Posts

Showing posts from April, 2013

PAS Sudah Lari Daripada Matlamat Asal - Ustaz Kazim Elias

Image
KUALA LUMPUR: PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam, kata penceramah bebas Ustaz Kazim Elias (gambar).

Sambil melahirkan kekecewaannya dengan parti yang dianggotainya sejak sekian lama, beliau berkata 'arus' parti itu juga berbeza selepas menyertai pakatan pembangkang.Berikutan itu, katanya beliau membawa dirinya lari daripada 'arus' PAS yang dilihatnya tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam semata-mata.Beliau bercakap selaku anggota panel Wacana Isu-isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU-13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, Ahad.

Antara anggota panel lain ialah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad; dan Ketua Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan. Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata Umno adalah seperti 'bangunan yang sudah kukuh yang tidak perlu ditukar dengan yang baru'.

Harap pihak berwajib mesti mengambil tindakan kalau betul dalam gambar ini anggota polis...

Image
Adalah satu kesalahan bagi pasukan beruniform berkempen utk mana mana parti Politik..agak agak lah.anda berkerja dalam kerajaan tapi mengangkat bendera pembangkang...

Malahan adalah satu kesalahan besar menyamar sebagai anggota pasukan beruniform

Hindraf Sudah Bermula menyokong Barisan Nasional...Terbaik

Image
Terbaik...kenapa dah saat2 akhir ni ramai yg tetiba tolak PR???....tempat aku plak dulu ramai PR...skang dh senyap suma gi sokong BN....aura apa BN pakai ni??...pasal kes stopa aku rasa...sebab ramai tau dah PAS bukan parti Islam...tp penuh aksi seks tersembunyi di sebalik serban sebesar bakul durian dan watak warak..PKR lak kuat penipu dan seks songsang...DAP xpayah cakap ler....Nampaknya gelombang biru semakin kuat....adakah akan tercapai kemenangan 100% BN kali ni???....ramai yg sibuk ckp BN akan menang semua negeri kali ni...yang pasti PKR akan berkubur dalam sejarah politik Malaysia selepas PRU 13....insyaallah..

Video Panas Bebb...Chegu Bard dakwa Anwar dalang penipuan pemilihan PKR

Image
KUALA LUMPUR 30 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah ditempelak oleh orang kuatnya sendiri apabila menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam penipuan daftar pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketika Anwar membuat tuduhan terhadap SPR itu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard pula sebaliknya menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah perancang penipuan pada pemilihan parti itu 31 Oktober 2010.

Dalam rakaman video yang tersebar menerusi YouTube itu, Chegu Bard yang juga calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Pulau Pinang mendakwa, Anwar adalah sebagai seorang penipu.

"Isu pemilihan kena tipu teruk... lepas tu nak gula-gulakan I... dia nak gula-gulakan I isu pemilihan, penipuan la, apa semua baru-baru ini oleh Anwar,'' katanya dalam rakaman berdurasi 43 saat dengan tajuk "Chegu Bard Kantoikan Anwar" itu.

Chegu Bard yang bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda PKR pada pemilihan…

Gambar Facebook Azhar Sulaiman digodam Cyber Troopers...Buat Laporan Polis

Image

PRU-13: Pembangkang gelabah lihat janji BN Selangor...

Image
IPOH 30 April - Pakatan pembangkang dilihat mula 'menggelabah' dengan pemberian 20 meter padu air percuma yang digariskan dalam aku janji Barisan Nasional (BN) Selangor sehingga mula melemparkan tohmahan kononnya janji tersebut menciplak manifesto mereka.

Dalam satu ceramah di Taman Perpaduan, Tambun di sini malam tadi, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat,Azmin Ali mendakwa kononnya bantuan yang diumumkan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sudah pun dilakukan oleh kerajaan PKR Selangor.

Namun, hakikatnya, pemberian air percuma yang dijanjikan oleh BN jauh lebih baik kerana disertakan dengan kos pembiayaan menukar bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma.

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi...Coretan Dari Ahli Parlimen BN permatang Pauh

Image
Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!

Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk  Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit..…

Pencacai PAS Kata Abdullah Saamah Kena Strok Sebab Ngutuk Nik Aziz, Sedangkan Hakikatnya…

Image
Umum mengetahui, kaum PAS amat menyanjung tinggi Nik Aziz Nik Mat. Bagi mereka, Nik Aziz adalah KERAMAT HIDUP. Malah, ada juga yang membuat fatwa BIDAAH, kononnya, memandang wajah Nik Aziz juga sudah dapat pahala. Dek kerana itulah, ramai yang menempek gambar Nik Aziz di rumah masing-masing, bahkan di kenderaan masing-masing kerana beranggapan, ianya boleh mendatangkan pahala.

Alasan mereka, Nik Aziz adalah SEORANG ULAMA. Apabila seorang ulama, maka mencintai dan berada di sampingnya, boleh mendatangkan pahala atau kebaikan.

Sesuatu yang sebenarnya amat menyerupai perbuatan kaum Yahudi terhadap kubur-kubur para nabi dan rasul-rasul Bani Israel, yang kemudian mereka bersembahyang di dalamnya tetapi ajaran dan perintah Allah Taala yang disampaikan menerusi nabi-nabi dan rasul-rasul tersebut, semuanya disanggah.

Perangai yang sama seperti yang dilakukan oleh para pengikut PAS dan Nik Abdul Aziz sendiri.

Kecaman serta pendedahan berhubung salahlaku, penyelewengan serta kesesatan yang did…

USAHA TERDESAK ANWAR SETELAH DITOLAK MAJLIS SYURA PAS

Image
Berita mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS menolak dan tidak menerima Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya bukan menjadi satu rahsia lagi. Saya diberi maklum bahawa keputusan itu juga telah di endos oleh Dewan Harian dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat meskipun tidak begitu disenangi oleh kumpulan Anwarinas dan pimpinan parasit yang berada dalam saf kepimpinan parti itu. Keputusan Majlis Syura itu juga dikatakan telah disampaikan ke pengetahuan Anwar Ibrahim sendiri oleh wakil Majlis Syura Ulama PAS.

Sehari dua ini kita digemparkan pula dengan cerita surat Syeikh Yusuf Qardawi memberi sokongan terbuka kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Surat itu juga kononnya memberikan indikasi mengapa pengundi-pengundi Melayu Islam khasnya yang keluar mengundi pada 5hb Mei nanti semestinya mengundi Pakatan Rakyat. Ulama Qatar itu juga dikatakan cuba membersihkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat t…

Ugutan Karpal: "Terkejut saya, pucat muka saya..." kata Dr Mahathir

Image
Kalau Karpal Singh ingat dia boleh gempak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dia silap orang. Ini komen Dr Mahathir mengenai tindakan Karpal yang 'ugut' hendak penjarakan beliau jika pembangkang menang PRU ini.

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Semalam Karpal yang juga Pengerusi DAP Karpal Singh berkata pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya.

Menurut Dr Mahathir Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya ma…

Azhar Sulaiman...'suara' silent majority yang fedup terus diperbodohkan

Image
Azhar Sulaiman tidak masuk kategori artis yang suka bikin kontroversi.Dia dikira antara artis yang ada stail.Penampilannya corporate look.Selain artis,Azhar juga mempunyai profesion tetap sebagai seorang arkitek.Kalau tak silap...sebelum ini tak pernah dengar pun kisah dia enter frame cakap pasal politik.

Namun tiba-tiba menjelang pilihanraya umum ke 13,Azhar sudah bikin gegar dan panas hingga buat puak pembangkang jadi tidak senang duduk.Berbanding dengan ramai artis lain yang diketahui turut menyokong Barisan Nasional,nampaknya dia mengambil pendekatan yang agak sempoi.Dia bergerak secara solo untuk menghentam apa yang dilihatnya tidak betul dalam pakatan pembangkang. Senjatanya ialah menerusi alam siber yakni laman facebooknya,twitter dan youtube.

Paling sensasi dia secara terbuka kata yakin video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Mustapha Ali adalah benar.Dalam satu rakaman pandangannya menerusi youtube Azhar berkata dia dan kawan-kawan dalam industri pener…

Pemilik Blog Milo Suam Akan Disiasat

KUALA LUMPUR: Pemilik blog Milo Suam akan disiasat kerana kesalahan berkaitan pilihan raya termasuk menyebarkan maklumat palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata Unit Pelan Tindakan Media mengesan pemilik blog Milo Suam yang mendakwa anggota polis mengundi lebih awal.

Pemilik blog tersebut akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebar maklumat tidak benar.

Syed Ismail berkata polis dapat mengesan spekulasi itu dalam media cetak dan media elektronik menerusi unit tersebut.

Unit tersebut yang ditubuhkan pada tahun lepas mempunyai anggota yang bertugas 24 jam setiap hari untuk memantau dan mengesan penyebaran maklumat tidak benar secara online termasuk di laman sosial.

Gambar Pasukan Keselamatan sudah mula Mengundi...Insyallah BN Pilihan Mereka

Image

Anwar mahu media arus perdana meminta maaf kepadanya sebaik sahaja PR berjaya menubuhkan kerajaan jika menang Pilihan Raya Umum ke-13...

Image
Jangan Mimpilah ANWAR dan jangan bongkah atau pun Angkuh.1 M dapat merasa ANWAR yang lari dulu selepas keputusan PRU 13 diketahui dan memihak kepada BN.

Anwar apa kata....

"6 Mei perkara pertama bila kita perintah, kita akan pastikan Utusan Malaysia dan TV3 meminta maaf kepada saya.

"Malah hari itu, TV3 akan memulakan kerjanya untuk menemubual saya," katanya dalam siri kempennya di sini malam tadi.

Beliau selain itu dilihat terus berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila berkali-kali menyebut nama mantan perdana menteri itu dalam setiap siri jelajah dan kempennya menjelang pilihan raya umum 5 Mei depan.

"Saya sudah lama maafkan Tun Mahathir, Tun Mahathir selalu sebut nama saya.

"Saya hendak beritahu dia, saya bukan Najib yang takut dengan dia, saya Anwar," katanya.

Seorang Lagi Pemimpin DAP Gesa Pengundi Tolak PAS

Image
ALOR SETAR: Seorang lagi pemimpin DAP menggesa pengundi menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini sehingga parti itu meninggalkan cita-citanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan berkata Perlembangaan Persekutuan telah menjelaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular, sambil menambah cadangan tidak henti-henti mengenai pelaksanaan undang-undang hudud ‘sangat menganggu’ masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata PAS sangat konsisten dan mendesak dalam melaksanakan undang-undang berkenaan yang disifatkannya, ‘sangat berbahaya’ kepada Malaysia.

"Satu-satunya cara untuk menghentikannya adalah tidak menyokong PAS,” kata Neelamekan.

"Saya tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli DAP dan rakyat Malaysia melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak mendapat undi kita,” katanya.Neelamekan, yang juga Ketua DAP bahagian Lunas bagaimanapun membuat kenyataan tersebut sebagai pandangan peribadinya.Beliau menegaskan …

Calon PAS Parlimen Kuala Kangsar Nafi Terkena Sihir

Image
IPOH: Calon PAS, Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), bagi Parlimen Kuala Kangsar, Khalil Idham Lim menafikan dakwaan beliau mempunyai masalah kesihatan.

Katanya, berita bahawa beliau sedang sakit dan sedang berubat akibat terkena sihir juga adalah khabar angin dan disifatkan sebagai tidak berasas.

"Sesungguhnya saya Alhamdulillah pada masa ini diberikan kesihatan yang baik.

"Saya menafikan sebarang khabar angin yang mengaitkan dengan saya terkena sihir dan sedang berubat. Berita itu sama sekali tidak berasas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau menasihatkan pihak-pihak tertentu supaya memastikan terlebih dahulu mengenai perkara ini sebelum menyebarkannya.

Dalam pada itu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong ini berkata beliau melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang positif.

"Saya memandang positif mengenai berita tersebut dan ia menandakan pengundi di Parlimen Kuala Kangsar ambil peduli dan cakna atas kehadiran saya sebagai c…

Gambar Kempen PRU13 Permatang Pauh Oleh Bekas Sahabat Anwar - 26/04/13

Image

POLIS PERCAYA DAPAT SELESAI KEJADIAN LETUPAN DI JAWI DALAM MASA TERDEKAT

George Town, 29 April - Polis Pulau Pinang yakin dapat menyelesaikan kes letupan di kawasan ceramah Barisan Nasional di Jawi dekat sini Selasa lepas dalam masa terdekat, susulan beberapa petunjuk baharu.

Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen negeri ACP Roslee Chik berkata menerusi petunjuk baharu itu polis akan melakukan beberapa lagi tangkapan.

"Polis percaya dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin dan usaha mengesan beberapa lagi individu yang terlibat dalam kejadian itu sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mengenai tiga individu yang ditahan reman sebelum ini, Roslee berkata mereka dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas perintah reman terhadap mereka tamat hari ini.

Kejadian letupan itu berlaku pukul 10.15 malam ketika Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 3,000 orang.

Letupan itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki terkena serpihan sampah dan sia…

Khalid tuduh Najib "najis" Inilah Khalid Yang Sebenarnya...Mulut Tak Boleh Dipakai

Image
SHAH ALAM: Tertekan untuk berpaut kepada kuasa, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak biadab hari ini apabila menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “najis” dan “cetek” fikiran.  
Menteri Besar Selangor itu menggunakan ungkapan kesat itu apabila memperlekehkan komitmen Najib menurunkan harga rumah di Kampung Bukit Botak kepada RM70,000 jika BN diberikan mandat untuk mentadbir Selangor."Jadi itu menunjukkan Najib itu 'najis'. Benda yang sudah diselesaikan tak payah diteruskan lagi. Kalau Najib ada duit lebih, boleh digunakan untuk menolong projek-projek terbengkalai yang lain,” kata Khalid kepada pemberita.

Sebelum ini penduduk Bukit Botak di Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Khalid menaikkan harga rumah projek terbengkalai itu sehingga RM112,000 daripada harga asal RM45,000.
Khalid berkata potongan harga oleh Najib itu tidak perlu diberikan kerana mendakwa penduduk berkenaan sudah pun diberikan rumah bernilai RM250,000."…

Anwar Ibrahim Si Pendendam dan Angkuh

Image
Jika Pakatan Rakyat kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad ini, patutkah Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Editor Harakah, Suara Keadilan dan Roketkini datang menemuinya untuk meminta maaf?

Ini kerana terlalu banyak fitnah yang dilemparkan oleh akhbar-akhbar berkenaan terhadap beliau. Bukan sahaja terhadap batang tubuh Najib yang dituduh korup dan terbabit dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, malah keluarganya dipalit sama.

Lazimnya editor-editor berkenaan bertanggungjawab kepada beberapa tokoh pimpinan parti seperti Ketua Penerangan atau publisiti. Malah ada juga yang melapor terus pada presiden atau timbalan presiden parti.

Sehubungan itu, wajarkah jika pakatan pembangkang kalah, Najib memanggil pemimpin parti berkenaan untuk turut meminta maaf.

Selain itu, perlukah juga Najib memanggil kartunis, blogger serta portal berita yang menyokong Pakatan pembangkang untuk turut meminta maaf kepadanya? Mereka juga kerap menyiar berita berat…

Kenapa Khalid Samad Panic Jumpa Zul Nordin, Biar Gambar Berbicara...

Image
Kelam kabut khalid samad bertembung dengan zul nordin di pasar malam padang jawa tempoh hari, soalnya kenapa khalid enggan bersalam dengan zul nordin...???

Wajah panic khalid ketika bertembung dengan zul nordin jelas kelihatan... kanapa khalid panic sedangkan selama nie, khalid cukup confident yang dia boleh tapau zul bila-bila masa...

Apa pun korang tengoklah sendiri riak muka khalid samad, muka cuak ada, muka panic ada, muka gelabah beruk ada, macam-macam muka ada...

Video... PKR Hilang Taring,3000 Lagi Ahli Keluar Parti Dan Menyertai BN

Image
Parti Keadilan Rakyat, PKR kian hilang taring apabila semakin ramai ahlinya bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional.

Terbaru, 3,000 ahli PKR cabang Sungai Buloh, Kelana Jaya dan Kota Damansara berbuat demikian selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang.

DR. S.VIGNES / BEKAS AHLI PKR
"Semua janji kosong dan penipuan di permilihan dalam parti PKR penipuan dalam cabang saya salah satu mangsa saya ada bukti yang saya boleh tunjuk di mana kena tipu".

SUNDARAJAN MALAI / BEKAS AHLI  PKR
"Dia punya kronisme lebih dari itu lah memang I dah fedup I ingat dia orang macam pilih bulu memang tak betullah".

SALASIAH MOHD MUSTAFFA AL-BAKRI / BEKAS AHLI PKR
"Dah la dia punya MB cakap manifesto bukan perjanjian yang mungkin tak akan di fullfillkan oleh mereka so saya rasa it's a lie so already lying dia orang to lie some more so it's no good".

Mereka ditemui pada majlis perhimpunan keluar pakatan di Sungai Buloh…

Video Lim Kit Siang DiHalau Oleh Penduduk Di Gelang Patah..Lari Bebbb

Image

Panasss Bebb....3 Exco Kerajaan Negeri Kedah Letak Jawatan dalam PKR.

Image
KUALA LUMPUR 29 April - Tiga Exco Kerajaan Negeri Kedah disahkan  melepaskan kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai tanda protes digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Salah seorang Exco Kerajaan Negeri,Datuk S. Manikumar berkata, keputusan bersama dua rakan penyandang, Tan Chow Kang dan Lim Soo Nee itu kerana kecewa dengan pimpinan Parti yang mengambil langkah drastik tanpa sebarang maklumat mahupun pemberitahuan.

"Peletakan jawatan ini disebabkan saya amat berdukacita dan kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri (Dr Wan Azizah) yang tidak telus menjalankan tugas sebagai Presiden.

"Saya merasakan segala usaha dan kesetiaan yang ditaburkan kepada parti tidak dihargai oleh pimpinan atasan.

"Malah kepimpinan parti tidak mempunyai niat untuk menghubungi atau sekurang-kurang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu bahawa kami tidak akan mempertahankan kerusi masing-masing," katanya kepada pemberita pada sidang media …