Malaysia Has an Appetite for New York’ yang disiarkan dalam akhbar The New York Times bertarikh 8 Februari 2015 yang ditulis oleh Louise Story dan Stephanie Sual.

Artikel berkenaan turut mendedahkan dakwaan urusniaga pembelian kondominium mewah oleh anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz yang dikatakan menggunakan dana yang tidak didedahkan sumbernya.

UMNO tidak berani lawan PAS – Husam...Bukan Macam PR Gelojoh Berpolitik?

Image
PAS menyifatkan UMNO tidak berani berdepan ‘musuh tradisi’ apabila memutuskan untuk tidak meletakkan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka 22 Mac ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata keputusan itu membuktikan kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menurun.

“Sekaligus membuktikan kata-kata keramat al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: ‘Tak dok sebab demo nak lawan kawe’ menjadi kenyataan hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Namun katanya, meskipun tanpa penyertaan UMNO, isu membabitkan perpaduan ummah tidak akan berhenti.

Hal itu katanya, perlu dijelaskan bagi mengelakkan berlakunya perpaduan ummah tanpa ketelusan.

Jelas Husam, beliau tidak nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar.

“Perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek untuk menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mat…

Perdana menteri Ds Najib saman harakah dalam masa terdekat

Image
Saman saja HARAKAH ni....bkn bleh pakai pn isi dia....! Semua yg dok ada dlm tu pembohong besar...satu apa pn tak boleh percaya