“TONY PUA HIPOKRIT, PELAWAK YANG HEBAT” – ARUL KANDA

KUALA LUMPUR – Tony Pua dilabel hipokrit kerana menggunakan tuduhan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai modal politik walhal perkara itu masih belum dibawa ke mahkamah.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menyifatkan situasi yang dihadapi syarikat itu sebenarnya serupa dengan apa yang dialami Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkenaan kes pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Ini selepas Setiausaha Publisiti DAP itu mengeluarkan siri video di laman YouTube yang menghentam firma pelaburan kerajaan tersebut.

“Sebenarnya nombor dan maklumat yang digunakan Tony Pua dalam video itu adalah berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh DoJ.

“Sehingga hari ini DoJ masih belum membawa perkara ini ke mahkamah untuk dibicarakan apatah lagi diputuskan sama ada memang berlaku kesalahan tersebut atau tidak.

“Ini situasi sama yang dialami oleh Guan Eng tetapi mengapa Tony tidak menjadikannya sebagai isu jika dia menggunakan logik tersebut? Saya anggap dia seorang hipokrit,” katanya.

Mengakui terhibur dengan lakonan Tony Pua dalam video berkenaan, Arul bagaimanapun menganggap segala tuduhan yang dilemparkan dalam video berkenaan sebagai tidak berasas.

Arul berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas memberi penerangan mengenai isu-isu 1MDB kepada penduduk di Pondok KRT, Taman Lucky, Bangsar, di sini, malam tadi.

Ujarnya, siri jelajah ke seluruh negara itu bukan dilakukan untuk mempertahankan mana-mana pihak, sebaliknya diadakan bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu 1MDB yang telah dipolitikkan pihak pembangkang.

Arul juga menyifatkan bahawa siri jelajah yang telah diadakannya sejak beberapa minggu lalu itu berjaya mencapai objektif dan semakin diterima rakyat.

“Rakyat Malaysia mahukan penjelasan dan penerangan yang berdasarkan fakta, bukan spekulasi dan dipengaruhi emosi.

“Saya pun kadang-kadang geram, kerana saya juga manusia biasa. Ternyata, selepas beberapa siri penerangan dijalankan, rakyat lebih gembira dan objektif kami sudah tercapai.”

Ditanya beberapa soalan ‘panas’ dan adakalanya menerima provokasi dari hadirin, Arul berkata agak sukar baginya mengawal emosi namun dia tetap tenang memberikan penjelasan sebaiknya.

Malah, Arul berkata, setakat ini, sejumlah 30 siri jelajah 1MDB diadakan di seluruh Malaysia dan kebanyakan ceramahnya itu mendapat maklum balas yang positif dari mereka yang hadir.

“Dalam tempoh enam hingga lapan minggu ini, saya sudah pergi ke semua negeri di Semenanjung. Dalam sesi itu, memang pada permulaan sesi ada yang agak tegang.

“Ada banyak soalan panas, ada tidak puas hati, tetapi pengakhirannya situasi menjadi lebih baik. Malah, anda boleh lihat sendiri ada yang bertepuk tangan dan berjumpa serta bertukar nombor telefon dengan saya,” ujarnya.

Pada sesi soal jawab di majlis tersebut, situasi menjadi agak tegang apabila ada beberapa pihak yang seakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Arul.

Malah, ada juga yang menjadikan masalah bahasa sebagai halangan untuk memahami penerangan yang dilakukan olehnya apabila ada beberapa pihak meminta Arul untuk bercakap dalam bahasa Tamil.

Bagaimanapun, keadaan berjaya ditenangkan dan sesi soal jawab tersebut dapat diteruskan dengan aman biarpun Arul terpaksa menjawab soalan-soalan berbaur sindiran dan provokasi dari hadirin.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL