Posts

Showing posts from June, 2018

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

Image
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”.

“Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil.

“Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today.

Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat.

“Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya.

Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.

Gerakan 'biawak hidup' dalam BN - UMNO Perak

Image
UMNO Perak menyifatkan tindakan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong mendesak supaya mesyuarat majlis tertinggi diadakan bagi memutuskan status UMNO dalam komponen Barisan Nasional (BN) sebagai biadap dan tidak mengenang budi.

Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata ia seharusnya diberikan perhatian serius memandangkan kejayaan Gerakan terutama dalam memenangi kerusi pilihan raya sebelum ini banyak dibantu oleh UMNO.

Beliau berkata, Andy seharusnya lebih bersopan dan melihat semula kepada kekuatan Gerakan yang diketahui kurang mendapat tempat dikalangan masyarakat terutama kaum Cina.

"Gerakan ibarat biawak hidup di dalam BN yang terpaksa digendong oleh parti-parti lain terutamanya UMNO, dan hanya mengharapkan belas ihsan pihak lain untuk terus bernyawa.

"Kemenangan calon-calon Gerakan sebelum ini banyak dibantu oleh jentera pilihanraya UMNO dan pengundi Melayu yang menyokong BN, termasuklah semasa Presidennya Datuk Mah Siew Kiong menang dalam Piliha…

BN sudah sampai garis penamat…UMNO kena bangkit sendiri

Image
Rasanya siapapun tidak perlu nak berdolak dalik lagi.Barisan Nasional yang ditubuhkan pada 1973 dari asalnya Perikatan kini sedang berhadapan dengan situasi ‘gone case’.

Malah sejak pilihanraya umum ke 14 melabuhkan tirai pada 9 Mei lalu ada yang sudah membilang hari hayat gabungan 13 buah bekas parti pemerintah itu.

Ini terbukti bila situasi di Sabah bergegar dengan tindakan UPKO kemudian LDP dan seterusnya diikuti PBS dan PBRS keluar dari BN pada hari pertama,kedua dan ketiga sejurus selepas pilihanraya umum.

Pada Selasa pula menyaksikan empat parti di Sarawak PBB,PRS,PDP dan SUPP angkat kaki dari BN untuk tubuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bergerak sendiri.

Ia bukanlah satu langkah mengejut kerana ramai pemerhati politik sudah menduganya dalam lanskap politik terkini.

Ibarat kata semuanya kena berpijak di bumi nyata dan mencari dahan untuk bergayut.

Di semenanjung MyPPP yang berdepan kemelut dalaman juga sudah keluar dari komponen.

Dari 13 anggota komponen BN kini tinggal em…

Pemilihan Presiden UMNO:Tengku Razaleigh buat sidang akhbar petang Sabtu...

Image
Jadi ke tidak Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden UMNO untuk pemilihan pada 30 Jun ini?

Ikut undangan yang diterima oleh media pada Jumaat bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu dijadual buat sidang akhbar pada jam 2 petang esok,Sabtu.

Undangan itu tidak sebut apa tujuan sidang akhbar tetapi dipercayai berkaitan desakan kalangan ahli agar beliau bertanding jawatan nombor satu parti itu.

Hari terakhir serahan pencalonan ialah lusa,Ahad.

Setakat ini Naib Presiden UMNO yang jalan tugas Presiden Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sudah serah pencalonan untuk jawatan Presiden.

“Saya Tetap UMNO, Dulu, Kini, Selamanya” – Ibrahim Shah

Image
Anggota Majlis Tertinggi Umno (dilantik) Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah menegaskan beliau tetap anggota parti yang setia.

“Sebagai ahli Umno yang setia, saya tetap menyokong perjuangan Umno dulu, kini dan selamanya,” kata bekas naib canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Perjuangan Umno dan BN sejak dahulu harus sentiasa dikenang dalam proses pembangunan dan kemajuan negara Malaysia.”

Penegasan itu dibuat selepas Malaysiakini malam tadi melaporkan beliau sebagai berkata Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia ‘dijenamakan’ semula dengan mengeluarkan perkataan Umno, selari dengan prinsip menyokong kerajaan semasa.

Dalam kenyataan awal pagi ini, Ibrahim berkata beliau hanya memaklumkan keputusan mesyuarat agung tahunan kelab itu yang beliau sendiri tidak hadir.

“Saya tegaskan bahawa saya hanya memaklumkan perkara ini dan keputusan ini adalah keputusan yang dibuat melalui AGM,” katanya.

Perutusan Raya PM Tidak Berakhlak Islam

Image
KENYATAAN MEDIA:

1. UMNO kesal dengan perutusan Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berbaur politik dan cuba menghasut rakyat agar membenci Barisan Nasional serta UMNO.

2. Berbanding dengan perutusan khas titah Yang Dipertuan Agong yang menyentuh peri pentingnya institusi diraja dipertahankan, Dr Mahathir masih mempertahankan pembohongan Kabinetnya mengenai hutang negara dan bencinya kepada kerajaan terdahulu.

3. Seolah-olah beliau seorang yang suci umpama wali Allah, beliau menyebut kemurniaan Aidilfitri serta ajaran Allah tetapi beliau sendiri membangkitkan rasa benci melulu terhadap BN dan UMNO.

4. UMNO terkilan dengan sifat sedemikian. Perutusan itu sepatutnya digunakan untuk perpaduan nasional, saling bermaaf-maafan dan nada kegembiraan.

5. Bagaimanapun Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk menyalahkan kerajaan silam dan memuji Kerajaan PH yang baru lebih sebulan berkuasa ini sebagai ‘perfect’ atau sempurna dan tidak akan membuat kesilapan.