Kenapa kita perlu memaksa non muslim ikut kehendak kita?

ISLAM ITU ADALAH KESEJAHTERAAN UNTUK DIRI DAN SELURUH UMAT. Malah tiada paksaan dalam islam KECUALI KEPADA ORANG YG BERAGAMA ISLAM WAJIB BAGI MUKMIN IKUT HUKUM-HUKUM YANG ALLAH TELAH TETAPKAN. Dan Islam adalah jalan PENYELESAIAN kerana sudah tersedia ada GARIS PANDUAN TITIK PERSAMAAN kearah kesejahteraan kita dunia hingga akhirat.

Kerana AGAMA ISLAM ADALAH NASIHAT.
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
“Agama itu adalah nasihat”. Kami bertanya, “Untuk siapa?” Baginda menjawab, “Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya”.
(Hadith Riwayat: Muslim)

Malangnya kita semua DITIPU dengan tipu daya manusia yang berhati srigala yang memperjudikan kesucian agama memburu kepuasan NAFSU mereka yang akhirnya bukan saja kita yang bersusah payah berlumba2 menghimpun dosa dengan mendabik dada mencaci mencela memfitnah menghina sesama kita malah kita dengan sengaja diajak terjun keneraka oleh mereka.

Sepatutnya kita berusaha mohon petunjuk dari Allah kerana Allah sudah sediakan garis panduan.
“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): “Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)”.
(As Syura ayat 10)

Kenapa kita tidak mahu berusaha mohon petunjuk hidayah-Nya? Walau Allah sudah beri garis panduan kepada kita tetapi KEHENDAK NAFSU juga yang kita dan ulama-ulama politik salafi wahabi kehendaki dan ikuti seolah-olah kebenaran itu hadir bila petah lidah dengan bersusah payah mencipta alasan dan helah dengan logik akal mengajak jihad menghina memfitnah menghukum supaya seluruh umat bersengketa dan berpecah belah.

Pernahkah para sahabat-sahabat & ulama2 serta para ilmuan terfikir APAKAH MENFAATNYA ISLAM & hokum-hukum islam utk kebaikan diri masing-masing?

Kenapa kita melenting bila non muslim menentang?
Sedangkan. Hukum-hukum yang Allah tetapkan itu adalah hukum yang terbaik antara yang terbaik untuk kebaikan pada diri kita masing-masing dan untuk seluruh umat manusia dunia hingga akhirat dengan mengabdikan diri berserah diri kepada-Nya, bukanya hukum yang wajib dipergunakan untuk menghina memfitnah dan menghukum menuruti kehendak nafsu demi kepentingan perjuangan kepuasan tuntutan NAFSU. Jadi. Apa usaha kita mengajak non muslim agar mengenal MENFAATNYA ISLAM UTK KEBAIKAN UMAT MANUSIA SEJAGAT?

Tidak cukupkah garis panduan yang telah Allah aturkan agar kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yg bertaqwa?
“Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.”
(Al-Baqarah : ayat 41)

Saya ulangi sekali lagi.
Pernahkah para sahabat-sahabat dan ulama-ulama serta para ilmuan terfikir APAKAH MENFAATNYA ISLAM & HUKUM-HUKUM ISLAM untuk kebaikan diri masing-masing?

Jika sahabat-sahabat serta para ilmuan dan ulama-ulama politik salafi wahabi yang berhati srigala (ULAMA SU’) tidak tahu langsung apa menfaatnya islam & hukum-hukum islam untuk kebaikan pada diri saya cadangkan, mintalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang memberi penekanan khusus tentang ILMU TARIKAT & TASAWUF.

Jika saudara-saudara semua anggap diri saudara lebih tinggi ilmunya dari mereka merasakan tuan2 tak perlu nasihat mereka dgn beranggapan tuan2 adalah ahli tahfiz ahli Fiqah ahli hadis dll. Apa kata tuan-tuan BELAJARLAH MENGENAL MENFAATNYA ISLAM UTK KEBAIKAN DIRI DGN MUALAF. Kerana kebenaran islam itu bukanya ikut logik akal kehendak tuan2 akan tetapi dengan PETUNJUK HIDAYAH ALLAH.

KENAPA SAYA SYORKAN SAHABAT-SAHABAT JUGA PARA ILMUAN AGAR BELAJAR MENGENAL MENFAATNYA ISLAM UNTUK KEBAIKAN PADA DIRI KITA SENDIRI?

Ramai umat islam tidak perasan peringatan Allah sebab kerana dah terlanjur perasan syok sendiri kononya kitalah orang yg beriman walhal cuma dibibir tidak sampai kedalam HATI.

“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.”
(Suran Al-An’am ayat 125)

Awal agama itu dengan mengenal Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL