Posts

Showing posts from May, 2016

Rosak...Rosakkk Kalau Màcam Ni....Rafizi serah maklumat kepada SPRM dakwaan rasuah kerajaan Selangor

Image
PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini membuat laporan mengenai dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya telah serahkan maklumat yang saya ada setakat ini mengenai aduan-aduan yang diberikan kepada saya bersabit dengan pentadbiran kerajaan Selangor dan individu tetentu.

"Saya tidak boleh memberikan maklumat secara terperinci kerana ia menyalahi undang-undang (kerana terikat dengan Akta SPRM).

"Apa yang saya harapkan kita perlu memberikan ruang kepada SPRM untuk jalankan siasatan tanpa diganggu oleh politik dan persepsi lain," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Beliau ditemani oleh Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan dua anggota parlimen, iaitu Wong Chen (Kelana Jaya) dan G Manivannan (Kapar).

Rafizi membuat laporan tersebut selepas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan biro politik membuat keputusan membenarkan be…

Jangan Terburu-Buru Buat Kenyataan Pindaan RUU

Image
KUALA KANGSAR: Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tidak terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung usul pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata ketua-ketua parti komponen BN hendaklah mempamerkan tahap kefahaman yang lebih tinggi dalam sesuatu perkara dan tidak terpengaruh dengan tekanan pembangkang.

"Tidak manis apabila ada pemimpin kanan membuat kenyataan kalau dibentangkan di Parlimen nak meletakkan jawatan.

"Kita mengambil sikap cuba untuk memahami dan kita tidak tersasul kerana ia menunjukkan seolah-olah kita tidak ada kesatuan sesama kita sedangkan apa yang dibuat diputuskan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Arked Majis Amanah Rakyat (Mara) Kuala Kangsar di sini, Isnin.

Annuar yang juga Pengerusi Mara berkata setiap anggota Parlimen mempunyai hak un…

AWAS KEPADA KAUM HAWA !!! Yang Ingin Guna Tandas Awam,Korang Mesti Terkejut Dengan Taktik Keji Mereka Yang !!! KONGSIKAN...

Image
Mohon kepada warga perempuan agar berhati-hati sewaktu menggunakan tandas awam. Ketika masuk ke dalam tandas, sila periksa di bahagian bawah mangkuk jamban dan di sekeliling tandas. Sila pastikan tidak terdapat apa-apa yang mencurigakan. Ini adalah satu dari bukti apa yang terjadi pada masa kini. Saya terpaksa memuat naik gambar ini agar anda tahu akan kedudukan kamera tersebut.

P/S : Berita ini baru saja saya terima dari seorang sahabat saya yang terkejut setelah ternampak kamera yang terdapat di bawah mangkuk jamban tersebut. Selalunya apabila kita masuk ke dalam tandas, kita akan rasa geli jika terdapat kotak kecil , kotak rokok, tuala wanita, pembalut tisu dan sebagainya. Namun hakikatnya di dalam itu terdapat sesuatu yang akan memalukan diri sendiri. Mohon agar kita saling mengingati.

Mungkin anda tidak terfikir langsung untuk membersihkan kawasan itu kerana bagi anda ia kelihatan seperti sampah bukan? Tetapi awas! Ia benar-benar telah terjadi. Sila ambil langkah berjaga-jaga ke…

APA YANG MADEY CAKAP TENTANG PEJUANGAN KETUM BERSAMA UMNO DULU, KINI BERBALIK KE BATANG HIDUNG DIA!!!

Image
Ingatlah pesanan orang dulu dulu, cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar, Tetapi Madey lupa yang Allah maha mendengar lagi maha mengertahui setiap apa yang akan kita ucapkan, Sedangkan akal belum sempat menyampaikan ke mulut!!!

Rafizi tidak peduli penafian Azmin...serah bukti dakwaan rasuah pada SPRM

Image
Sekalipun Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata dakwaan adanya kegiatan rasuah minta wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan negeri adalah fitnah terancang,Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tetap tak berganjak.

Ahli Parlimen Pandan itu muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk serah sendiri bukti mengenai dakwaan yang beliau bangkitkan itu.

Rafizi tiba kira-kira 12 tengah hari diiringi hampir 30 penyokong termasuk Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah dan Naib Ketua Anak Muda Amanah (AMAN) Parti Amanah Negara, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR ,Jumaat lalu dalam reaksi isu yang dibangkit oleh Rafizi dakwa orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri kerana melakukan serangan jahat dan semberono.

"Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kep…

PKR Wilayah Tolak Deklarasi Rakyat “Anjuran” Tun M

Image
KUALA LUMPUR: PKR Wilayah Persekutuan menolak Deklarasi Rakyat yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil mengulangi komitmen mereka kepada gerakan reformasi dan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ikrar itu dinyatakan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Wan Azizah, bertarikh 19 Mei dan ditandatangani Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad.

Idris mengesahkan kesahihan surat itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Di dalamnya, ADUN Ijok itu memperincikan hasil mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan pada 18 Mei, yang bersetuju untuk:

– Menyokong sepenuhnya Wan Azizah sebagai pemimpin utama parti itu.
– Menolak penglibatan Mahathir dan Umno dalam gagasan Deklarasi Rakyat.
– Mengetepikan Deklarasi Rakyat dan terus menyokong gerakan reformasi untuk menyelamatkan Malaysia, menukar institusi kerajaan, dan membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Yang mana hadir mesyuarat sebulat suara sokong. Siapa yang tak hadir…

Dah Tahu Dohhhh.....RK Sg Besar-Kuala Kangsar: DAP Sokong PAN

Image
Pemuda DAP menyokong penuh calon daripada Parti Amanah Negara (PAN) mewakili Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti.

Ketuanya, Wong Kah Woh berkata, PAN perlu dibenarkan bertanding bagi menujukkan satu barisan pembangkang yang bersepakat dan bersepadu bagi meyakinkan rakyat ke atas Pakatan Harapan.

“Perlu diingatkan bahawa calon PAS untuk kerusi Kuala Kangsar pada tahun 1999 adalah Asmuni Awi dan 2004 adalah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 2008 adalah Dr. Khairuddin Datuk Abdul Malim.

“Kesemuanya mereka pada hari ini telah meninggalkan PAS serta bersama-sama dengan PAN dan Pakatan Harapan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kah Woh berkata, PAN perlu ditampilkan sebagai sebuah parti yang menggantikan calon pembangkang yang ditinggalkan oleh PAS selepas era Pakatan Rakyat berakhir.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 dibuba…

PAS bagi tarikh luput kepada AMANAH, tidak akan wujud selepas PRU14

Image
Pimpinan utama PAS menolak dakwaan bahawa AMANAH akan menjadi ancaman utama kepada parti itu di masa akan datang.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, beliau menjangkakan parti serpihan PAS itu tidak bertahan lama dan akan berkubur pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Ini kerana majoriti kepimpinan utamanya terdiri daripada bekas pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan di Muktamar tahun lalu, dan dasar perjuangan parti itu juga masih kabur disamping gabungan dalam Pakatan Harapan.

“Saya tidak melihat PAN ini boleh pergi jauh dalam politik negara. Pada jangkaan saya mungkin setakat Pilihanraya Umum (PRU) 14 sahaja. Lepas PRU mungkin akan hilang. Dia akan jadi macam Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia), Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) atau Akim (Angkatan Keadilan Insan Malaysia),” katanya dalam wawancara yang disiarkan di Mingguan Malaysia, Ahad.

Namun begitu, Amar berkata PAS tidak akan memandang rendah akan seteru politiknya walaupun diwujudkan dalam…

Satu kehebatan AMANAH yang perlu diakui : Sembang tak pernah jatuh

Image
Parti Amanah Negara (Amanah) tidak gentar dengan pertembungan tiga penjuru kerana mereka telah menjangkakan situasi berkenaan akan berlaku pada pilihan raya (PRK) Parlimen Sungai Besar menjelang 18 Jun nanti.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, tiga penjuru adalah satu situasi pasti harus dihadapi di Sungai Besar berikutan tiada kerjasama daripada Pas.

“Amanah dari kelahirannya telah tahu soal tiga penjuru ini satu kemungkinan dan masalah timbul apabila Pas mempunyai satu sikap keras kerana tak mahu bekerjasama.

“Kalau Amanah tak ada, tiga penjuru tetap akan berlaku sama ada dengan BN, Pas, DAP atau PKR,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak pendapat sesetengah pihak yang mengatakan pertembungan tiga penjuru hanya membawa keuntungan kepada BN.

“Sebab itu, kita letakkan calon supaya beri satu alternatif yang lebih baik dan meyakinkan kepada pengundi kerana kami melihat undi Melayu belum tentu kekal pada BN.

“Kita juga yakin undi Melayu takkan pergi kepada Pas ke…

MCA Dan Sewaktu Dengan Nya Bukan Tak Faham, Tapi Mahu Peluang Rebut Jadi hero Bukan Islam

Image
Ketika PRK Sarawak berlansung, kita boleh lihat dimana salah satu parti dibawah BN membuat beberapa tuntutan seumpama tuntutan yang di buat oleh DAP, cuma beza nya parti ini berada didalam BN.

Akhir nya nyata pengundi Cina memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada BN..Jika ada yang parti serupa macam DAP dalam Barisan Nasional, pengundi Cina tentu berfikir apa susah undi yang yang sama tetapi dalam sangkar yang berbeza? .Kini , respon kepada RUU yang akan dibentang kan di Parlimen oleh Hj Hadi mendapat tentangan yang amat kuat dari MCA, Gerakan dan MIC.

 Hanya parti dari Sarawak seperti SPDP yang kelihatan sedikit bijak dan tidak melenting.
SPDP mahu di dibentangkan untuk dibaca dahulu untuk melihat keseluruhan nya.Bagi MCA, Gerakan dan MIC, kita juga sepatut nya faham juga tindak tanduk mereka.Faham bukan bererti setuju dan sokong.

Dikala bukan melayu dan bukan Islam menjauhi parti parti ini, DAP pula yang mendapat limpahan sokongan sebagai default.

Maka atas sebab ini , parti par…

"SHARE SAMPAI DITANGKAP" Kalau ahli keluarga anda dalam ambulan apa rasa nya?

Image

Kenapa kita perlu memaksa non muslim ikut kehendak kita?

Image
ISLAM ITU ADALAH KESEJAHTERAAN UNTUK DIRI DAN SELURUH UMAT. Malah tiada paksaan dalam islam KECUALI KEPADA ORANG YG BERAGAMA ISLAM WAJIB BAGI MUKMIN IKUT HUKUM-HUKUM YANG ALLAH TELAH TETAPKAN. Dan Islam adalah jalan PENYELESAIAN kerana sudah tersedia ada GARIS PANDUAN TITIK PERSAMAAN kearah kesejahteraan kita dunia hingga akhirat.

Kerana AGAMA ISLAM ADALAH NASIHAT.
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
“Agama itu adalah nasihat”. Kami bertanya, “Untuk siapa?” Baginda menjawab, “Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya”.
(Hadith Riwayat: Muslim)

Malangnya kita semua DITIPU dengan tipu daya manusia yang berhati srigala yang memperjudikan kesucian agama memburu kepuasan NAFSU mereka yang akhirnya bukan saja kita yang bersusah payah berlumba2 menghimpun dosa dengan mendabik dada mencaci mencela memfitnah menghina sesama kita malah kita dengan sengaja diajak terjun keneraka oleh …

Panassss!!!! Ridhuan Tee keluar MCA, anggap parti musuh Islam

Image
BANGI, Isnin – Penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, hari ini mengumumkan keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu yang kini memusuhi Islam, apabila menentang usaha memperkemas undang-undang syariah menerusi pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Beliau yang juga ahli seumur hidup parti itu selepas keahliannya diterima pada tahun 2000 setelah empat tahun menunggu, juga menyifatkan MCA sebagai sebuah parti yang terlalu perkauman.

“Saya tidak mahu menanggung dosa berada di dalam parti yang menjadi musuh Islam. Dengan ini saya mengisytiharkan keluar daripada MCA.

“Dulu saya berhempas pulas mahu menyertai parti ini walaupun mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu dikatakan masuk Melayu.

“Tetapi, sangkaan saya meleset apabila parti ini sangat perkauman dan menjadi musuh Islam. Siapa memusuhi Islam, dia adalah musuh saya juga,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini.

Beliau ke…

Pakatan Anti Islam Dah Terbentuk?Anda Nampak Tak Mainan Mereka Semua?

Image
BILA Perdana Menteri dah sahkan bahawa pindaaan undang-undang syariah negeri Kelantan yang dibentang Presiden PAS di Parlimen minggu sudah, tidak ada kaitan sama sekali dengan hudud, harapannya, MCA dan Gerakan ini faham bahasalah.

Rupanya depa tak faham bahasa jugak, masih nak main konon itu adalah undang-undang hudud, sampai ke tahap nak mengancam keluar BN, konon orang cina dah naik bimbang.

Sejak bila MCA dan Gerakan wakil orang cina yang bimbang sangat ni?  Wakil orang cina sekarang ialah DAP, jadi kalau layak bercakap wakil cina ialah DAP, bukan MCA atau Gerakan – mereka dah lama tak jadi wakil orang cina Malaysia dah, perasan saja macam tu.

Dari 9 kerusi parlimen MCA dan Gerakan sekarang, berapa banyak kerusi majoriti cina yang konon wakil orang cina sangat ni?

Anyway, bila dah sah itu bukan undang-undang hudud, jadi undang-undang apa yang MCA dan Gerakan ni lawan, Islam ke?  Kata tak lawan Islam, yang lawan undang-undang hudud PAS, sekarang bila itu bukan hudud PAS, lawan jug…

Khalid Samad Mempersoalkan Kerajaan Membenarkan PAS Bentang RUU Hudud.

Image
Masa usul tak apat dibaca oleh PAS di Parlimen, ada yang bising2 kata PAS kena tipu dengan Kerajaan lah bagai, bila dah dapat dibaca untuk dibentangkan spin macam ni pulak.

Itulah kuasa Allah namanya. Kalau Allah izinkan semuanya boleh berlaku tak ada yang ajaibnya bak kata Khalid Samad ni. Allah permudahkan bagi Hadi Awang untuk menegakkan undang-undang islam. Tapi yang peliknya kenapa Khalid Samad nampak takut saja?

Kalau Khalid Samad seorang manusia yang beeragama islam secara tulin dan sejati, seharus nya gembira bukan mempersoalkan, kecuali manusia itu luaran nya islam, dalaman nya sebaliknya. Kalau MCA,MIC,DAP bantah aku tak heran kerana mereka semua ni kafir, yang aku herannya si PAN ni yang mengaku islam pun mempersoalkan. Apa nak jadi ni?? Sebabkan DAP ker??

Adakah Khalid Samad sudah tidak percaya lagi pada kuasa Allah, Adakah Khalid Samad sudah berbelah bagi antara kuasa dan agama, Dunia dan Akhirat, kerana mempersoalkan Kerajaan membenarkan PAS membentangkan RUU Hudud di P…

Admin Tabik Dia Ini.....UMNO telah buktikan keikhlasan dengan sanggup bertegang leher dalam BN demi ISLAM.

Image
Perpaduan antara UMNO dan PAS akan menjadikan Melayu sebagai majoriti yang kuat. Hakikatnya UMNO dan PAS merupakan parti Melayu Islam. Desas desus kecaman dari MCA dan Gerakan kepada Umno sekiranya mereka menyokong pelaksanaan hudud telah mula kedengaran. Kononnya MCA akan keluar BN jika UMNO sokong hudud. Ini merupakan suara yang sama dari DAP yang tidak mahu sokongan Umno kepada Pas mengenai hudud. Mereka sedar isu ini memang akan menyatukan parti Melayu.

Walaupun UMNO dan PAS tidak bersatu dalam satu parti politik namun gabungan dari segi ideologi agama dan isu Melayu seperti penggunaan Bahasa Melayu, agama Islam termasuk hudud dan kepentingan Raja-Raja Melayu bakal menakutkan parti Cina yang sememangnya rasis. Mereka cuba membuang identiti bahawa Islam agama rasmi negara, ketuanan Melayu dan Bahasa Melayu bahasa rasmi negara.

Perlaksanaan Hudud Allah ini merupakan cabaran untuk umat Islam di negara kita untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Mungkin dalam pencarian ini maka pe…

TMJ nak bersemuka dengan orang yang hina baginda…

Image
Ekoran kes terbaru polis menahan seorang individu dan sedang buru seorang lagi yang menghina Tunku Ismail Sultan Ibrahim baginda telah meminta mereka tidak ditangkap.

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor itu berhajat untuk bersemuka ‘ man to man’ dengan mereka.

Baginda menyatakan demikian di laman Facebook Johor Southern Tigers.

“Saya dimaklumkan tentang perkara ini tetapi apa yang boleh saya lakukan sekiranya ada orang yang ingin membuat laporan polis mengenainya. Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya tiada masa untuk melayan orang-orang seperti ini.

"Akhir sekali, saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya. Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuaraka…

Kluang Man Ditahan Kerana Hina TMJ...Agen DAP Rupanya...

Image
Patutlah perangai macam jilake, agak2 Rara DAP tu jamin atau bela tak mamat ni?

Apa yang dikatakan sahabat kita memang betul sangat....lah Tu

Image
Adakah MCA dan Gerakan setiakawan yang baik untuk UMNO, jawapannya ada pada mereka sendiri, tak perlu nak ugut2 jika ada setiakawan yang baik dalam BN.

Bukan Kita Tidak Tahu Perangai Pembangkang Ni. ...Dasar Perangai Tak Senonoh

Image
Kritik Calon BN Kuala Kangsar Datin Mastura Yazid Sebab Pembangkang Takut Hukum Atau Takut Aura Calon BN Ini???!!!

SELEPAS Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak telah membuat keputusan memilih Datin Mastura Yazid sebagai calon parti itu di Kuala Kangsar, pembangkang mempertikaikannya kerana balu penyandang itu masih dalam ‘iddah.

Bukan setakat mempertikaikan, malah ada yang menjatuhkan hukum bagaikan satu dosa besar telah dilakukan oleh BN kerana memilih balu Allahyarham.

Soalnya, siapa kita yang terlalu cepat menghukum sedangkan tiada yang Mastura atau BN lakukan yang melanggar undang-undang Islam dan negara. Jika ada, buktikanlah, jangan hanya menghukum?

Empunya diri sendiri pun telah memberi mesej agar para pengundi memahami dirinya yang masih perlu menghabiskan tempoh ‘iddah berkenaan. Dimana pula Mastura atau BN telah melanggar perintah Allah?

Ada juga yang mengatakan pilihan yang di buat Najib Razak ini adalah suatu keterdesakan kerana tiada calon lain. Adakah kita yang bijak at…

Pengundi Bukan Islam Tidak Perlu Risau, RUU Bukan Hudud

Image
SABAK BERNAM, 29 Mei (Bernama) -- Pengundi bukan Islam di kawasan Parlimen Sungai Besar telah dinasihatkan supaya tidak risau dengan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 kerana ia tiada kaitan dengan hudud.
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata usul itu hanyalah cadangan memperkasakan Mahkamah Syariah dan ia tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Sekarang Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan dan hukuman ini sudah tiba masanya wajar dipinda.
"Usul berkenaan hanya untuk meminda undang-undang yang telah sedia ada di Malaysia dan bukan untuk membuat undang-undang baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pertahanan Awam (JPAM) Negeri Selangor di sini hari ini.Turut hadir Ketua Pengarah JPAM, Datuk Ogu Salim Omar.

Anggota Parlimen Tanjung Karang itu berkata isu Presiden PAS Abdul Hadi Awang membawa usul …

Pemuda Umno Akan Beri Perhatian Penuh Untuk Kempen

Image
Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) khususnya Pergerakan Pemuda diminta memberikan perhatian penuh dengan mendekati semua anggota masyarakat tanpa mengira kaum ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar Jun ini.  

Ketua Pergerakan Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata tumpuan sedemikian perlu kerana BN tidak boleh bergantung hanya kepada pengundi Melayu semata-mata untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya berkenaan.  

“Kita (BN) kena turun padang dan mendampingi semua pengundi dan jangan hanya tumpu di kawasan tradisi dimenangi sebelum ini sahaja.  

“Selain itu, kita juga tidak boleh hanya bergantung kepada program rasmi dihadiri ramai penyokong kuat BN semata-mata, sebaliknya mesti berjumpa terus dengan pengundi tanpa mengharapkan mereka dijemput untuk mendekati kita.

“Jentera BN perlu memperbanyakkan program temu mesra atau bertemu pengundi di kedai kedai kopi atau mana-mana lokasi tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika beru…

Netizen Digesa Henti Sebar Maklumat Pelajar Jatuh Bangunan

Image
GEORGE TOWN: Adik kepada seorang pelajar kolej berusia 21 tahun yang maut akibat terjatuh merayu orang ramai berhenti berkongsi gambar dan maklumat palsu mengenai kejadian itu.

Dia membuat rayuan itu di Facebook berikutan penyebaran gambar dan berita di media sosial berkaitan mangsa, P. Darshwini.

Mangsa telah jatuh dari tingkat 16 sebuah blok apartmen di Island Park, pada Khamis lalu.

P. Thirptisonia menggesa netizen berhenti menyebarkan berita palsu mengenai kakaknya itu.

Dia menulis: "Tolong berhenti menyebarkan khabar angin mengenai kematian kakak saya. Tiada adik yang mahu melihat gambar kematian kakaknya di sana sini. Tolong hentikannya! Terima kasih."

gambar ngeri kejadian itu telah diedarkan secara meluas di media sosial seperti WhatsApp.

Turut dikongsi ialah satu klip video menunjukkan seseorang terjatuh dari bumbung sebuah bangunan tinggi.

Bagaimanapun Thirptisonia berkata: "tidak ada kena mengena dengan kakak saya".

Selain itu terdapat juga posting oleh…

AMANAH dah boleh masuk bertanding!Kuatnya DAP Beri Sokongan Pada PAN

Image
DAPSY mendesak supaya AMANAH dipilih menjadi wakil Pakatan Harapan sebagai calon PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini, menentang PAS.

“Memandangkan PAS menolak semua kemungkinan mengelak pertandingan tiga penjuru antar BN, PAS dan PH, dan nampaknya akan mengalah kepada UMNO untuk menang, Pakatan Harapan perlu meletakkan calon terbaik untuk menewaskan calon BN,” kata Ketua DAPSY Wong Kah Woh.

ADUN Canning itu berkata ini akan jadi PRK pertama di Semenanjung Malaysia yang ditandingi Pakatan Harapan selepas penubuhannya tahun ini.

“AMANAH membuktikan semangat dan reputasi mereka dalam memperjuangkan isu rakyat, menyelamatkan Malaysia daripada bankrap,” kata Kah Woh merujuk kepada kontroversi 1MDB dan ‘derma politik’ RM2.6 bilion.

Sebagai rakan dalam Pakatan Harapan, amat penting kita memastikan AMANAH berkembang dan menjadi parti yang mampu mencabar UMNO dan BN pada PRU14,” katanya.

Kah Woh berkata calon PAS di Kuala Kangsar pada 1999, 2004 dan 2008 ialah Asmuni A…

Ceramah PAN di Hadiri Oleh Lim Kit Siang...Anda Nampak Tak?

Image
Kehadiran Penasihat Umum DAP, Uncle Lim Kit Siang malam tadi dalam ceramah PAN di Sungai Nibong sempena hajat besar PAN mau bertanding PRK Sg Besar membuktikan DAP mampu menyerahkan puluhan ribu undi kepada calon PAN nanti.

Lagi dihalang RUU lagi berlambak dan berduyun-duyun rakyat menyokong mana-mana parti yang sanggup jadi khadam abdi DAP.

Sama bahaya jika pemimpin Islam liberal, bukan Islam tadbir negara

Image
BANGI, Ahad – Pemimpin Islam liberal atau bukan Islam sama sahaja bahayanya jika dibiar mentadbir negara, kata Pengurus Besar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dr Mohd Fauzi Shaffie.

“Pemimpin Muslim liberal, mereka akan membentuk dan melaksana polisi yang bagi mereka baik, tetapi ianya liberal. Jadi mereka akan merungkaikan sistem yang bertentangan dan ini sama juga kepada bukan Islam.

“Jika pemimpin bukan Islam itu juga liberal, maka akan mengikut cara liberal juga. Malah, mungkin lebih teruk,” katanya kepada Ismaweb ketika ditemui pada Seminar Liberalisme, Maslahah atau Mafsadah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, ada yang menganggap pemimpin Islam yang tidak liberal itu lebih baik, berbanding pemimpin Islam yang liberal.

Namun, katanya, pemimpin bukan Islam pasti akan mengikut cara pemerintahannya dan tidak tahu sejauh mana keadilan yang diberikan terhadap orang Islam.

“Kita tidak tahu bagaimana pemimpin bukan Islam beri ruang kepada kita dalam beri…

Mana-mana pegawai kerajaan yg rasuah, salahguna kuasa, khianat dan sabotaj kerajaan sewajarnya dikenakan tindakan tegas..

Image
Kita syorkan pengambilan penjawat awam perlu ada justifikasi baru, ada tapisan kpd calun, biar di temuduga berpuluh kali, baru dpt yg terbaik kot. La ni banyak pengkianat dlm pentadbiran kerajaan. WAHAI PENJAWATAN KALAU NAK MAKAN BUAH, JANGANLAH PERDU DITERAJANG. Jika ini berlaku andalah petualang yg JIJIK SEKALI.

Alamakkkk Ini lebih daripada Bukan Islam Lagi Ni....Caranya

Image
anak maddey tak sokong hudud diaorg taknak pulak marah... ermmmmm yg MCA tu kita tau memang bukan Islam tapi anak maddey ni ape agama ye?

Presiden Parti Komponen BN Tak Jadi Letak Jawatan, Kerana Pindaan Akta 355 Bukan Hudud

Image
PRESIDEN MIC, Datuk S Subramaniam menyertai pemimpin BN yang lain akan meletakkan jawatan daripada kabinet jika hudud dilaksanakan.

Itulah kenyataan beliau seperti dilaporkan oleh portal pembangkang Malaysiakini, yang bermaksud jika usul pindaan RUU Akta 355 berkaitan hukuman denda di mahkamah syariah, maka ianya tiada berkaitan dengan hudud.

Tiada istilah hududpun digunakan oleh Presiden PAS ketika membentangkan usul berkenaan dan ini juga selari dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa usul yang dibawa Presiden PAS bukan hudud seperti yang sengaja dipropagandakan media pembangkang.

Isu ini berbangkit apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Khamis lalu membacakan usul Rang Undang-Undang persendirian untuk meminda hukuman lebih berat dalam undang-undang syariah, sebelum menangguhkannya.

Yang menjadi penentang utama dan sengaja mengaitkan dengan hudud ialah Setiausaha Agung DAP. Lim Guan Eng dan disokong penuh ayahnya, Lim Kit Siang.

Subramaniam menjangkakan rang undang-undang …

Tun M Patut Tubuh Parti Politik Baharu – Shahrir

Image
JOHOR BAHRU: Tun Dr Mahathir Mohamad disaran menubuhkan parti politik baharu jika mahu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bulan depan.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad, berkata bekas Perdana Menteri itu pernah mendakwa mendapat sokongan hampir 1.2 juta orang menerusi deklarasinya.

Justeru, Shahrir berkata ini adalah waktu terbaik untuk menilai sama ada Dr Mahathir benar-benar mendapat sokongan rakyat.

“Masyarakat pastinya ingin melihat sama ada deklarasi itu boleh diterjemahkan pada PRK akan datang.

“Dr Mahathir tidak perlu berkempen untuk pihak lain, sebaliknya tubuh parti politik sendiri dan letak calon pada PRK ini.

Dalam dunia politik, suara rakyat penting sebagai pembuat keputusan, maka biar rakyat membuat pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Belajar Koding (JBK) anjuran Biro Profesional Muda Pemuda UMNO Pusat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)…

Kawan tetap kawan, lawan tetap lawan

Image
Harapan PAS dengan meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Abdul Rani Osman sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dilihat sebagai cubaan bagi mengelak AMANAH daripada bertanding di kerusi yang sama berikutan hubungan baik AMANAH dengan Dr Rani.

Ahli Parlimen AMANAH Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata bagi AMANAH ‘kawan tetap kawan namun lawan tetap lawan.

“Bila PAS umum Dr Rani kita sudah tahu PAS mesti pikir kita tak akan lawan kerana Dr Rani baik dengan kita jadi takkan dengan kawan baik pun nak lawan. Tetapi bagi kami tidak. Kawan tu kawan la, lawan tetap lawan.

“Kita akan hantar calon. Kita sudah ada nama calon. Pada 1 Jun nanti kita umum. Lagipun penamaan calon kan 5 Jun nanti, masih awal lagi,” kata Khalid kepada BNBBC.my portal pada Ahad.

Menurut Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH meletakkan Dr Rani adalah dengan bertujuan PAS mendapat sokongan pengundi Cina juga sudah dijangka.

“Kita merasakan dengan meletakkan Dr Rani itu PAS cuba meme…

Usul Hadi: Timbalan Pengerusi MCA Kedah wajar berehat fahami isu sebenar

Image
Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong wajar diberikan rehat selama dua minggu bagi membolehkannya menenangkan fikiran susulan keputusan drastiknya keluar parti.

Leong membuat keputusan itu susulan ketakpuasan hatinya dengan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Leong perlu diberi ruang dan waktu untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Tambah Ahmad Bashah lagi, langkah itu akan memberi Leong memahami situasi sebenar tentang isu yang menyebabkan beliau bertindak untuk keluar parti.

“Lepas dia bercuti itu nanti, (barulah) saya akan jumpa dia tapi saya memang sudah bercakap (dengannya) dalam (perbualan) telefon,” katanya kepada BNBBC.MY pada Sabtu.

Menurutnya tindakan Leong semalam merupakan sesuatu yang tidak dijangka olehnya yang ketika itu masih berada di Kuala Lumpur kerana sedang menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

PM dan MB Perak rujuk dulu pada Mufti Perak sebelum memutuskan Mastura calon BN…

Image
Polimek mengenai pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid,isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khaill Anuar Wan Ahmad agak panas.Ini kerana isu beliau kini dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari kerana kematian suami.

Malah ada yang marah-marah dan mempersoalkan pimpinan UMNO ‘ tidak sensitif pada hal agama’ dalam memilihnya.

Ada juga yang bimbang kemungkinan ia dijadikan modal pihak lawan BN semasa kempen pilihanraya yang dijangka sengit.

Soalnya apakah pimpinan UMNO main semberono begitu saja?

Jawapanya tidak.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria sendiri mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Kadir ada merujuk kepadanya terlebih dahulu sebelum memutuskan pencalonan Mastura.

“Memang Perdana Menteri merujuk kepada saya dahulu, dia tanya bolehkah Mastura dicalonkan sebagai calon PRK Kuala Kangsar. Saya kata boleh. Menteri Besar Perak pun ada tanya saya dan saya kata boleh,” katanya ketika dihubungi w…

Insyallah Rakyat Kawasannya Lebih Tahu......Mastura Tidak Perlu Hadir Penamaan Calon Jika Dalam Edah - Annuar Musa

Image
KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid, yang dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, tidak perlu menghadiri penamaan calon pada 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selepas kematian suaminya.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengkehendaki calon berbuat demikian sebaliknya menetapkan pencadang dan penyokong untuk hadir pada penamaan calon.

"Orang yang mencadang dan menyokong perlu hadir, calon tidak perlu hadir. Oleh itu, Datin Mastura tidak perlu hadir," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Kuala Kangsar di sini, Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Mastura, 55, menerusi satu tayangan video bahawa  beliau tidak dapat menyertai kempen bermula 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan Islam apabila kematian suami.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumk…

Betul ke APA YG DIKATAKAN oleh insan TERHEBAT ni....Inilah Wayangnya

Image
Pak BUDIN ni pegi ke masa penamaan calon Kuala Kangsar tu.

Dia tengok ke calon tu kluar angkat tangan tanda setuju terima pencalonan dari DS Zahid Hamidi

Tanah rizab Melayu diberikan kepada Cina ..... angkara siapa?

Image
Pada tahun 2010 tanah rizab Melayu seluas 70 ekar di Sekinchan telah diberikan kepada penduduk Cina. Angkara siapakah yang telah menukar status tanah rizab Melayu kepada rizab bebas?

Menurut Laporan Audit Selangor pada tahun 2014, kira2 10,265 ekar tanah rizab Melayu di Selangor telah dibatalkan.

Kenapa dibatalkan?

Kepada siapakah tanah2 tersebut diberikan?

Kenapa tiada rakyat PR Selangor yang membantah atau mempersoalkannya. Sudah butakah? Sudah jadi pekak kah? Sudah jadi bodohkah? Atau jadi pengecut dan menjadi hamba abdi yang haram dan berdosa melawan kafir DAP?

Kenapa tiada yang lantang menyalak2 seperti yang dilakukan dalam BERSHIT 1.0 hingga 4.0?

Mungkin bila sudah habis tanah rizab Melayu di Selangor bertukar tangan baru nak sedar dan menyesal? MB hanya boneka yang kerandud telurnya sudah diikat tali oleh DAP. Bila cuba bercakap lebih maka akan disentap tali yang mengikat kerandut telurnya. Rasa senak tersebut menyebabkan segala kehendak DAP terpaksa dituruti.

Sedarlah wahai r…

Keluar BN - MCA boleh pergi melingkop, ayam tak patuk, itek pun tak sudu !!!

Image
Sekali lagi MCA mengugut akan keluar Barisan Nasional sekiranya UMNO menyokong PAS laksanakan hudud di Kelantan? Ini sebenarnya satu berita yang dah basi. Mereka seolah-olah gagal mengukur baju di badan sendiri. Dalam PRU13 yang lepas prestasi MCA amat teruk sekali. Kegagalan mereka dalam menyumbang dengan baik dalam pembentukan kerajaan Barisan Nasional sebenarnya telah meletakkan MCA sebagai parti yang tidak lagi relevan.

Melalui analisis terhadap PRU13 yang lepas kita boleh membuat kesimpulan bahawa bangsa Cina di dalam MCA telah berpaling tadah menyokong DAP demi semangat rasis melampau Cina. Oleh itu sebenar MCA tidak berhak untuk mengkritik tindakan UMNO menyokong Hudud Islam bukannya Hudud PAS.

Ini merupakan sumbangan UMNO terhadap Islam sebagai agama rasmi negara. MCA tidak boleh menolak hudud Islam dengan membabi buta kerana ianya merupakan undang-undang dari Allah dan merupakan yang terbaik. Tidak mungkin ada undang-undang buatan manusia yang lebih baik daripada undang-unda…

Tau Pun Takutttt....Pensyarah ‎nafi penyebaran 'print screen'

Image
SHAH ALAM - Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Mohd Shukri Shuib menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat di dalam penyebaran 'printsceen' yang mendakwa Sinar Harian cuba menjadi seperti sebuah portal politik dengan memutar belit laporan analisis beliau pada 12 Mei lalu.

Katanya, printscreen yang tersebar meluas di kalangan pengguna media sosial bukan datang daripadanya.

“Saya harap orang ramai ramai jangan kaitkan Sinar Harian dengan mana-mana entiti media sosial yang lain kerana akhbar berkenaan mempunyai cara tersendiri.

“Tidak wajar Sinar Harian dipertanggungjawabkan kerana Sinar Harian adalah satu wadah yang baik dan telus untuk diakses oleh anggota masyarakat,” katanya.

Menurutnya, Sinar Harian adalah sebuah akhbar yang cukup baik dalam memberikan kerjasamanya kepada orang akademik dan anggota masyarakat untuk menyalurkan maklumat yang tepat mengenai isu semasa.

“Sebagai seorang ahli akademik yan…

Mahathir Dan Ratu Naga Dicabar Saman Azharuddin Bukti Kebenaran.

Image
Pendedahan mengejut yang dilakukan oleh seorang pengaturcara komputer sambilan, Azharuddin Bin Othman @ Abdullah petang semalam, cukup menggemparkan. Manakan tidak, disaat kem Tun Dr Mahathir sedang meraikan “kejayaan” palsu mereka mengumpul lebih satu juta tandatangan, dia tampil menyatakan kebenaran disebalik 1.27 juta tandatangan berkenaan.Dalam sidang media dia sebentar tadi, dia ada menyebut tentang penglibatan Ema atau nama penuhnya, Syarul Ema Rena Abu Samah yang didakwanya sebagai individu yang bertanggungjawab mengupah Azharuddin sebanyak RM 5,000 untuk membekalkan 1.2 juta nama melalui database yang ada padanya.

Jika dilihat dari segi moral, sudah tentu pendedahan ini akan memalit aib kepada Tun M dan beberapa orang lagi yang dikaitkan Azharuddin dalam sidang medianya sebentar tadi. Manakan tidak, betapa terdesaknya kem Tun M untuk mendapatkan database berkenaan bagi membolehkan Tun M mendapatkan sejumlah tandatangan yang beliau mahukan melalui jalan yang cukup jijik.Meliha…

ADA BERANI KAH!!!! MCA BOLEH KELUAR BN JIKA MEREKA RASA TERLALU KUAT

Image
Pindaan yang dicadangkan oleh Presiden PAS di Parlimen disambut baik oleh hampir keseluruhan umat Islam Msia. Namun, sebaliknya tokoh2 politik Cina samada dari parti chauvinist DAP atau MCA, mereka senada mempersoalkan tentang cadangan pindaan tersebut. Apa isunya?

Akta 355, jelas adalah suatu akta yg berkaitan HANYA kpd orang Islam SAHAJA.Tidak ada kaitan langsung dgn orang bukan Islam. Ianya adalah akta berkaitan jenayah syariah – minum arak di tempat terbuka,judi dan seumpamanya.

Presiden MCA,Liow Tiong Lai menegaskan, beliau akan letak jawatan drp Kabinet jika RRU PAS diluluskan di Parlimen.Saya cuba mendapatkan semua parti komponen utk menghentikannya. Saya menggesa kedua2 belah pihak agar bersama menyekat Rang Undang-Undang ini.Saya tidak bimbang dengan apa yg saya katakan ini,Sementara itu,Timb Pengerusi MCA Kedah @ Adun Gurun,Datuk Dr Leong Yong Kong meletak jawatan drp parti itu sebagai bantahan susulan usul persendirian (RUU) mengenai hudud dibentangkan di Parlimen.

Sedarla…

KENAPA MAHATHIR SEMBUNYIKAN FAKTA NEGARA KERUGIAN RM72 BILION?

Image
DEKLARASI MAHATHIR yang turut disertai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak henti-henti mempertikaikan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) dan derma RM2.6 Bilion, walaupun hakikatnya kedua-dua isu berkenaan telah selesai, malah ada yang direka cerita.

Namun, tidak pula kedua-dua tokoh Umno itu mahu mempersoalkan mengenai kerugian semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamed sebanyak RM73 bilion selama 22 tahun beliau tadbir negara.
Mungkin juga ramai yang masih tidak tahu, RM73 bilion kerugian berkenaan dicipta melalui empat syarikat/badan berikut ;

1. Perwaja RM10 Bilion
2. BBMB RM10 Bilion
3. MAS RM20 Bilion
4. Bank Negara RM33 Bilion

Walhal, jumlah berkenaan jauh lebih besar berbanding derma RM2.6 bilion yang didermakan kepada Perdana Menteri yang menjadi ‘kegilaan’ para penyokong Mahathir selama ini.

Tidak perlu dinyatakan dengan leb…

Biar Betul Ni.....Azmin “Merajuk” Di Sungai Besar

Image
Menariknya, PKR yang digembar gemburkan turut mahu meletakkan calon di kerusi Parlimen ini, nampaknya mungkin tidak menjadi kenyataan. Ini dibuktikan dengan keadaan semasa yang berlaku di Parlimen ini dimana tiada walau satupun bendera PKR berkibar di sini. Sebaliknya, bendera Parti Amanah Negara menghiasi sepanjang jalan di Parlimen ini.

Melihat kepada keadaan yang berlaku, penulis berpeluang bertanya dengan beberapa orang penduduk setempat terutamanya para penyokong pembangkang. Jawapan yang diterima cukup mengejutkan apabila dimaklumkan, Datuk Seri Azmin yang dilihat begitu beriya-iya mahu meletakkan calon PKR di kerusi ini dikatakan telah merajuk dan memulaukan pilihan raya kali ini.

Menyangka ianya hanya propaganda murah PKR, soalan yang sama diajukan kepada penyokong PAN. Seperti jawapan yang diterima sebelum ini, memang Azmin benar-benar merajuk dan memulaukan pilihan raya kecil ini. Alasannya, PAS dan PAN enggan akur kepada kehendaknya untuk membiarkan PKR meletakkan calon me…

Analisa Calon PAS “Kembara Meru Ke Sungai Besar”

Image
Pengumuman YB Dr. Abdul Rani Osman, ADUN Meru di bawah Parlimen Kapar sebagai calon PAS untuk PRK Sungai Besar kali ini sememangnya memeranjatkan ramai pemerhati politik tatkala lanskap politik Sungai Besar sangat tebal dengan sentimen “anak tempatan”. Apakah kewajaran pemilihan ini?

Perlukan Undi Bukan Melayu

Tidak dinafikan, bahawa Abdul Rani Osman dapat meraih sokongan di kalangan pengundi bukan Melayu di DUN Meru pada PRU yang lepas. Hampir semua peti undi majoriti bukan Melayu menyaksikan kemenangan besar PAS ketika itu. Kali ini, PAS dilihat cuba memasang impian untuk mendapatkan sokongan yang sama, terutamanya dari pengundi di DUN Sekinchan yang dimenangi oleh DAP. Apakah Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan masih sudi berkempen untuk rakannya dari PAS sebagaimana beliau berkempen di Meru sebelum ini ketika bersama-sama bertahaluf siyasi?

Langkah “Checkmate” Pakatan Harapan

Di Selangor, keakraban Abdul Rani Osman dengan pimpinan Pakatan Harapan (dahulu Pakatan Rakyat) yang terdiri dari …

"Sekarang Baru Pandai Nak Bercakap" - Wan Junaidi Tegur Palanivel

Image
LANGKAWI: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Ahad menempelak Datuk Seri G. Palanivel kerana tidak melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah penerokaan haram di Cameron Highlands beberapa ketika dahulu.

Wan Junaidi berkata, anggota Parlimen Cameron Highlands itu memegang portfolio berkenaan (Sumber Asli dan Alam Sekitar) lebih lama berbanding beliau sendiri.

Jadi Palanivel tidak sepatutnya membuat dakwaan yang tidak berasas terhadapnya (Wan Junaidi) berhubung kegiatan haram itu.

"Saya kecewa juga Palanivel (yang selama) dua tahun menjadi menteri. Saya baru lapan bulan. Kenapa tak buat (sesuatu semasa masih menjadi menteri).

Sekarang baru pandai-pandai nak bercakap," kata Wan Junaidi kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas kenyataan Palanivel pada Jumaat lepas yang mendakwa penerokaan haram di Cameron Highlands sukar diatasi kerana kegiatan itu didalangi oleh individu atau kumpulan berpengaruh.

"Kalau dia (Palanivel) ada m…