Posts

Showing posts from November, 2016

Shahrir sangkal dakwaan bawa masuk pengundi China....Madey Makin Merepak Akalnya

Image
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad menyangkal dakwaan kemasukkan pengundi China menerusi projek Forest City di Johor yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Shahrir, yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menyifatkan dakwaan tersebut sebagai mengarut dan hanya mahu mensensasikan cerita semata-mata mendapat sokongan politik.

“Inilah yang dinamakan sebagai cakap-cakap politik yang hanya mahu mencari sensasi walaupun cerita yang disampaikan mengarut, bagi pembangkang bercakap bohong itu tidak mengapa asalkan mudah diterima,” katanya mengulas mengenai isu yang dimainkan oleh Dr Mahathir tersebut.

Menjelaskan mengenai isu membabitkan Forest City, Shahrir berkata walaupun projek tersebut pemiliknya adalah warga asing tetapi kerajaan negeri tidak menyediakan pakej untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka seperti didakwa oleh Dr Mahathir.

“Namun, fakta sebenar tentang Forest City diketahui sepenuhnya oleh rakyat Johor hasil sesi p…

KJ Ajak 'Serang' Pembangkang, Tun M Bermati-Matian

Image
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu jentera sayap parti itu lebih agresif ‘menyerang’  gerakan pembangkang yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tegas Khairy, sentimen rasa hormat untuk mengenang jasa  bekas Presiden Umno itu harus dihapuskan kerana Dr Mahathir kini menjadi pengkhianat kepada perjuangan Umno.

"Jasa Tun akan sentiasa kami kenang, tetapi pengkhianatan Tun, pembelotan Tun, akan bermati-matian kami tentang.

"Tidak boleh ada walau sekelumit rasa simpati terhadap mereka yang satu ketika pernah bersama namun kini menyanggah perjuangan kita. Kita sedang berperang. Yang menentang, kita lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu.

Selain Dr Mahathir, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dilabel sebagai musuh politi…

Sebelum Berkuasa Ramai Yang Memujinya...Dengan Demokrasinya...Kini Macam Sial Menindas Kaum Minoriti

Image
Pengasas Pertubuhan Dictator Watch, Roland Watson berkata, Suu Kyi perlu dipertanggungjawabkan kerana mengetuai pembunuhan Rohingya serta menanam sentimen dalam kala­ngan rakyat Myanmar bahawa etnik Islam itu perlu dihapuskan.

Video Pemandu Ini Memang Biadap dan Kurang Ajar bebbb

Image
PART 1


PART 2

Zahid bidas tindakan Dr M dan Boboi yang kini sokong Soros

Image
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong pihak asing yang menaja demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.

Malah dakwa Zahid, pihak luar itu juga turut membiayai sejumlah peruntukan bagi menjayakan misi tersebut dan lebih malang lagi George Soros yang suatu ketika dahulu dilabel penyangak mata wang kini pula didokongi oleh Dr Mahathir sendiri.

“Cuba kita imbas apa yang berlaku di negara-negara Arab akibat penangan Arab Springs. Negara-negara seperti Mesir, Libya, Syria, Yaman, Tunisia masih bergolak walaupun pucuk pimpinan telah digulingkan. Pengambilalihan kepemimpinan negara itu dilakukan melalui proses anarki yang cukup terancang.

“Siapa yang merancang? Open Society Foundation, George Soros yang dulunya Penyangak Kewangan Antarabangsa, penyangak itulah didokong orang yang pernah berucap tak lama sangat di sini, 22 tahun, beliau termasuk ‘boboi’.

“Ke…

Sejarah baru…PWTC nanti jadi KLPWTC…lebih hebat dan menarik

Image
Setelah 31 tahun sejak ia mula dibuka …Kawasan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC ) di Kuala Lumpur dimana terletaknya ibupejabat UMNO tidak lama lagi akan nampak lebih hebat dan menarik.

Ia akan melalui tranformasi pembangunan semula yang antara lain melibatkan pembinaan menara baru setinggi 70 tingkat di situ.

Projek bertaraf dunia itu yang dinamakan Kuala Lumpur Putra World Trade Center (KLPWTC).

Majlis pecah tanah projek itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang Selasa sempena Perhimpunan Agung UMNO.

Selain menara 70 tingkat untuk pejabat dan hotel ia juga melibatkan pembinaan sebuah masjid yang boleh menampung 5,000 jemaah,pengubahsuaian Dewan Merdeka dan Menara Dato Onn yang sedia ada.


Juga macam-macam pembahruan lain akan dibuat termasuk podium perdagangan.

Pembangunan fisikalnya akan bermula pada 11 Mei 2017 sempena hari ulangtahun UMNO.

PWTC mula dibina pada tahun 1981 dan siap diguna pada 1985. Ia dibina dengan kos RM150 juta.

Ia menjadi ibupeja…

PRU-14: Umno Tolak 'Calon Resume'

Image
KUALA LUMPUR: Hanya pemimpin yang berkualiti dan dikehendaki rakyat akan diketengahkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, menerusi taklimat yang disampaikannya, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu kelayakan akademik bukan jaminan untuk seseorang itu dipilih mewakili parti itu sebagai calon Barisan Nasional (BN).

"Presiden tekankan bahawa mereka yang patut mewakili parti dalam pilihan raya akan datang ialah mereka yang betul-betul dikehendaki rakyat, calon yang boleh memenangkan parti.

“Bukan calon bijak pandai, bukan calon yang mempunyai resume terbaik, tapi calon yang benar-benar rakyat mahukan,” katanya pada Selasa.

Khaled berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) di sini.

Perhimpunan tahunan ini dikatakan yang terakhir sebelum parti itu berhadapan PRU-14 yang perlu dia…

Mahathir sakit... dakwa 700,000 orang China bakal pengundi PRU14

Image
Beberapa tahun lepas, ketika pilihanraya umum (PRU) ke-13, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh menerima hakikat kemenangan Barisan Nasional (BN) telah membuat tuduhan bahawa seramai 40,000 orang Bangladesh telah dibawa masuk untuk dijadikan sebagai pengundi.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sehingga kini tuduhan itu tidak dapat dibuktikan pun.

Kini, ketika debaran PRU ke-14 semakin hampir, tuduhan sama dibuat tetapi kali ini melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menuduh 700,000 warga China akan dibawa ke Forest City, Johor Bahru.

Mahathir berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Krubong Melaka pada 26 November 2016.

Dakwanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkunjung ke China selama enam hari baru-baru ini bukan sahaja berunding untuk membina landasan kereta api, tetapi turut berunding untuk memasukkan lebih 700,000 warga China ke Forest City sebuah bandar baru yang dibina di Joh…

Media China dakwa Singapura bersikap 'talam dua muka'...

Image
Sebuah akhbar milik kerajaan China, The Global Times, memberi amaran bahawa sikap ‘talam dua muka’ oleh Singapura dalam hubungan ketenteraan dengan Taiwan boleh menjejaskan hubungan dua hala­nya dengan China.

Amaran itu ditulis oleh penulis komentar dengan nama samaran Ai Jun yang disiarkan dalam kolum pendapat akhbar tabliod tersebut semalam.

Komentar berkenaan ditujukan kepada isu sembilan buah kenderaan perisai Singapura yang dalam perjalanan dari Taiwan dan ditahan di Hong Kong pada minggu lalu.

Isu itu turut ditegur Kementerian Luar China berhubung soal hubungan ketenteraan antara Singapura dan Taipei.

“Adalah tidak sesuai untuk Singapura meneruskan sebarang bentuk pertukaran ketenteraan dengan Taiwan,” kata Ai Jun.

Singapura dan Taiwan menjalin hubungan ketenteraan sejak tahun 1970-an lagi termasuk menjadikan negara itu lokasi bagi latihan unit infantri Singapura.

Beijing pula bersedia bertoleransi dengan perjanjian tersebut sejak China dan Singapura menjalinkan semula hubungan…

Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu

Image
Dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa kerajaan merancang membawa masuk 700,000 warga China ke Forest City, Johor Baharu dan diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum akan datang adalah tidak logik dan berniat jahat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, antara yang boleh dipersoalkan ialah bagaimana untuk menempatkan penduduk yang begitu ramai di kawasan penempatan baharu yang memakan masa antara 20 ke 30 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

Beliau turut mempersoalkan, berapa pula kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang perlu disediakan kerajaan untuk menyiapkan kad pengenalan dan daftar mengundi mereka, sedangkan untuk mendaftar 5,000 orang pengundi pun memakan masa yang lama serta memerlukan kakitangan yang ramai.

Tegasnya, dakwaan bekas Perdana Menteri itu tidak lain hanya mahu menanam curiga terhadap kerajaan dalam kalangan rakyat dan bol…

Serangan Ke atas Ringgit, Khianat Mahathir: Pilihan Raya UMUM Mungkin Jalan Penyelesaian

Image
1. Banyak sebab kejatuhan ringgit dan mawatang negara Asia lain berbanding US Dollar. Antaranya termasuk anggapan Presiden Trump akan membuat perubahan besar dalam polisi kewangan US. Perubahan ini termasuk meningkatkan kadar faedah dan merancakkan pembbangunan dalam negara, sekaligus menjanjikan pulangan lebih baik kepada pelabur.

2. Ini menyebabkan banyak pelabur di rantau Asia mencairkan aset mereka dan mula membawa pelaburan masuk ke Amerika Syarikat. Justeru penjualan terhadap ringgit dan matawang asia lain berlaku secara besar-besaran bagi membeli US Dollar.

3. Bagi ringgit sendiri, selain faktor US, pengurusan Bank Negara Malaysia yang lalu gagal mengambil langkah kawalan ke atas NDF. Dilaporkan 60% jual beli ringgit di lakukan dalam pasaran antarabangsa NDF yang tidak diiktiraf oleh bank Negara Malaysia. Justeru apabila berlaku kejatuhan ringgit ia sukar di kawal oleh Bank Negara.

4. Pengurusan Bank Negara mengambil keputusan tepat tidak campur tangan dalam kejatuhan ini. Mal…

Kalau baca Facebook atas nama saya…itu tipu – Rosmah

Image
Bukan sedikit…kalau rajin semak di media sosial kini dapat 20 akaun Facebook atas nama Rosmah Mansor.

Mereka yang tidak tidak tahu apa-apa tentu menduga Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor begitu aktif dalam media sosial.

Sebaliknya jangan terpedaya.

Isnin…Rosmah sendiri mengakui beliau langsung tidak mempunyai satu pun akaun Facebook ataupun Twitter.

"Saya tidak pernah mendaftar akaun Facebook. Saya tak ada Twitter. Cuma ada (telefon bimbit) Samsung yang antik. Asalkan boleh buat panggilan, terima panggilan... hantar dan jawab SMS (khidmat pesanan ringkas).

"Kalau ada baca (laman sosial atas nama saya), maknanya telah kena tipu. (Jika) ada apa-apa dengan saya, tanya secara berdepan. Cakap perkara yang betul, jangan cakap bohong," katanya.

Rosmah berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Tahunan Bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan di Dewan Tun Dr Ismail bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

"Ingat Dia Suka Gelaran Jamal Jamban” - Khalid...ooo Kalau Orang Suruh Terjun Gaung..Terjun Gaung Lah

Image
Buruknya Perangai Pemimpinan seperti ini....Sepatutnya Pemimpin lah yang menjadi contoh yang baik kepada Rakyat Bukannya Ikut kata perkara yang tidak baik pada orang lain.Senang saja cakap.

Memalukan lah dengan ada pemimpin macam ini.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya menggelar pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai ‘Jamal Jamban’.

Menurut Khalid, beliau bukanlah individu pertama yang memberi gelaran berkenaan kepada Jamal, sebaliknya ia  hasil respons orang ramai terhadap tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu sebelum ini.

“Berhubung kenyataan Jamal Jamban. Saya nak jelaskan, yang panggil dia Jamal Jamban bukan saya, tapi orang ramai  kerana dia buat PC (sidang media) dalam jamban.

“Kalau dia tak nak orang panggil dia Jamal Jamban, maka jangan buat PC dalam jamban,” katanya pada sidang media di Wisma Parti Amanah Negara (Amanah) di sini, Selasa.

Pada Isnin, Jamal memberi tempoh selama 24 jam kepada…

Najib jangka Dr Mahathir yang 'super ego' besar akan lebih agresif menyerang…

Image
Cuba kira berapa tahun lamanya Datuk Seri Najib Tun Razak duduk sebumbung dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia bermula sejak 1976 ketika beliau jadi Ahli Parlimen Pekan pada usia 23 tahun.Kemudian melalui pelbagai liku politik termasuk pemilihan UMNO yang sengit tahun 1987 dan Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun 1998.

Juga sengketa Dr Mahathir – Tun Abdullah Badawi sehinggalah beliau jadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.

Setelah melalui segalanya beliau tentu cukup kenal siapa sebenarnya bekas Perdana Menteri itu yang kini sudah pusing 360 darjah dalam banyak pendirian dulu.

Najib sendiri mungkin tidak pernah termimpi beliau juga terpaksa berdepan dengan karenah bekas bosnya yang kini sedang rancak tembak kiri kanan depan belakang untuk menjatuhkanya.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO kali ini beliau menjangka serangan Dr Mahathir bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sedang memadu asmara dengan Pakatan Harapan terhadapnya terus memuncak.

Siapa saja yang mengikuti in…

Pulak Dohhhh.....Maria Chin Terima Ugutan Bunuh

Image
Siapa plak nak buat semuanya ini.....Ini semuanya hanya untuk menyalihkan isu ajer tu.Nanti dituduh pihak yang menentangnya.Ini wayang belaka ni

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mendakwa beliau dan keluarganya menerima sampul surat yang mengandungi mesej ugutan bunuh dan sebutir peluru hidup .45.

"Saya menemukan surat tersebut pada pagi ini (Selasa). Saya mungkin menerimanya pada 17 November lalu tetapi saya tidak perasan surat ini," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau berkata, anak lelakinya mungkin membawa surat itu ke dalam rumah pada 17 November lalu tanpa pengetahuannya sebelum perhimpunan Bersih 5.0 diadakan.

Namun beliau hanya menyedari surat itu di atas mejanya pada awal pagi Selasa.

Dalam surat itu tertulis nota berbahasa Inggeris, "AMARAN AKHIR JIKA TIDAK MARINA DAN KELUARGA MATI.".

Maria menjelasnkan namanya tidak dieja dengan betul dan sempat bergurau bahawa si pelaku mungkin tersalah rumah.

Apabila …

Mahkamah Tolak Permohonan Habeas Corpus Maria Chin...Ikut Sesuka Hati Nya Saja

Image
Habis sesiapa kena tangkap SOSMA boleh buat memfailkan Afidavit lah.Ingat semudah itu...Inilah mainan politik yang amat teruk geng BERSIH ini.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus oleh Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang mencabar penahanan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memutuskan beliau tidak boleh membuat keputusan mengenai merit permohonan itu kerana Maria telah dibebaskan dari tahanan pada Isnin.

Nordin berkata mahkamah itu pada Isnin turut menerima surat daripada penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bahawa pemohon (Maria) telah dibebaskan dan responden itu tidak boleh memfailkan afidavit balas.

"Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai merit apatah lagi memutuskan mengenai ganti rugi. Oleh itu, saya membatalkan permohonan habeas corpus tersebut," katanya.

Maria Boleh Ditahan Semula Berhubung Bersih 5 - KPN

Image
KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah masih diteruskan walaupun beliau telah dibebaskan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata Maria dibebaskan selepas polis telah mengumpulkan maklumat mencukupi daripadanya walaupun di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), beliau boleh ditahan selama 28 hari.

"Tidak bermakna kes Maria telah ditutup.

"Kami masih menyiasat dan akan membentangkan kertas siasatan kepada Peguam Negara dalam masa satu bulan," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan motosikal berkuasa tinggi di Bukit Aman pada Selasa.

Maria telah dibebaskan pada Isnin selepas ditahan 10 hari, bermula malam sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November lalu.

Khalid tidak menolak kemungkinan bahawa Maria akan ditahan semula di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Mengenai serbuan di Empower pada Isnin, Ketua Polis Negara berkata polis mahu mengumpul bukti d…

UMNO-PAS: Ada masa kita berbeza pendapat… adakala kita boleh pendirian sama - PM

Image
Gerenti semasa Perhimpunan Agung UMNO kali ini ramai yang nak mengintai apa cerita hubungan UMNO – PAS yang zahirnya nampak ‘ lebih mesra’ sekarang.

Ini lebih-lebih lagi bila kerajaan beri laluan kepada usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengenai RUU355 dibentang pada hari akhir sidang Dewan Rakyat sesi kali ini Khamis lalu.

Namun selama ini pemimpin tertinggi kedua parti tidak pernah sebut dan sentuh mengenai sebarang kerjasama politik.

Puak sebelah sana dikatakan cukup tidak senang duduk melihat sebarang bibit UMNO-PAS berbaik-baik kerana ia diduga bolek bikin banyak program politik mereka rosak.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi prespektif jelas mengenai hubungan kedua parti ketika menjawab soalan mengenainya dalam Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang disiarkan di TV3 Isnin malam.

Najib menegaskan, UMNO dan PAS berjuang menerusi wadah parti masing-masing.

Beliau memberi kesimpulan begini : "Kita bergerak da…

Kenapa Madey dijadikan musuh #1 pembangkang DAP hingga digelar 'Bapa Pelacur" dan "Ular" ?

Image
Kenapa pentaksub2 Madey tak sanggah hinaan ini?

PAS tak gila jawatan perdana menteri : Hashim

Image
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak gilakan jawatan perdana menteri apabila meletak syarat kerjasama politik dengan mana-mana parti politik mestilah Islam yang memimpin.

Hashim menjelaskan syarat tersebut tidak semestinya PAS yang menjadi ketua tetapi sebarang kerjasama perlu mengikut acuan Islam supaya kesilapan lama tidak berulang lagi.

“Kita tidak bermaksud begitu. Tidak semestinya PAS.

“Siapa pun boleh jadi ketua. Apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja. Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebut PAS (yang memimpin), bukan bermakna kenyataannya itu menyalahi apa yang saya sebut,” kata Hashim dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Hashim berkata daripada pengalaman lalu, kerjasama PAS dengan mana-mana pakatan politik tidak mencapai tujuan asal dan hanyut.

“Itu pandangan dia (Presiden PAS) atas pengalamannya bersama pakatan sebelum ini. Bagi Tok Guru Haji Hadi, sebelum ini apabila diberi kepada pihak lain (selain PAS) untuk memimpin, pakatan kita boleh di…

PAS jadi korban kegagalan Pakatan Rakyat...

Image
Satu ketika dahulu, sejak 1955, PAS adalah gergasi politik di pihak pembangkang.

PAS yang lebih banyak jadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat berbanding DAP dan PKR.

Kali terakhir PAS jadi Ketua Pembangkang adalah pada penggal 1999-2004, selepas itu sudah tiga penggal DAP dan PKR mendominasi PAS.

PAS hanya kekal sebagai kerajaan negeri Kelantan. Manakala DAP kuasai Penang. DAP dan PKR bersama sama kuasai kerajaan negeri Selangor.

Biarpun PAS banyak kerusi dalam DUN Selangor. Namun yang lebih dianggap "abang besar" di Selangor adalah DAP. ADUN PAS hanyalah ADUN kelas keempat selepas ADUN DAP, PKR dan PAN.

Dulu PAS ada "group Anwarinas" dan profesional di samping kumpulan ulama. Sejak tertubuhnya PAN, hanya tinggal ulama dalam PAS. Geng Anwarinas dan profesional sudah masuk PAN. Malah PAS juga hilang 6 kerusi parlimen kepada PAN.

Agenda DAP untuk memecah belah Melayu sudah berjaya. Dulu Melayu berpecah pada dua parti sahaja iaitu PAS dan UMNO. Sejak ada PKR, ada …

Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun

Image
Bekas ahli UMNO yang keluar parti termasuk dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan “berlari” untuk menyertai UMNO semula dalam tempoh lima ke enam tahun lagi, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri berkata ini kerana apa pun boleh berlaku dalam politik Malaysia seperti yang dapat dilihat menerusi sorotan sejarahnya.

“Sebelum ini kita tak terbayang bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad akan berpeluk dengan Lim Kit Siang daripada DAP. Dan semua drama itu.

“Di hujung jalan, dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi, mereka (PPBM) mungkin peluk kami dan kembali pada UMNO,” katanya kepada wartawan di Akademi Seni, Kebudayaan dan Warisan Negara hari ini.

Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan berkata akhirnya “parti tanpa prinsip” itu akan mengeluarkan resolusi untuk membubarkan parti mereka dan kembali menyertai UMNO demi perpaduan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan terjadinya ahli UMNO keluar beramai-ramai untuk menyertai PPBM yang di…

Jamal Tuntut Khalid Tarik Balik Kenyataan...Khalid Samad Ni Memang Biadap

Image
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos menuntut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menarik balik kenyataannya berhubung insiden di Parlimen, baru-baru ini atau akan dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua kumpulan Baju Merah itu mendakwa, beliau tidak mempunyai kaitan dengan insiden yang berlaku di perkarangan Parlimen pada 24 November lalu.

"Saya beri tempoh 24 jam untuk beliau respon perkara ini di media dan saya akan menyusul arahan untuk peguam saya menuntut kepada beliau satu permohonan maaf secara rasmi mengikut kaedah yang saya tetapkan.

"Kegagalan beliau melaksanakannya, tindakan guaman akan diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, Khalid perlu menarik balik kenyataan yang melabelkan beliau sebagai Jamal Jamban, Jamal Pak Tongkol, dan Jamal Samseng.

"Beliau juga perlu menarik balik dakwaan yang mengaitkan saya dengan serangan terhadap beliau di perkarangan Parlimen," katanya.

Pada…

NAJIB DISERANG KERANA JAWATAN PRESIDEN UMNO

Image
EMPAT tugas terpenting Presiden Umno adalah menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti, Melantik Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan serta, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.

Selain itu, dua lagi tugas utama Presiden Umno adalah memanggil dan mempengerusikan sidang Majlis Tertinggi dan melantik tidak lebih daripada 13 orang Ahli Majlis Tertinggi mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan Umno.

Keempat-empat tugas Presiden Umno ini termaktub kemas di dalam Perlembagaan Umno Fasal 9.8.1  pada muka surat 16 buku berkenaan.

Jelaslah, kedudukan dan kepentingan jawatan Presiden Umno ini bukan sahaja gah dipandang pada mata, sebaliknya ia menjadi ‘jantung’ kepada kekuatan dan survival parti itu sendiri.

Analogi mudah, sekiranya ada pihak yang berhasrat membunuh atau membinasakan sesuatu badan atau sistem biologi, jantungnya perlu dijadikan sasaran terlebih dahulu agar refleksi berlaku dengan mudah dan cepat…

Mahathir-Soros-Kit Siang: Siapa Badut, Siapa Barua

Image
Makin celaru dan makin tidak ketahuan, itulah yang boleh dikatakan oleh rakyat Malaysia terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perbualan mengenai beliau terutamanya berkait dengan jasanya selama 22 tahun dan tindakannya akhir-akhir ini setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri menjadi bualan di kedai kopi dan juga di medium maya.

Bayangkan seorang yang digelarkan negarawan oleh rakyatnya sendiri, tiba-tiba mendapat pelbagai gelaran dari rakyatnya juga. “Bapa Ayam”, “Ular”, “Orang Tua pemecah bangsa” dan pelbagai lagi. Kalau dahulunya ketika menjadi Perdana Menteri beliau terkenal digelar oleh pembangkang dengan nama “Maha Firaun”, kini nampaknya semakin hina. Manusia hina kerana perbuatannya sendiri dan manusia juga boleh mulia kerana perbuatannya juga.

Apa yang Mahathir tidak katakan kepada Lim Kit Siang dan DAP, dan apa yang Mahathir tidak gelarkan George Soros. Semua rakyat Malaysia tahu. Bukan lagi umpama menepuk dulang dan percikan air ke…

JPJ nafi kes viral cukai jalan naik harga...

Image
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan terdapat kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang melibatkan kenderaan jenis 800cc ke atad bermula Januari tahun hadapan.

JPJ dalam kenyataannya berkata, informasi yang tersebar luas melalui media sosial dan aplikasi Whatsapps itu tidak tepat dan palsu.

"JPJ memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana boleh menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat awam.

"Kami juga ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikaso Whatsapps yang tidak mempunyai sumber sah," katanya hari ini.

Pihak JPJ turut meminta orang ramai merujuk terus kepada jabatan tersebut jika terdapat sebarang kemusykilan dan tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu.

Menerusi aplikasi Whatsapps, terdapat mesej yang disebarkan menunjukkan peningkatan kadar bayaran fi melibatkan kenderaan 800 cc ke atas.

Berikut merupakan mesej yang disebarkan melalui aplikasi tersebut :

60…

Cuba kalau Datin Rosmah mcm hukum hakam nanti di canangkan dan di tokok tambahkan crita bagi panas....

Image
Ni lagu mana ni muslimah la sangat tara pakai tudung tapi bagi orang cium pipi sedangkan nenek wan azizah isteri orang....
Tang depa semua tak pa boleh
Menghalalkan cara.....

Anwar 40,000 Bangla, Mahathir Up Lagi 700,000 China

Image
Memang betullah kata DAP, menjelang PRU14 ini lebih banyak berita palsu akan muncul. Sudah pasti DAP bercakap tentang pengalaman mereka sendiri, kononnya 40,000 bangla akan mengundi memenangkan BN dalam PRU13 yang lepas serta kononnya berlaku blackout dalam proses pengiraan undi.

Tanya dia, memang tak mengakulah.

Sekarang Mahathir pula up jumlah itu kepada 700,000, kali ini dari China. Dalam satu ceramah parti Pribumi cap bunga raya yang dia tubuhkan di Melaka kelmarin, Mahathir buat dakwaan tidak masuk akal ini.

Bukti jangan tanyalah, Mahathir mana reti tuduh ada bukti. Entah siapa bodoh yang akan percaya tak tahulah tapi mengenali Mahathir bukan dia peduli, asal anak dia dapat jadi Perdana Menteri saja cukuplah.

Negara nak lingkup, ekonomi nak terjejas, tak mengapalah pada dia asal hajat di hati tu tercapai. Mahathir jadi Perdana Menteri dulu, tak sempat nak cium tangan mak atau ayahnya - kurang kurang 2 Perdana Menteri selepas dia, ada emak untuk dicium tangan, tapi Mahathir tidak…

NAJIB RAZAK - "ANTARA KEBAIKAN & FITNAH"....Salute DSN....bukan membencinya....

Image
1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di Zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup.

2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.

3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.

4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.

5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.

6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan Bankrup.

7. Pembinaan Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan.

8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk k…

setuju 100%, ramai ahli MCA ahli seumur hidup tp mrk membantu menyokong DAPig

Image

DAP AKAN ANJURKAN ‘HIMPUNAN LILIN’ BEBASKAN ZUNAR PULA?

Image
JIKA kita menyebut pasal pelukis kartun Zulkiflee Anwar Ulhaque mungkin ramai yang tak kenal. Sebaliknya jika disebut Zunar, pastinya tidak asing lagi dalam posisi politik tanah air.

Sudah begitu lama Zunar bebas berkarya dengan seni tangannya melalui lukisan yang menghina, memfitnah dan menjengkelkan terhadap pemimpin negara, khususnya Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Kartunis anti establishment itu ditahan polis sejak semalam mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu tuduhan sengaja mengaibkan dan mencetuskan gangguan keamanan.

Dia ditahan selepas didapati menghina Perdana Menteri mengikut Akt Hasutan.

Terdahulu Zunar membangkitkan kemarahan umum apabila dengan sengaja menganjurkan pameran seni kartunnya yang menghina Perdana Menteri di KOMTAR Pulau Pinang.

Lebih menimbulkan kemarahan orang awam apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini dikaitkan dengan skandal rasuah banglo mewahnya, Lim Guan Eng telah merasmikan pameran berkenaan.

Majoriti p…

MALAYSIA ANTARA NEGARA ISLAM YANG STABIL DAN DIHORMATI DUNIA

Image
Di saat kita memperkatakan mengenai umat Islam, kita tidak boleh terlepas daripada menyentuh mengenai isu kekejaman Israel di Palestin, penindasan terhadap Rohingya dan keganasan di Syria.

Semua itu merupakan antara kezaliman yang dialami oleh umat Islam di dunia sekali gus menunjukkan apabila kita lemah, maka dengan mudah kita akan ditindas.

Walaupun keadaan di Malaysia adalah beribu kali jauh lebih baik daripada situasi yang melanda umat Islam di negara terbabit, namun kita tidak boleh mengambil mudah. Malah UMNO sebagai sebuah parti yang berlandaskan Islam harus memainkan peranan sebaik mungkin, bagi memastikan unsur-unsur yang melemahkan Islam dibendung dengan segera.

Ambillah contoh negara Mesir yang pernah menjadi sebuah negara Islam yang kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan sekitar 70-an. Namun apa yang berlaku kepada Mesir ketika ini?

Arab Spring yang berlaku beberapa tahun lepas bermula dengan Tunisia, yang kemudiannya berjangkit ke Mesir adalah hasil campur tangan asing s…

Hanya Orang Gila dan Jahil Percaya Kerajaan Umum Polisi Melalui WhatsAPP

Image
Kerajaan tidak akan buat pengumuman polisi melalui “akaun hantu” media sosial atau rangkaian komunikasi “WhatsApp”. Jika hendak tahu sesuatu itu benar atau salah, semaklah dengan media massa berdaftar atau Bernama.

Dalam Islam sudah diajar jangan menyebarkan khabar yang tidak pasti sehingga boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat. Tapi mana ada orang Islam peduli.

Dia bagi alasan hendak tanya saja. Kalau hendak tanya saja, tanyalah kepada yang arif iaitu mereka yang bertanggungjawab terhadap isu tersebut, BUKAN tanya dalam Facebook atau Whatsapp yang sama-sama jahil.

Jika tidak ada akses diam sahajalah sehingga kebenaran tiba, bukannya tumpang melalak tanpa usul periksa. Kita boleh bagi alasan niat kita hendak bertanya, tapi Allah tahu niat kita sebenar.

Cukup-cukuplah mengapi-apikan rakyat benci kerajaan dengan khabar palsu. Besar dosanya tu!