Posts

Showing posts from November, 2011

CARA USTAZ PAS DENGAN USTAZ PENDAHWAH

Image
Malunya pada orang bukan Islam yang mendengarnya...kutuk menguntuk sesama Islam dan cara pakaiannya nampak seorang Alim Agama...Masyallah.

Cara penyampaian Ustaz PAS ni memang dihalalkan sahaja apa yang dikatakan.BOK LOKMAN yang tiada tauliah tentang Agama dibolehkan ceramah dan dipanggil Ustaz oleh puak puak PAS ini.Apa motifnya untuk memberi ceramah kepada rakyat dan memburukkan kerajaan tanpa usul periksa terlebih dahulu.Ceramahnya dengan kata kata yang menyinggung dan menyakitkan hati pada pihak lain.
Berbeza dengan penceramah dibawah ini dengan kata kata lemah lembut terhadap pendengarnya.
1 M mendengar dengan penuh khusyuk dan cara ia menyampaikan sebagai pendahwah semoga orang bukan Islam tertarik dengan apa disampaikannya untuk umat Islam hari ini

GAMBAR YANG MENARIK PERHATIAN JURUKAMERA

Image
Ketua Penerangan UMNO,Datuk Ahmad Maslan bersama bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut hadir pada Persidangan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Dengan penuh gelak ketawa semasa persidangan berlangsung...hehehehe 
 Pemuda UMNO dengan penuh semangat berkobar-kobar untuk memberi kemenangan kepada UMNO pada PRU 13 nanti.

FUYOOO DAPAT ANUGERAH ARTIS MUDA CEMERLANG

Image
KETUA Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyampaikan anugerah Pencapaian Khas Puteri Umno, Artis Muda Cemerlang kepada pelakon Lisa Surihani selepas ucapan dasar Ketua Puteri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Isu projek lembu NFC : Shahrizat LONTAR BOM pada Ketua Wanita PKR

Image
Para perwakilan Wanita UMNO telah bangun bersorak dengan penuh semangat menyokong ketika beliau membelasah Zuraida dan dua lagi Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution dan Pengarah Stratejik PKR, Rafizi Ramli yang galak main isu itu.
Ibarat pulang paku buah keras – Shahrizat mecabar Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail agar letak jawatan.Ini kerana suaminya,Datuk Seri Anwar Ibrahim terpalit dengan pelbagai isu.
Anwar kini berdepan dengan kes dakwaan liwat Saiful Bukhari Azlan di mahkamah dan isu dakwaan skandal video seks dengan pelacur China.
PKR mahupun pakatan pembangkang contohnya bukan sahaja ‘ buat tak faham’ saja pada dakwaan video seks yang serius itu malah tidak berani bersuara meminta siasatan terperinci dibuat keatasnya.

Nga Kor Ming mohon maaf kepada Zambry

Image
Tak ada otak...apabila bercakap...Telajak perahu boleh diundur telanjak kata susah nak lupa
Inilah jadinya senang saja...hanya minta maaf.

IPOH: Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana mengejek warna kulitnya sebagai `hitam metalik' dalam satu ceramah, baru-baru ini. Kenyataan maaf itu dibuat pada sidang medianya di Pejabat DAP Perak, sebentar tadi.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis turut memohon maaf kepada mana-mana rakyat negara ini yang tersinggung terhadap kenyataannya itu.
Ahli Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan (WAWASAN) berkumpul di hadapan Pejabat DAP Perak di Medan Istana sebentar tadi bagi membantah keceluparan seorang pemimpin parti itu menghina Menteri Besar Perak apabila mengatakan warna kulitnya sebagai `hitam metalik' dalam satu ceramah baru-baru ini.
Kejadian menghina orang lain sudah biasa bagi PAS hari ini...maca…

Lisa Surihani terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO

Image
Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang,
Harlina Hamid.
Tak lupa juga Pelakon Zed Zaidi hadir pada Perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.

LAGI PUAK PAS MENGHANTAR MESEJ...

Image
1 M membalasnya balik saya akan menyokong UMNO pada PRU 13.Sebelum pada ini ada juga mesej..lihat DI SINI.Mungkin terlalu terdesak kot untuk meraih undi.Orang yang sama yang menghantarnya...

ENTAHLAH KES MEMBANTAH RUMAH DIROBOH

Image
Kerja merobohkan 10 rumah di Lot 1880 Jalan Kampung Tengah 4 berdekatan Taman Harmonis, di sini, ditangguhkan selepas rundingan antara wakil penduduk kampung itu dengan pemaju diadakan di Balai Polis Gombak.Lebih 30 penduduk kampung berkumpul bagi meluahkan rasa kecewa terhadap pemaju yang enggan mengadakan rundingan selain mendakwa mereka mangsa keadaan kerana menduduki tanah itu lebih 20 tahun lalu.Jadi mananya wakil Rakyat kawasan berkenaan?Penduduk disini janganlah terlalu mengikut Emosi sehingga membawa kayu untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati.Itulah dulu semasa pemerintah BN bermacam macam dilontarkan kepada BN atau UMNO korupsi lah,Rasuah lah dan pelbagai lagi.Tak semuanya UMNO dan BN ada yang bergitu,mungkin ada segelintir saja yang melakukannya...yang mencanang pihak pembangkang diada adakan seperti macam isu besar.Rakyat akan terpengaruh tanpa ada usul periksa.Kepada Penduduk Kampung tersebut TEPUK DADA TANYA SELERA.

MEMANG PATUT PUN DAP GANTI PAS

Image
Timbalan Perdana Menteri semalam Bukan PAS ganti UMNO sebaliknya DAP yang ganti PAS..Memang patut pun diberikan kata kata itu,Pas sanggup buat apa saja untuk menjaga hati puak puak DAP ini.DAPyang disifatkan parti paling rasis yang dipimpin "kaum tertentu dari keluarga tertentu sahaja"DAP bercakap mengenai Islam, PAS merasakan DAP dah boleh menerima Islam.Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir.Ini kenyataan....PAS seperti menjadi kuda tunggangan saja.Sepatutnya PAS dan UMNO sesama melayu beragama Islam.Kenapa PAS tak mempertahankan dan menasihatkan kepada DAP yang penceramahnya membaca Al-Quran dan Hadis.Apa dah jadi sekarang ni?

Video Ringkasan Kepada Umat Islam

Image

IPF Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin DAP

Image
Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Perak hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming daripada DAP, yang didakwa menghina Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 9 September lepas.
Pengerusinya S.Vasu berkata kenyataan seperti itu tidak wajar kerana ia melibatkan sensitiviti orang lain termasuk masyarakat India.
“Kenyataan yang dilontarkan kepada MB itu merupakan tindakan yang kurang ajar kerana masyarakat India di negara ini turut merasai tempias penghinaan itu.
“Kalau MB ada buat salah janganlah gunakan kulit sebagai ukuran,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini.
Vasu berkata di negara yang mempunyai masyarakat majmuk, pemimpin tidak harus mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum-kaum lain.
“Penduduk India di Pantai Remis perlu sedar itulah perangai sebenar pemimpin pembangkang yang tidak menghormati rakyat khususnya kaum India,” katanya…

GAMBAR PERHIMPUNAN AGONG UMNO PEMUDA,WANITA DAN PUTERI 2011

Image

INIKAH DIKATAKAN ULAMA PAS

Image
1 M masa sekolah dulu ustaz mengatakan untuk mengatakan atau memanggil seseorang gelaran tidak ajar oleh Ajaran Islam.Kenapa diberikan Nama nama yang baik.Inikah dikatakan penjuangan PAS.Ulama sebenar tidak mencerca dan mengutuk sesama Islam.Ini adalah Ulama politik.

Berbeza dengan USTAZ FATHUL BARI yang menyampaikan video ini

PENTAS CERAMAH PAS SANGGUP DAP MENCERCA SESAMA MELAYU

Image
Puak puak PAS Ketawa dan gelak seorang cina mengutuk sesama melayu.Tidak rasa bersalah ker dalam diri sendiri.Pentas PAS sekarang budaya tempat memaki hamun dan mencerca orang.Rakyat Malaysia terutama melayu kita pulau lah politik PAS untuk PRU 13 nanti.Kopiah dan Serban diatas kepala hanyalah mendengar kutukan.Masyallah...apa dah jadi ni.MB Dr Zambry tak mahu dilahirkan Hitam atau sesiapa pun tak mahu dilahirkan Hitam.Ini Semuanya Kuasa ALLAH Taala.Haji Haji PAS tak boleh berfikir ker ini semua dalam Islam.

Namanya Saja Majlis Peguam Tapi Tak Boleh Berfikir

Image
Macam ni ker di panggil Majlis Peguam...Majlis Seksual boleh lah kalau macam ni.Semuanya Peguam dikatakan terpelajar  atau cerdik pandai.Itu pun macam nak berdemo..Nak menyerahkan memorandum mendesak ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang tidak meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2011 di lobi Parlimen.inilah jadinya kalau ada sebilangan dalam Majlis Peguam ada kepentingan kepartian dalam pembangkang ni.Buat apa perlu ramai ramai untuk menghantar memorandum...tak cukup kah atau berat sangat ker membawa document tu.Itu semuanya alasan Majlis Peguam saja untuk mencemarkan image kerajaan di mata antarabangsa saja.Kata pakar undang-undang tapi yang ini tak boleh berfikir seperti macam di ZOO pulak.Majlis Peguam ni patut diBubarkan terus jer.

Terbaru Video Terbaharu Agen Johnson: Disko Halal Bandar Raya Islam

Image
Inikah yang dikatakan negeri bebas maksiat dan negeri serambi mekah setiap kali ceramah PAS yang dikatakan dan diuar-uarkan kepada pendengar.Inilah yang dikatakan peribahasa Kuman Di seberang Laut nampak,Gajah di depan Mata buat tahu jer.Setiap penceramah PAS sering kali mengatakan dibawah BN atau UMNO banyak maksiat berluasa dimana-mana.Nak tahu lebih lanjut klik di sini

SUASANA KEADAAN DI PWTC 2011

Image