Posts

Showing posts from May, 2018

Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO

Image
Siapa saja yang kerap lalu lalang melalui depan rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur kebelakangan ini tentu merasa ada kelainan sikit suasananya. Dulu kebiasaannya rumah agam itu nampak sunyi saja.Namun akhir-akhir ini sejak selesai pilihanraya umum ke 14 saban hari kelihatan ada saja dereten kereta di pinggir jalan situ dan orang keluar masuk. Apa yang pasti kedatangan mereka bukanlah untuk ‘merayakan’ kemenangan Tengku Razaleigh menewaskan calon PAS dan PKR dengan majoriti 3,913 undi di kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihanraya umum kali ini. Bukan satu…bukan dua…bukan tiga tetapi ini adalah pilihanraya kali ke 12 sejak tahun 1969 beliau bertanding dan menang kerusi itu. Tengku Razaleigh kini pegang rekod sebagai Ahli Parlimen paling senior di Dewan Rakyat. Mungkin ada yang sudah lupa bahawa beliau adalah pengasas dan CEO pertama Petronas selain pernah jadi Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Dalam UMNO pernah jadi

Harga barang naik…bila sudah jadi kerajaan baru 'celik'

Image
Ingat balik masa riuh pasal isu kenaikan harga barang waktu kerajaan Barisan Nasional dulu kita langsung tidak pernah dengar para pemimpin Pakatan Harapan cakap mungkin ada sabotaj dan peniaga yang ambil kesempatan. Inilah yang dikata bila kena batang hidung sendiri barulah 'celik' tahu langit tinggi rendah dan lebih mudah jadi pembangkang dari jadi kerajaan. Semua mereka terus menerus ‘berpesta’ serba serbi hentam dan salahkan kerajaan kerana kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Kini sebagai pemerintah mereka sendiri dapat melihat realiti masalah di depan mata. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Salahuddin Ayub yang ditemui  wartawan di Kota Iskandar Johor Ahad beritahu isu kenaikan harga barang ketika ini dijangka dibincangkan kabinet, Rabu ini. Salahuddin kata beliau difahamkan terdapat pihak yang masih mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang ditetapkan, seperti jualan daging. "Sebagai mana saya difahamkan, Fama (Lembaga Pemasaran P

Sedih Kan!!!! Cuma 2.4 peratus kaum Cina undi BN pada PRU14…- Annuar Musa

Image
Tahukah anda bahawa cuma 2.4 peratus saja kaum Cina yang mengundi BN semasa pilihanraya umum ke 14 baru ini. Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata kadar itu adalah yang paling rendah dalam sejarah. Baginya kalau 24 peratus pun sudah rendah inikan pula 2.4 peratus saja. Beliau memberitahu kadar berkenaan diperolehi menerusi analisa yang dibuat keatas keputusan PRU14. Annuar menyatakan demikian dalam majlis berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO  dan Yayasan Permai di Kuala Lumpur petang Ahad yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Sebaliknya analisa itu mendapati undi orang Melayu pada BN masih kuat berbanding gabungan parti lain. Katanya ikut pecahan 46 peratus orang Melayu undi BN, 28 peratus undi PAS dan 25 peratus undi Pakatan Harapan. Dari 222 Ahli Parlimen semuanya 140 orang Islam manakala 82 bukan Islam. Itu,kata Annuar angka dari segi komposisi keseluruhan Ahli Parlimen. Namun dari sudut kerajaan Pakatan Harapan pula

Inilah Kerana Melayu Mudah Lupa....Tunjuk Pangkat Kat Lim Kit Siang...Ptuihhhh

Image
Apa jasa Politik DAP beri kepada Bekas bekas Perjuang ini...?Inilah dikatakan Bangang tak bertempat nak tunjuk Bodoh Sombongnya.

Tun Daim terbelit gara-gara nak perlekeh GST…Bangangnya Kuda Tua Ni

Image
Siapa yang tidak kenal Tun Daim Zainuddin.Masa jadi Menteri Kewangan zaman pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad dulu beliau sangat digeruni. Ikut ceritanya beliau bukan digeruni kerana garang sangat tetapi kerana gelarannya ‘Daim yang diam’. Selain itu tentulah kerana andaian popular beliau salah seorang insan kepercayaan utama Dr Mahathir. Ada macam-macam cerita pasal Daim.Ada yang kata susah nak berkira dengannya.Kalau appointment 10 minit dengannya biasanya alamat cuma dapat mengadapnya tepat 10 minit. Juga yang menjadi bualan hangat waktu itu ialah kisah ‘budak-budak’ korporat Daim.Antara yang popular Tan Sri Halim Saad dan Tan Sri Tajuddin Ramli. Dalam konteks sepak terajang politik UMNO Daim bukanlah satu faktor besar yang boleh mempengaruhi situasi. Beliau hanya pernah jadi Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Merbok dan Bendahari UMNO Malaysia. Selain diketahui sangat kaya raya dan berniaga besar cuma bayang Mahathir pada dahinya yang buat Daim nampak cukup gah

Jamal Abdillah ajak peminat pangkah BN demi kebajikan rakyat

Image
Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah menasihatkan peminatnya di seluruh negara supaya mengekalkan kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) esok. Beliau berkata, ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah banyak melakukan perubahan lebih sembilan tahun lalu termasuk menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan. Sehubungan itu, katanya, pengundi diminta tidak mempertaruhkan nasib mereka dengan memilih parti pembangkang yang nyata hanya memperjuangkan kepentingan diri, berbanding nasib rakyat. "Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan, kata manis dan janji pembangkang kerana mereka akan lakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa. "Apabila sudah dapat (kuasa) kelak, nasib kita diabaikan kerana mereka hanya memikirkan kepentingan diri. "Lihat saja 'kapal' mereka yang mempunyai empat nakhoda dan ia menggambarkan betapa sukarnya untuk mentadbir dengan baik sedangkan masing-masing mahu duduk ditampuk pemerintahan,"

Bonus tiga bulan kepada penjawat awam Selangor - Noh Omar

Image
TANJONG:  Barisan Nasional (BN) Selangor akan memberikan bonus tiga bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini sekiranya berjaya menawan semula Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini. Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pemberian bonus itu akan dilaksanakan dalam Belanjawan 2019 ini. “Kalau kerajaan negeri ketika ini yang banyak hutang dan boleh muflis gara-gara hutang air sahaja tapi masih boleh berjanji beri bonus tiga bulan, kita (BN) juga boleh. “Malah kita ada Kerajaan Persekutuan untuk bantu dan janji kita lebih menyakinkan daripada mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan penyerahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Sempadan di sini hari ini, dipetik Utusan Online. Penyerahan PDM itu dibuat antara DUN Sungai Burong dan DUN Permatang ekoran kajian persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Turut hadir calon BN DUN Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias dan calon BN DUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak.

KEJI! DAP GUNA TAKTIK KOMUNIS SERANG LEE CHONG WEI...POLITIK DAP POLITIK KOMUNIS

Image
Hanya kerana wira negara, Datuk Lee Chong Wei keluar untuk menyokong BN tidak bermakna beliau perlu diserang oleh penyokong DAP dengan cara begini dan dipanggil “running dog” atau “Chowkow“. Taktik DAP untuk menyerang individu yang bercakap menentang mereka ini adalah taktik era komunis yang sangat lama untuk menghasut ketakutan untuk menghalang orang daripada mengkritik DAP atau bercakap baik tentang lawan DAP. Itu hanyalah cara mereka untuk menindas kebebasan bersuara dan demokrasi. Datuk Lee, jangan risau, kerana ramai yang berfikiran seperti anda. Selain daripada saya, mereka yang lain yang telah dipanggil sebagai “running dog” baru-baru ini kerana menentang DAP dan mengatakan kebenaran termasuk DAP Dr Tan Seng Giaw dan bekas ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau sendiri – kedua-duanya telah memberikan perkhidmatan setia selama berdekad-dekad kepada DAP tetapi sekarang diperlakukan dengan cara ini. Rakyat Malaysia – terutamanya rakyat Cina Malaysia tidak perlu takut untuk

“TONY PUA HIPOKRIT, PELAWAK YANG HEBAT” – ARUL KANDA

Image
KUALA LUMPUR – Tony Pua dilabel hipokrit kerana menggunakan tuduhan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai modal politik walhal perkara itu masih belum dibawa ke mahkamah. Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menyifatkan situasi yang dihadapi syarikat itu sebenarnya serupa dengan apa yang dialami Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkenaan kes pembelian banglo di bawah harga pasaran. Ini selepas Setiausaha Publisiti DAP itu mengeluarkan siri video di laman YouTube yang menghentam firma pelaburan kerajaan tersebut. “Sebenarnya nombor dan maklumat yang digunakan Tony Pua dalam video itu adalah berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh DoJ. “Sehingga hari ini DoJ masih belum membawa perkara ini ke mahkamah untuk dibicarakan apatah lagi diputuskan sama ada memang berlaku kesalahan tersebut atau tidak. “Ini situasi sama yang dialami oleh Guan Eng tetapi mengapa Tony tidak menjadikannya sebagai isu jika dia

Bekas Exco kerajaan Pakatan Perak sokong BN

Image
Bekas Exco kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Datuk Osman Jailu menganggap Datuk Seri  DrZambry Abd Kadir seorang Menteri Besar yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik berbanding  Nizar Jamaludin. Untuk rekod Nizar yang dulu dari PAS dan kini menyertai parti Amanah pimpinan Mat Sabu menjadi Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat bertahan hanya selama 11 bulan sebelum kerajaan pimpinannya tumbang. Menurut Osman, selama dua penggal mentadbir negeri Perak, Dr Zambry berjaya memacu Perak menjadi sebuah negeri yang pesat membangun. ``Saya perhati secara detail, Dr Zambry berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik ibarat `langit dengan bumi’ berbanding Nizar,’’ katanya kepada pemberita di sebuah hotel di Ipoh pada Ahad. Kata Osman lagi, contoh terbaik yang harus diberi pujian apabila Dr Zambry turun padang mendekati rakyat Perak menerusi program permukiman yang berjaya menyelesaikan banyak isu dan permasalahan rakyat. Dr. Zambry tambahnya merupakan contoh pemimpin terbaik berbandi

Najib kecewa dengan senior UMNO yang khianati parti...Dasar Tak Sedar Diri Lah Tu

Image
Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan tindakan beberapa anggota senior UMNO yang sanggup mengkhianati parti dan perjuangan bersama selama berdekad lamanya pada waktu getir UMNO menghadapi pilihan raya umum. Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau tidak percaya individu-individu ini sanggup berbuat demikian sedangkan mereka telah mendapat pelbagai manfaat daripada parti. "Malangnya ada orang dapat macam-macam daripada UMNO, jawatan tinggi, pendapatan yang kaya tapi sanggup dia tikam UMNO dalam saat-saat macam ni," katanya di hadapan 600 veteran badan bukan kerajaan di kediaman Sri Kenangan di sini hari ini. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad dan calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-14, Datuk Seri Sh Puzi Sh Al. Najib yang akan pertahankan kerusi Parlimen Pekan berkata beliau bagaimanapun 'tabik' kepada pemimpin-pemimpin veteran yang

Dalil mengapa perlu tolak Mahathir di Langkawi...

Image
Persatuan Pelancongan Langkawi menggariskan beberapa dalil mengapa pengundi perlu menolak Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kawasan Parlimen tersebut esok. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainudin Kadir berkata, yang pertama, ketika era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menipu penduduk atau pemilik calet di Pulau Kok di sini. Katanya, pada masa itu, kebanyakan penempatan calet telah diusahakan oleh anak Langkawi sendiri namun Dr. Mahathir membiarkan kawasan tersebut dimanopoli oleh sebuah syarikat selepas kerajaan pada masa itu membeli tanah di situ. “Pada mulanya, kerajaan diketuai Mahathir berjanji dengan pemilik tanah untuk membangunkan kawasan itu untuk orang ramai beriadah. Tetapi sebaliknya apabila ia diambil dan dibayar dengan harga murah, kawasan itu dibiarkan dimonopoli oleh sebuah syarikat sehingga hari ini. “Kita rakyat merasa tertipu dengan permainan

Kunci mati... Najib umum tiga khabar gembira jika BN menang

Image
Selain dari berbagai tawaran dalam manifesto Barisan Nasional, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan khas mengakhiri kempen BN untuk pilihan raya umum ke 14 mengumumkan tiga khabar gembira untuk rakyat Malaysia. Berlatar belakangkan rumah ayahnya, Tun Razak Hussein di Peramu Pekan Pahang, Najib berucap selama 35 minit di depan ribuan penyokongnya mengumumkan golongan muda berusia bawah 26 tahun yang bekerja akan diberikan pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya BN menang Rabu malam. "Ini bermakna orang muda yang bekerja yang berusia 26 tahun ke bawah, tidak kira banyak mana pendapatan mereka tidak perlu membayar cukai. "Saya tahu orang muda memerlukan wang yang mencukupi untuk pelbagai tujuan seperti membeli kereta, sewa rumah dan memberi wang kepada ibu bapa. "Jadi sebagai sebuah kerajaan BN begitu prihatin, maka pertama kali dalam sejarah Malaysia, mereka berusia 26 tahun ke bawah tidak perlu membayar cukai. "Pengumuman ini bermakna c

HATI-HATI WAYANG DAP....SEDAR LAH PENYOKONG PKR

Image
DALAM apa keadaan sekali pun, satu hakikat yang perlu ‘dihadam’ oleh pengundi negeri ini sebelum memangkah pada 9 Mei nanti adalah, gabungan pembangkang PKR yang bertuankan DAP tidak mungkin sama sekali mampu untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Sedarlah, selagi mana umat Melayu diterus berpegang kepada prinsip menjaga kedaulatan Islam, Melayu dan tanah air, DAP dalam apa keadaan sekali pun tidak mungkin dibenarkan menjadi teraju di negara ini dengan majoriti orang Melayu di Malaysia akan terus menolak kebiadaban mereka. Bayangkanlah, bagaimana orang Melayu yang merupakan golongan majoriti di negara ini mampu memberi peluang kepada pakatan yang bersekongkol dengan DAP ketika calon-calon serta penceramah dari parti itu sanggup mencerca serta menghina pemimpin Melayu mereka sendiri yang kononnya sangat-sangat dihormati iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad? Bagaimana agaknya pandangan Nga Kor Ming serta Hew Kuan Yau terhadap ahli-ahli biasa, kepemimpinan di peringkat bawahan serta ora

Kor Ming tak patut hina Dr M - Wan Azizah...Bangang Pemimpinan PH ni

Image
BAKRI: Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Kita tidak sepatutnya kata perkara seperti itu kerana kita sudah bersama-sama dalam Pakatan. Dr Mahathir sudah membuat video yang mengatakan beliau mahu membetulkan kesilapan masa lalu," katanya kepada pemberita selepas berucap pada ceramah di Bukit Naning dekat sini, dipetik Mstar Online. Ditanya sama ada Pakatan akan menegur Kor Ming, Dr Wan Azizah berkata: "Anda perlu tanya DAP berkaitan perkara itu." Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pakatan mengutuk kenyataan Kor Ming dalam klip video berdurasi 1 minit 53 saat yang dimuatnaik dalam laman Facebook "Gerak Perak" yang kononnya menunjukkan pemimpin DAP itu menghina Dr Mahathir dalam satu ceramah. Menerusi rakaman video yang tular di me

Padan Muka!!!! 70 ahli PPBM Pasir Gudang keluar parti

Image
JOHOR BAHRU: Seramai 70 ahli PPBM Bahagian Pasir Gudang hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu ekoran kecewa dengan kepimpinan parti berkenaan. Setiausaha PPBM Bahagian Pasir Gudang, Zamrin Hamzah berkata, tindakan itu dibuat kerana ketua bahagiannya, Dr. Hashim Yusoff tidak dicalonkan. "Kami merupakan sebahagian daripada jentera yang menggerakkan kempen PPBM di bahagian ini, namun apabila tiba masanya, ketua bahagian kami tidak dicalonkan. "Sehubungan itu, kami telah membuat keputusan untuk meninggalkan PPBM dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini," katanya dipetik Utusan Online. Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di TS Hotel, Taman Rinting, di sini sebentar tadi.

VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG

Image
Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal dilaporkan lumpuh selepas ramai dikalangan mereka mengumumkan keluar parti, selain akan memboikot kempen pilihanraya umum kali ini. Tindakan kesemua ahli PKR itu selepas kecewa dengan kepimpinan parti di peringkat negeri dan kebangsaan yang mengabaikan dan tidak lagi mempedulikan suara anggota khususnya mereka di peringkat akar umbi. Tidak akan berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan belum terfikir untuk menyertai mana-mana parti lain pada ketika ini, kata Ahli Jawatankuasa PKR Tasek Gelugor, Mohd Fauzi Hassan selepas mengumumkan keluar dari parti. Semalam, seramai 200 ahli PKR termasuk Mohd Fauzi mengumumkan meninggalkan parti berkenaan, susulan mendakwa diabaikan kepimpinan parti di peringkat negeri dan kebangsaan. Mohd Fauzi berkata, mereka mengambil tindakan berkenaan selepas tidak berpuas hati dengan pucuk kepemimpinan PKR ketik

AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA

Image
TANJUNG MALIM: Perselisihan faham akibat perebutan kuasa dan jawatan sehingga tidak lagi terkawal membuatkan lebih 80 ahli Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tanjung Malim bertindak keluar parti. Ahli parti itu dan penyokong parti berbuat demikian selepas muak dengan situasi itu dan sebulat suara menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Barisan Nasional (BN). Mereka terdiri daripada ahli PPBM Tanjung Malim, Behrang Stesen, Behrang 2020, Slim Village dan Behrang Hulu termasuk beberapa ahli PKR. Bekas Pengasas PPBM Tanjung Malim, Hazvee Hafiz, 47, berkata, wujud pergerakan lain yang menidakkan kepemimpinan di bahagian itu selain tidak memandang dan menghargai langsung usaha mereka. “Bila nampak pergerakan lain muncul untuk menidakkan kami di Perak maka kami keluar. Orang tak suka kami keluarlah. “Tidak ada apa yang kami mahu tunggu lagi,” katanya ketika ditemui selepas program Penyokong Pakatan Harapan (PH) Kini Menyokong BN di sini, hari ini. Yang turut hadir, cal

BN YAKINI KEKAL PENGUASAAN DI TERENGGANU

Image
KUALA TERENGGANU: Keputusan Barisan Nasional (BN) negeri mengekalkan 17 bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN), selain menampilkan semula tiga bekas pemimpin ‘otai’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, diyakini mampu mengekalkan penguasaan BN di negeri ini. Selain mengekalkan 17 ADUN dan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) langkah BN negeri mengetengahkan 15 Pegawai Penyelaras Dewan Undangan negeri (DUN) juga dianggap pilihan tepat kerana rakyat sudah berpuas hati dengan tugas dilaksanakan selama hampir empat tahun. Tiga ‘otai’ yang ditampilkan semula pada PRU-14 adalah bekas ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid yang akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Terengganu, bekas ADUN Chukai, Datuk Mohamad Awang Tera (Chukai) dan bekas ADUN Permaisuri, Datuk Abdul Halim Jusoh (Permaisuri). Kehendak, aspirasi rakyat Manifesto tambahan BN negeri hasil cetusan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang diadun daripada cadangan lapan Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin

PEMANDU TEKSI MENGAKU SKIM TEKSI KRONI MAHATHIR MEMBEBANKAN

Image
Selepas membuktikan kepada pemandu teksi bahawa Rosmah tidak memiliki Grab, saya bertanya kepadanya berapa banyak yang beliau bayar untuk teksi itu. Dia memberitahu saya dia membayar RM3,000 sebulan selama 5 tahun – tidak termasuk cukai jalan, petrol dan insurans yang dia perlu bayar sendiri. Dia kemudian memberitahu saya teksi hanya berharga RM70,000. Kemudian saya mula mengira … RM3,000 sebulan X 12 X 5 sama dengan… Sebelum saya dapat menyelesaikan kira-kira saya, dia berkata .. “RM200,000 boss! Kita kena tipu”. Kemudian saya berkata “wow” .. ini adalah disebabkan tindakan Mahathir memberi beribu-ribu permit kepada syarikat kroni. Abang pemandu itu kemudian berkata .. “Tidak. Berpuluh-puluh ribu permit -bukan beribu-ribu.” Saya berkata pinjaman RM70,000 dalam tempoh 5 tahun bermakna ansuran RM1,400 sebulan – kurang daripada separuh daripada RM3,000 sebulan yang anda bayar sekarang. Jadi, saya bertanya mengapa dia tidak berhenti membawa teksi dan kemudian memandu Grab

MASYARAKAT CINA TERSINGGUNG DENGAN DAKWAAN PEMIMPIN DAP

Image
KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina di negara ini tersinggung dengan dakwaan pemimpin DAP, Nga Kor Ming, kononnya mereka boleh menerima cara ceramah beliau yang berunsur maki hamun, kurang ajar, biadab dan tidak menghormati orang lain. Jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata masyarakat Cina secara keseluruhannya adalah komuniti yang baik dan dihormati, sekali gus tidak mungkin akan menerima cara biadab berkenaan. Malah, beliau berkata, mereka amat terkejut dengan gurauan biadab Kor Ming terhadap calon pakatan pembangkang bagi kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan sedang menunggu ajal. “Jika Kor Ming mahu membuat lawak mengenai seseorang lebih tua, berlawak mengenai Dr Mahathir bermain judi mahjong dengan mendiang Lee Kuan Yew selepas mati, atau menggelar Dr Mahathir sebagai kuda ditunggang, dia perlu melakukannya atas nama sendiri dan bukan mendakwa kononnya masyarakat Cina boleh menerima atau menyokong penghinaan seumpama ini. “Penyokong DAP mun

GUAN ENG ‘JANJI’ TIDAK AKAN HAPUSKAN TOL DI PULAU PINANG SEHINGGA SELESAI KONTRAK

Image
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa berceramah di Alor Setar petang ini ‘berjanji’ akan mengekalkan tol di Tol Sungai Nyior jika terus memerintah selepas pilihanraya umum ini. Alasannya, pihak kerajaan negeri hanya akan menghapuskan tol itu setelah selesai membayar balik hutang kepada pihak yang melaksanakan jalan tol itu. Pada PRU13 lalu kerajaan DAP Pulau Pinang menjanjikan tol itu akan dihapuskan, namun dikekalkan sehingga sehingga PRU14 dan kutipan tol akan diteruskan jika Pakatan Harapan menang. DAP negeri itu tabur lagi janji konon untuk jadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas tol jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah pun menghapuskan beberapa tol di negara ini termasuk mengecualikan bayaran tol kepada pengguna motosikal yang melalui Jambatan Pulau Pinang. Pakatan Harapan menjanjikan Lebuh Raya Utara – Selatan bebas tol, sebaliknya Tun Dr. Mahathir Mohamad pula tidak bersetuju kerana kata beliau kutipan

“DAP ADALAH MUSUH SEBENAR DALAM PRU-14 YANG SEDANG ‘MEMPERKUDAKAN’ PARTI LAIN”

Image
KOTA BHARU: DAP adalah musuh sebenar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang sedang ‘memperkudakan’ parti lain termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memecah-belah orang Melayu dan Islam di negara ini. Justeru, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata orang Melayu dan Islam perlu bergabung tenaga menentang DAP yang mahukan dasar sosialisme kerana agenda parti itu bukan lagi rahsia. Calon Parlimen Ketereh itu berkata, soal agenda parti itu tidak pernah tersembunyi, malah ia dinyatakan dengan jelas melalui ucapan pemimpin tertingginya seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan mendiang Karpal Singh sebelum ini. Katanya, PRU adalah medan perebutan kuasa yang berjalan sekian lama di mana DAP berusaha berkali-kali dan pelbagai cara untuk memecahbelahkan orang Melayu dan Islam. “Jangan kita lupa parti yang menentang Barisan Nasional (BN) sejak 60-an adalah DAP yang datang dari Singapura dan bertapak di bumi Malaysia. Keazaman mereka adalah untuk meruntuhkan apa yang dib

MEMBELI ‘PENONTON’ DI MEDIA SOSIAL UNTUK BINA PERSEPSI...TAK SANGKA VIEW VIDEO PH RAMAI

Image
KUALA LUMPUR: Parti politik tertentu dikesan membeli ‘penonton’ untuk memanipulasi Facebook (FB) Live ketika penganjuran ceramah mereka, bertujuan meningkatkan jumlah tontonan untuk membina persepsi, kononnya lebih popular dan berjaya menguasai media sosial. Felo Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata tindakan terbabit juga dibuat bagi mewujudkan ‘winning psyche’ atau rasa menang. Beliau menyatakan, teknik itu dikesannya menerusi satu ceramah politik anjuran sebuah parti yang berlangsung di Jerlun, Kedah, apabila pautan FB Live acara itu dikongsi menerusi tiga akaun FB berbeza. “Ketiga-tiga akaun FB yang dibuka secara berasingan ini, berkongsi satu persamaan iaitu jumlah penontonnya. Jika kita teliti ceramah di Jerlun yang disiarkan menerusi tiga akuan FB berbeza, mempunyai penonton seramai 14,000. “Maksudnya, ada 14,000 menonton juga ketiga-tiga FB ini se

TUN M BURUKKAN NAJIB, UNGKIT ‘JASA’ DI LANGKAWI DEPAN PENDUDUK PULAU TUBA

Image
LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengungkit jasa-jasa yang telah beliau tabur kepada penduduk Langkawi dalam kempennya di Pulau Tuba yang berlangsung di sini, tengahari tadi. Sebaliknya, beliau yang bertanding atas tiket PKR sebagai calon Parlimen Langkawi itu memilih strategi terus memburuk-burukkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur, di depan penduduk Pulau Tuba. “Masa saya jadi Perdana Menteri, rela gugurkan cukai dan kita jadikan Pulau Langkawi sebagai pulau pelancongan yang amat menarik. “Dia (Najib) mahu terus menjadi Perdana Menteri supaya dia boleh curi lebih banyak duit. “Najib hanya nak duit banyak untuk diri dia, dan untuk BN. BN tau apa? Bini Najib. Itulah dia cari duit. Dia cari duit untuk BN. Bini dia laa.. “Dia nak beli cincin permata warna merah jambu bermilion-milion ringgit. Duit siapa? Duit kita la yang dia curi,” katanya ketika berucap di majlis Kenduri Rakyat Kepulauan Tuba

NAJIB RAZAK DISIFATKAN PEMIMPIN YANG MENDAHULUKAN RAKYAT – TONY FERNANDES

Image
 KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, hari ini berkongsi kejayaan syarikat penerbangan tambang rendah itu sehingga ke peringkat antarabangsa dengan bantuan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan pemimpin yang mendahului negara. Beliau berkata laluan kejayaan AirAsia penuh berliku pada peringkat awal dengan memiliki dua pesawat kemudian berkembang kepada 230 pesawat mengangkut 89 juta penumpang setiap tahun. “Seperti yang anda semua maklum, kisah saya membawa nama AirAsia berdepan pelbagai liku dan saya rasa ia sangat penting untuk dikongsikan. “Saya bermula dengan hanya dua pesawat kecil walaupun berdepan cabaran dan sepanjang 10 tahun ini kami menyaksikan bagaimana kerajaan membantu dengan menyedia peluang untuk AirAsia membina nama sehingga ia kini antara jenama terbesar di dunia,” katanya dalam klip video disiarkan portal Free Malaysia Today. Tony berkata bukan perkara mudah untuk membawa jenama tempatan ke peringkat antarabangsa, tet

BOS AIRASIA PUJI NAJIB, LANCAR PESAWAT DENGAN TEMA MANIFESTO BN...PUAK PH MEMANG BERBULU

Image
UNIK… Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakhiri lawatan dua hari sempena kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 di Sabah hari ini, pulang ke ibu negara dengan menaiki pesawat AirAsia. Namun kapal terbang dinaiki berkenaan jelas merupakan edisi khas yang tertera tema manifesto Barisan Nasional (BN) sebelum beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), petang tadi. Tema ‘Hebatkan Negaraku’ itu terpampang di badan pesawat jenis Airbus A330-300 milik Air Asia. Najib tiba di KKIA sebaik selesai program di Kota Marudu jam 4 petang sebelum berlepas ke ibu negara 45 minit kemudian. Beliau yang merupakan Pengerusi BN turut diiringi dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Bos besar syarikat penerbangan tambang rendah itu hari ini juga berkongsi rahsia kejayaan AirAsia sehingga ke peringkat antarabangsa dengan hasil bantuan daripada Na

Lee Kim Yew dijemput ke sisi penerangan 1MDB

Image
Ahli perniagaan pro pembangkang Tan Sri Lee Kim Yew, dijemput menghadiri sesi penerangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Pondok KRT, Taman Lucky Bangsar malam ini. Program 'Sesi Penerangan dan Soal Jawab 1MDB' itu dijadual bermula jam 8.15 malam. Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, beliau akan bersikap terbuka atas prinsip 'berani kerana benar' dengan menerangkan segala keraguan berhubung isu membabitkan 1MDB dalam program penerangan itu. "Saya dengan rendah diri dan hati terbuka mengalu-alukan kehadiran Kim Yew pada Sesi Penerangan dan Soal Jawab 1MDB malam esok," katanya ketika dihubungi, hari ini. Kim Yew menerusi satu sesi temuramah yang dikendalikan portal berita tempatan, semalam, dilaporkan menyamakan isu 1MDB dengan wabak penyakit yang perlu ditangani oleh kerajaan walaupun sebelum ini hanya dilabel sebagai 'pentadbiran syarikat yang lemah'. Pengasas Country Heights Holdings Bhd itu turut me

Najib baik... ada pihak ambil kesempatan 'pijak' kepalanya

Image
Tidak dinafikan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu baik membuatkan ada pihak cuba mengambil kesempatan dan 'memijak' kepalanya. Bekas Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, kebaikan pemimpin negara itu membuatkannya sedih melihat keadaan yang berlaku sekarang ini. "Jika diberi peluang mentadbir negara, saya yakin dia akan menjadi Perdana Menteri lagi (selepas PRU14) saya berharap beliau bersikap lebih tegas. "Dia terlalu baik. Dia tak boleh terlalu baik lepas ini, sebab ramai yang cuba ambil kesempatan. Saya pasti dia juga dikelilingi oleh orang yang mungkin baik dan tidak baik. Jadi selepas alami perkara yang getir dan mencabar (sejak jadi PM), sudahlah...saya harap dia akan berubah (bertegas)," katanya. Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang media pada Isnin. Tambahnya lagi, jika benar dakwaan sesetengah pihak bahawa pemimpin negara itu terlibat dengan jenayah salahlaku seperti yang didakwa sebe