Posts

Showing posts from July, 2009

Penduduk Kampung Buah Pala minta Guan Eng letak jawatan

GEORGETOWN: Persatuan penduduk Kampung Buah Pala hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng, meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab untuk membela nasib rakyat negeri ini. Wakilnya, C Tharmaraj, berkata pihaknya membuat desakan itu kerana merasakan Setiausaha Agung DAP itu sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab dan gagal menunaikan janji. "Janji dibuat pada kempen pilihan raya umum yang kononnya mahu mengembalikan hak dengan memberikan tanah ini kepada kami tapi tidak ditunaikan. Saya rasa lebih baik dia letak jawatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum tahun lalu, pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas telah menggunakan isu Kampung Buah Pala sebagai modal mereka berkempen dengan berjanji akan mengembalikan hak penduduk sekiranya mereka memerintah negeri ini. Semalam, penduduk kampung itu menyatakan rasa kecewa dan marah dengan keengganan Guan Eng bertemu mereka untuk menyerahkan memorandum berhubung nasib mereka sele…