Azhar Sulaiman...'suara' silent majority yang fedup terus diperbodohkan
Azhar Sulaiman tidak masuk kategori artis yang suka bikin kontroversi.Dia dikira antara artis yang ada stail.Penampilannya corporate look.Selain artis,Azhar juga mempunyai profesion tetap sebagai seorang arkitek.Kalau tak silap...sebelum ini tak pernah dengar pun kisah dia enter frame cakap pasal politik.
Namun tiba-tiba menjelang pilihanraya umum ke 13,Azhar sudah bikin gegar dan panas hingga buat puak pembangkang jadi tidak senang duduk.Berbanding dengan ramai artis lain yang diketahui turut menyokong Barisan Nasional,nampaknya dia mengambil pendekatan yang agak sempoi.Dia bergerak secara solo untuk menghentam apa yang dilihatnya tidak betul dalam pakatan pembangkang. Senjatanya ialah menerusi alam siber yakni laman facebooknya,twitter dan youtube.
Paling sensasi dia secara terbuka kata yakin video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Mustapha Ali adalah benar.Dalam satu rakaman pandangannya menerusi youtube Azhar berkata dia dan kawan-kawan dalam industri penerbitan filem sendiri pelik bagaimana mereka terror betul boleh kata boleh kata video itu fitnah dan video itu boleh dibuat.
Menurutnya malah kalangan artis dan kakitangan penerbitan filem yang sokong pembangkang pun kata ia mustahil boleh buat video begitu.
"Kalau ia boleh dibuat kenapa tidak buktikan kepada kami ia boleh dibuat,"katanya.
Ini antara yang buat penyokong tegar jenis kaki buta mata dan pekak telinga pakatan pembangkang naik geram.Pagi Ahad (semalam) laman facebooknya tiba-tiba hancur kena hack.
"Suara saya buat semua orang bersuara. Pembangkang takut saya hasut ramai orang tentang mereka. Sekurang-kurangnya saya dapat perhatian dari orang atas dalam politik," kata Azhar kepada Agendadaily.
Apakah ini kerana ada yang naik seram bila pelakon asal Bentong ini telah mencetuskan fenomena di laman facebook dengan komen-komennya yang berani mati?
Malahan beberapa hari lalu, sebuah video ala gwiyominya tentang video seks pemimpin pembangkang adalah entri yang paling panas di facebook.
Comments