KENAPA PLAK KATA HEBAT ....PRESIDEN MAJLIS PEGUAM TOLAK BERDEBAT KES LIWAT ANWAR !

Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Ahmad Shabery Cheek menyebabkan Christopher Leong, presiden Majlis Peguam terkedu dan tidak menyahut cabaran untuk berdebat dengan peguam kanan TS Shafee Abdullah.

Leong sebelum ini mengatakan, wujud beberapa perkara janggal dalam tuduhan Liwat II yang membangkitkan persepsi bahawa Anwar dianiaya.

Dengan pelbagai alasan dan adegan menegak benang yang basah, Leong tidak mahu pula berdebat walau pun diberikan peluang untuk 'menjelaskan lagi mengenai “kenyataan yang tidak munasabah” dalam kes liwat Anwar Ibrahim'.

Ahmad Shabery membidas Christopher Leong dengan berkata,..sebagai presiden Majlis Peguam, Christopher sepatutnya menyanjung dan mempertahankan sistem kehakiman yang sedia ada di negara ini, bukannya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan mengenainya.

Sehubungan itu, Shabery berkata pengamal undang-undang itu perlu mengemukakan hujah pada platform yang akan disediakannya.

"Sekiranya dia (Christopher) masih bertegas menyatakan (kes liwat) ini adalah konspirasi politik dan sebagainya, dia mesti menunjukkan hujahnya.

"Sebab itu kita kata, kami bersedia untuk anjurkan perdebatan antara Shafee yang mengetahui kes ini dengan mendalam.

"Ini bukan soal nak menentukan Anwar bersalah atau tak, kerana itu sudah diputuskan. Tetapi dalam aspek soal pentadbiran kehakiman, ia perlu dijawab terutamanya oleh Majlis Peguam tentang bagaimana kes ini telah ditadbirkan (dijalankan)," katanya. seterusnya Leong juga merengek apabila mendakwa program jelajah dan debat kes liwat Anwar Ibrahim 'mungkin akan “memalukan atau menjejaskan keyakinan umum” ke atas institusi badan pendakwaan'.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL