Maria Boleh Ditahan Semula Berhubung Bersih 5 - KPN

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah masih diteruskan walaupun beliau telah dibebaskan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata Maria dibebaskan selepas polis telah mengumpulkan maklumat mencukupi daripadanya walaupun di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), beliau boleh ditahan selama 28 hari.

"Tidak bermakna kes Maria telah ditutup.

"Kami masih menyiasat dan akan membentangkan kertas siasatan kepada Peguam Negara dalam masa satu bulan," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan motosikal berkuasa tinggi di Bukit Aman pada Selasa.

Maria telah dibebaskan pada Isnin selepas ditahan 10 hari, bermula malam sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November lalu.

Khalid tidak menolak kemungkinan bahawa Maria akan ditahan semula di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Mengenai serbuan di Empower pada Isnin, Ketua Polis Negara berkata polis mahu mengumpul bukti dan dokumen berdasarkan maklumat bahawa organisasi itu menerima dana dari luar negara.

"Empower juga merupakan pejabat lama Maria," kata beliau.

Mengenai sumbangan motosikal pada hari ini, Ketua Polis Negara berkata ia adalah ihsan Felda Global Ventures.

"Ia akan digunakan untuk membuat rondaan di pantai timur Sabah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana