Posts

Showing posts from September, 2016

Video : ‘Orang tua umur 90 ni sensitif, dia ingat dia terbaik,’- Zahid

Image
KUALA LUMPUR – “Orang tua umur 90 ni sensitif, dia ingat dia terbaik,”ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memerli bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang memperkecilkan nasihat dan pendapat orang lain yang lebih muda daripadanya.

Ahmad Zahid berkata anggota Mubarak merupakan golongan yang masih diperlukan, dan sehubungan itu mereka tidak sepatutnya merasakan diri mereka dipinggirkan.

“Mereka yang memasuki usia emas pasti merasa sensitif terutamanya mereka yang berumur 70 tahun, 80 tahun serta 90 tahun. Yang berumur 90 tahun ni selalu bernostalgia (menceritakan mengenai apa yang dilakukan dulu) seolah-olah dialah sahaja yang terbaik.

“Saya tak merujuk kepada sesiapa dalam perkara ini… sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kalau dah tiada jawatan dan kedudukan duduk diam-diam jangan kacau yang di bawah,” katanya secara sinis yang merujuk kepada perkembangan politik semasa yang melihat terdapat bekas pemimpin parti politik cuba menyemai …

Anda pernah digelar Hitler, Salleh ingatkan Dr. Mahathir

Image
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Adalah ironi bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menggelar penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'Goebbels Kecil', sedangkan beliau sendiri dirujuk sebagai 'Hitler' semasa eranya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Malah, Salleh menambah, mereka yang pernah bekerja untuk Dr. Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri diumpamakan sebagai ketua propaganda Nazi, Joseph Goebbels.
Menteri itu berkata, Dr. Mahathir digelar ‘Hitler’ kerana beliau ialah ‘pemimpin megalomania yang menuduh orang nombor duanya (ketika itu) (Datuk Seri Anwar Ibrahim) melakukan liwat, sebagai alasan untuk menyingkirkannya’.

Dalam catatan terbaru dalam blog beliau hari ini, Salleh menulis apa yang dikatakan Dr. Mahathir tentang Najib adalah sepertimana yang pernah dikatakan tentang dirinya sendiri.
Dr. Mahathir, yang memimpin kerajaan selama 22 tahun, menulis dalam blognya bahawa beberapa ‘Goebbels Kecil’ ditu…

Negara Tak Jadi Bangkrap, Motorola Pindah Operasi Dua Negara Ke Malaysia

Image
Motorola tutup operasi di dua buah negara lain dan memutuskan untuk pindah ke Malaysia.

Apa maksudnya tu?
Apa yang Motorola cuba buktikan ni?

Tandatangan persetujuan telah dimeterai antara kerajaan Malaysia diwakili Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi / Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Motorola Solutions Inc., Greg Brown.

Pembangkang tabur fitnah, katanya Malaysia nak bangkrap.
Jadi ker Malaysia nak bangkrap ni?

Muhyiddin kuda tunggangan Tun M jika dilantik jadi PM

Image
Meskipun Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersara, namun beliau tetap cuba menguasai pentadbiran negara dengan melantik dirinya sendiri sebagai penasihat.

Dengan menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri baharu, beliau menginginkan Presiden PPBM itu membuat segala keputusan berdasarkan arahannya dan mengikut segala perintah beliau.

Namun jelas Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali, perkara itu tidak dapat dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sekaligus ia membuatkan Tun Mahathir terdesak untuk bekerjasama dengan pembangkang dan pemimpin serpihan UMNO bagi menjayakan strateginya itu.

dr azmi vs tun mahathir“Cadangan Tun Mahathir itu nampak sangat dia masih ingin mengawal pemerintahan dan kuasa, dimana Tan Sri Muhyiddin hanya akan menjadi kuda tunggangan buat dia sahaja.

“Inilah yang dia mahukan, sebab Tun Mahathir tak dapat buat perkara itu pada Pak Lah dan Datuk Seri Najib, sebab itu dia gunakan Muhyiddin pula,” katanya kepada BNBBC.my portal pada …

Jangan Tidur Dalam Kereta, Bahaya! Ramai Yang Mengamalkan Amalan Ini Tanpa Memikirkan Kesan Buruk..

Image
Tiada istilah kereta sebagai rumah kedua okay! Ramai yang mengamalkan amalan ini tanpa memikirkan kesan-kesan buruk yang akan terjadi. Ya, tidur dalam kereta dalam keadaan enjin dan aircond terbiar buka itu bahaya. Dah banyak kes kematian terjadi disebabkan lena dalam kereta dengan keadaan aircond terbiar.

Enjin dan aircond yang terbiar dalam jangka masa lama akan menyebabkan satu gas beracun keluar iaitu kebocoran gas karbon monoksida atau CO.

CO sangat bahaya pada manusia kerana ia akan menjejaskan hemoglobin. Korang tahu taka pa fungsi hemoglobin? Hemoglobin tugasnya untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan dan bebaskan ke tisu badan. Jika kita menyedut gas CO, ia boleh membunuh disebabkan gas CO sudah mengganti oksigen dan boleh membunuh manusia dala, beberapa minit sahaja.

Kebocoran gas karbon monoksida ini berlaku dari ekzos dan akan masuk menerusi aircond kereta. Jadi, kroang kena berhati-hati, kalau nak tidur, pastikanjangan pasang aircond dan matikan enjin. Nak lebih selama…

Ummi Hafilda Ali BErkata Benar....Air Takda,Azmin Tak Ada...PRU Ada,Azmin Ada!!!!

Image

Mahathir mahu benam karisma Anwar?

Image
Tun Dr Mahathir Mahathir mempamerkan belang politiknya sekali lagi. Semakin hampir pilihanraya umum ke-14, semakin gesit Mahathir menyusun langkahnya mahu mengepalai pembangkang.

Setelah berjaya dalam pusingan pertama menguji tahap penerimaan parti-parti pembangkang terhadap beliau dan partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau kini menyusun langkah memasuki litar politik kedua.

Kali ini Mahathir bertindak lebih berani. Beliau mengacah kesepaduan dan ketulusan parti-parti pembangkang apabila melontarkan nama presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri.

Mahathir memang maklum bahawa Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Amanah -- sudah mengambil pendirian bahawa jika mereka menumbangkan Umno-BN, calon perdana menteri ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun dalam satu ceramah di London minggu lalu, Mahathir melontarkan nama presiden partinya, Tan Sri  Muhyiddin Yassin sebagai bakal perdana menteri jika pembangkang menang PRU ke-14 kelak.

Se…

Najib Berhak Saman Dr Ling - Peguam...Saman Ajer Orang Macam Tu

Image
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak berhak untuk menyaman bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata ini adalah kerana anak guamnya memfailkan saman itu terhadap Dr Ling atas kapasiti peribadi dan bukan atas kapasitinya sebagai perdana menteri.

"Sekiranya plaintif (Najib) memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi, beliau akan diwakili oleh Peguam Negara dan bukannya saya," kata peguam itu kepada pemberita selepas berhujah dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin yang turut dihadiri peguam Ranjit Singh mewakili Dr Ling.

Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Dr Ling bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan perdana menteri itu terhadapnya atas dakwaan Dr Ling mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Najib yang disiarkan menerusi artikel dalam sebuah portal berita, pada 3 Oktober tahun lepas.

Sementara itu, Ranjit berkata beliau berhu…

Kajian badan pemikir Azmin ada muslihat politik

Image
Kajian badan pemikir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin dipercayai tidak telus dan mempunyai muslihat politik tertentu.

Badan pemikir itu dinamakan Institut Darul Ehsan (IDE) yang diluluskan oleh Azmin dengan peruntukan sebanyak RM5 juta ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015.

IDE dipengerusikan oleh bekas Presiden ABIM, Dato’ Dr Siddiq Fadzil dan timbalan pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

“Krediliti apa yang dibimbangkan Redzuan. Sebagai Timbalan Pengerusi IDE yang ditaja oleh Azmin Ali, Redzuan sudah tentu mempunyai kepentingan politik.

“Sejak kajiannya di Universiti Malaya lagi hasilnya dipertikai,”kata Maulana yang merujuk kepada Dr Mohammad Redzuan ketika menjadi Pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

“Redzuan adalah pendukung tegar Anwar Ibrahim bersama kawannya Dr Sidek Fadhil. ABIM sejak dulu mengambil sikap tidak partisen dalam politik.

“Lantaran Anwar Ibrahim dan Sidek Fadhil adalah kawan lama ia s…

Tidak mustahil ada pihak bocor kaedah operasi Esscom

Image
Wujud kemungkinan ada pihak yang bertindak mendedahkan maklumat mengenai kaedah operasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri turut berpendapat, pihak tidak bertanggungjawab itu juga mungkin mengetahui bahawa Esscom dan agensi penguat kuasa di bawahnya masih belum memperoleh aset-aset tertentu sepenuhnya.
"Saya tidak menuduh tetapi saya amat khuatir dan tidak mustahil mungkin ada maklumat yang diperolehi oleh pihak musuh tentang kaedah operasi yang dilakukan oleh pegawai dan kakitangan Esscom.
"Mereka juga mengetahui terdapat kekuatan dan kelemahan penguatkuasaan. Kita melihat pihak musuh sentiasa mencari ruang waktu dan kelemahan operasi," katanya kepada pemberita selepas menutup Multaqa Ekonomi Majlis Perundingan Islam (MPI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Rabu.
Beliau diminta mengulas mengenai insiden rompakan dan penculikan dipercayai dilakukan kumpulan Abu Sayyaf terha…

Doa Mahathir dimakbulkan Allah...

Image
Mungkin ramai yang sudah terlupa, pada peringkat awal serangan yang dirancang oleh Tun Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau pernah menyatakan ``saya sedar saya keseorangan'. Kenyataan itu dibuat pada bulan April tahun 2015.

Mahathir ketika itu membuat kenyataan yang berbentuk menarik simpati masyarakat kononnya beliau keseorangan dalam berlawan dengan kemungkaran Najib terutamanya hal 1MDB.

Sebenarnya kenyataan itu adalah berbentuk `propaganda' walaupun Mahathir bercerita berkenaan pakar propaganda Jerman, Joseph Goebbels.

Mahathir mahu menampakkan kononnya beliau sendirian, keseorangan dan lemah manakala Najib pula gagah dan kaya. Itulah gambaran yang cuba dibawa oleh Mahathir.

Bagi yang tidak ada pengetahuan belakang tabir atau kisah sulit antara Mahathir dan Najib, tentu sekali akan termakan dakyah ini.

Malah ada antara orang popular yang jahil berkenaan politik Mahathir telah termakan dakyah ini, antaranya artis Siti Nurhaliza, di mana beliau membu…

Guan Eng hadir di mahkamah, penyokong kecoh

Image
GEORGETOWN: Pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, sedikit kecoh selepas sekumpulan penyokong Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang hadir untuk mendengar pengurusan kes rasuahnya hari ini, melakukan provokasi. Bagaimanapun, kekecohan yang hampir menimbulkan pergaduhan itu dapat dikawal polis. Pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu mula dipenuhi kira-kira 100 penyokong Guan Eng sejak jam 7.30 pagi. Guan Eng, 56, tiba di situ menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri pada jam 9.14 pagi. Pada 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan Guan Eng diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, didapati menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, untuk meluluskan P…

Gambar Keadaan sekitar mahkamah majistrit pulau pinang berikutan perbicaraan isu rasuah lim guan eng

Image

Mahathir hanya dipergunakan DAP untuk menang PRU14...Madey Rela Melihat UMNO Hancusss Dan Musnah Kerana Dengki Dan Dendam

Image
Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari hari ini berkata, parti pembangkang khususnya DAP hanya mempergunakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurut Vell Paari perkara tersebut jelas apabila pembangkang tidak sebulu dalam pemilihan calon Perdana Menteri yang ingin mereka ketengahkan pada PRU14 nanti.

"Mahathir memilih Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (calon PM), tetapi tidak sampai 24 jam, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengeluarkan kenyataan bertegas memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM.

"Ini membuktikan Mahathir hanya dipergunakan oleh DAP untuk tewaskan BN. Mereka langsung tidak percaya akan kebolehan Muhyiddin untuk memimpin pakatan pembangkang.

Perkara tersebut juga jelas menunjukkan bahawa tindakan Mahathir dan Muhyiddin hendak bekerjasama dengan pembangkang memakan diri sendiri kerana tanpa sedar mereka d…

Padan Muka Suruh Lah Pembangkang tu Jamin!!!!! Penghantar Surat Didakwa Muat Naik Status Di FB Hina KPN

Image
KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Siber di sini atas pertuduhan memuat naik status yang bersifat menghina dan jelik terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Rosmin Mohamed Noor, 40, yang merupakan orang kena saman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Zaman Mohd Noor.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 708, Kampung Teluk Bahru 2,  Lundang, Kota Bharu, Kelantan, pada 10.10 pagi, 22 Sept lepas mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Rosmin diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Oktober untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Nurul Jannah Abdul Rahman yang menyebut bagi pihak…

Inilah Yang Kita Mahukan.....Ketua Dewan Ulama PAS dilantik Ketua Kluster Dakwah MPI - Zahid

Image
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) berkuat kuasa Rabu.

Pelantikan bagi menggantikan penyandang, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap merasmikan Multaqa Ekonomi MPI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya.

Ahmad Zahid berkata pemilihan Mahfodz diyakini dapat membawa kluster dakwah itu ke arah usaha penyatuan ummah dengan berkesan seperti peranan yang dimainkan penyandangnya sebelum ini.

"Kluster dakwah kehilangan seorang tokoh. Pada hemat saya, ia harus digantikan oleh seorang lagi tokoh yang boleh membawa kluster ini ke arah penyatuan ummah dengan keupayaan mengetepikan kobilah, fahaman dan perbezaan politik demi kemaslahatan (manfaat) ummah secara keseluruhan," katanya.

Allahyarham Haron, 76, yang juga Mursyidul Am PAS, yang dilantik mengetuai kluster dakwah pada Januari lepas, mening…

Untuk Husam Musa!!!! PAS Bidas Sekutu Politik

Image
PETALING JAYA: PAS dijangka tidak menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang termasuk sekutu lamanya, PKR, yang didakwa hanya mahu memperkudakan mereka.

Tanpa menamakan mana-mana individu atau parti, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim berkata, pihaknya lebih selesa bekerjasama dengan parti yang menerima baik ideologi dan agenda mereka.

"Bagi PAS, lebih mudah bekerjasama dengan sekutu yang jujur berbanding mereka yang mahu mengambil kesempatan ke atas kami," katanya menerusi satu kenyataan Rabu malam.

Tuan Ibrahim turut menyindir sebuah "pakatan politik" yang berbuat demikian semasa Pilihan Raya Negeri Sarawa sebelum ini dan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Terdapat parti sekutu ini yang mengerahkan semua calon mereka tetapi jentera parti langsung tidak kelihatan.

"Lebih buruk lagi, parti itu menyuruh kami sendiri memasang semua poster calon dan bendera parti mereka di kawasan PAS.

"Kami tidak kisah jika par…

Rafizi dakwa pemimpin Bersih dan C4 pun terima duit untuk berkempen

Image
Panas hati selepas dikritik oleh geng sendiri... Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan Maria Chin Abdullah daripada Bersih 2.0 dan Cynthia Gabriel daripada Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) dua NGO itu biasa menerima wang untuk melakukan sesuatu.

Ahli Parlimen Pandan itu mengulas Maria dan Cynthia yang mengkritik NGO yang mana Rafizi merupakan penasihat kerana memberi insentif wang tunai kepada yang mendaftar sebagai pengundi.

Rafizi sebelum ini mengumumkan ganjaran tunai sehingga RM1,000 setiap minggu untuk pemenang kempen pendaftaran pengundi Invoke.

“Siapa kamu untuk bercakap mengenai moral sedangkan, kamu tahu, kedudukan kamu juga boleh dipertikaikan,” kata Rafizi ketika ditemui pemberita di Menara UEM Rabu malam.

“Saya guna wang sendiri. Mengatakan pemberian insentif ini sebagai 'menyedihkan' serupa pukul curi… kerana saya tak kata apa pun bila mereka terima geran untuk berkempen.”

Semalam, Maria yang juga pengerusi Bersih 2.0 berkata sebarang bentuk gan…

MH17 ditembak jatuh oleh pemberontak dengan peluru berpandu dari Rusia

Image
Pasukan separa tentera pro Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine dan membunuh kesemua 298 orang di atas kapal, menurut laporan siasatan yang dilakukan oleh pasukan pendakwa.

Satu laporan oleh Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang diketuai Belanda berkata "tidak syak lagi" peluru berpandu yang menjatuhkan pesawat itu dibawa masuk dari Rusia dan dilancarkan dari wilayah yang dikuasai pemberontak, semasa konflik di timur Ukraine.

Wilbert Paulissen, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Belanda, memainkan perbualan telefon yang dipintas sidang akhbar antara pejuang pemberontak yang membincangkan ketibaan sistem peluru berpandu Buk.

"Ia mungkin boleh disimpulkan bahawa MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu 9M38 oleh Buk, yang dibawa masuk dari wilayah Persekutuan Rusia, dan selepas dilancarkan telah kemudiannya dikembalikan ke Persekutuan Rusia," tambahnya.

"Kesimpulannya adalah bahawa MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru…

Sepatutnya kita BEKAS NEGARAWAN NEGARA bagilah Tauladan yang baik kepada RAKYAT.

Image
PUTRAJAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan memecah-belahkan rakyat serta mempertikai institusi Raja tidak menggambarkan beliau sebagai bekas Perdana Menteri. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata lebih memburukkan keadaan apabila kenyataan dibuat ketika negara akan menyambut hari kebangsaan. Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata Dr Mahathir sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada rakyat dan bukannya cuba menjatuhkan kerajaan. "Sememangnya Tun ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Dia akan cuba sedaya upaya untuk mengatakan pelbagai isu, saya dengar apa yang dia sebut. Dahulu dia buat (hadkan kuasa Raja), sekarang apabila dia melihat perkara ini tidak memihak kepadanya, dia mengaku salah. "Dahulu pun dia juga luluskan supaya kita memberi kebebasan kepada penggunaan internet, tetapi apabila (kebebasan) undang pelbagai masalah, dia turut kata dia silap.

Jadi saya tidak tahu apa yang dia nak," katan…

Dr Mahathir Dibidas Bandingkan PM Sebagai Nazi...Madey Sudah Tertekan Tu

Image
PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membandingkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua pemimpin dalam kerajaan sebagai Nazi.

"Kejayaan lawatan kerja Perdana Menteri ke Jerman minggu ini membuktikan betapa tersasarnya dakwaan Tun Mahathir Mohamad kononnya Malaysia menuju kegagalan," kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Abdul Rahman berkata serangan Dr Mahathir kini semakin menjelikkan apabila membandingkan Najib dan pemimpin kerajaan sebagai Nazi ketika perdana menteri berada di Jerman.

"Jerman telah menebus masa silamnya dan membina demokrasi yang menjadi contoh kepada banyak pihak.

"Tidak wajar untuk menghina sebuah negara dan mengungkit segala sejarah lampaunya yang memeritkan semata-mata untuk mendapat kelebihan politik.

"Mujurlah Dr Mahathir tidak lagi memimpin Malaysia. Beliau menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasa…

DAP mahu jadi parti dominan dalam Barisan Rakyat

Image
Sehingga Ahad lalu (25 September 2016) DAP belum berselera untuk membincangkan usul Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya semua parti pembangkang bertanding Pilihanraya Umum ke-14 menggunakan satu logo.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke enggan membuat sebarang kenyataan berhubung usaha menubuhkan pakatan politik baru yang digelar Barisan Rakyat.

“Saya tak nak ulas perkara ini dan kita belum bincangkan syor daripada Bersatu (PPBM),” katanya sambil menegaskan bahawa sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan perbincangan bersama pimpinan DAP terlebih dahulu.

Bagaimanapun beliau juga tidak mahu memberitahu bila kepimpinan DAP akan bermesyuarat bagi membuat pendirian berhubung idea itu.

Sebaliknya, diantara yang pertama memberi reaksi menyokong syor Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu ialah Parti Amanah Negara (Amanah).

Nampaknya Amanah yakin apa jua tindakan yang boleh mempersembahkan barisan pembangkang sebagai “bersatu dan sehati sejiwa” dalam c…

Malaysia Bakal Ada PM Sementara Andai Pakatan Pembangkang Memerintah

Image
Sejak dari dahulu lagi, pakatan pembangkang di negara ini cukup mengidamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik selaku Perdana Menteri. Sudah berkali-kali Pilihan Raya Umum berlangsung, namun usaha Anwar untuk menawan Putrajaya masih lagi tertangguh akibat tiadanya persefahaman jitu di kalangan parti pembangkang.

Perkembangan ini menyaksikan Tun Dr Mahathir secara tiba-tiba mencadangkan nama Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menjadi Perdana Menteri. Namun begitu, cadangan ini pantas ditolak DAP dan PKR yang masih kekal dengan pendirian mereka untuk meletakkan Anwar sebagai calon utama sebagai Perdana Menteri.

Namun, hari ini, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Abdullah tampil dengan satu cadangan yang mungkin pada fikirannya terbaik, tetapi bagi rakyat Malaysia, ianya seolah-olah mempersendakan institusi pentadbiran negara.

Beliau mencadangkan, pelantikan Perdana Menteri interim (sementara) jika pembangkang menang pilihan …

Surat palsu dakwa MB isytihar Sultan Perak baharu

Image
Ada pihak membuat surat palsu menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar, memuatkan kenyataannya mengisytihar seorang individu sebagai Sultan Perak Ke-36, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurutnya surat palsu yang diterimanya pagi tadi memaklumkan beliau mengisytiharkan Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak Ke-36.

"Saya tak tahu ini kerja golongan mana atau siapa. Siapa Sultan Badaruddin Alang Diwakis ini pun saya tak tahu siapa dan yang paling mengecewakan dia guna serta palsukan kepala surat Pejabat Menteri Besar dan kononnya saya membuat pengisytiharan itu.

"Ini satu lagi kes pemalsuan dan saya sudah arahkan pejabat saya membuat laporan polis bagi mencari siapa individu berkenan atau pihak yang mengeluarkan kenyataan ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO negeri hari ini.

Zambry berkata, beliau memandang serius surat palsu berkenaan kerana perbuatan itu jelas mahu mencemar nama baiknya dan…

Politik apa ini???? .... Mama support haramkan Grabcar sedangkan anak support malahan gunakan perkhidmatan Grabcar.

Image
Mohon sangat-sangat ... Tolong jangan ambil kesempatan dengan permainkan emosi rakyat demi meraih sokongan dan undi.

Hentikan Segera Politik Sandiwara dan Bermuka-muka.

Dakaplah Politik Matang dan Sejahtera.

Dari mana info ini diperolehi ... Data ini fakta atau auta?

Image
Sebab jika diambil kira keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebagai kayu ukur ternyata data ini tersasar jauh.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar Tiga Penjuru: BN (52%) lwn PAN+DAP+PKR+NGO-NGO+MAHATHIR+KERAJAAN NEGERI SELANGOR (23%) lwn PAS (25%).

Yang pasti jika berlaku 3 penjuru yang untung besar dan menang bergaya ialah BN ... itu pasti.

Kalau tidak mau senario itu berlaku pertama PAN kena bubar sepertimana dicadangkan oleh Timbalan Presiden PAS .. kedua parti-parti pembangkang kena ikut cara PAS amalkan Politik Matang dan Sejahtera baru wujud suasana harmoni, mesra, nyaman dan tenteram untuk bersama dan ketiga PAS kena memimpin bukannya dipimpin dan keempat beberapa pemimpin utama PKR bukannya salah seorang dari pemimpin PH yang berjumpa dengan PAS berunding untuk bergabung dalam satu payung iaitu Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli,

Bekas Wartawan Berkongsi Kekecewaan Melihat MADEY Jalin Kerjasama Dengan DAP

Image
Bekas wartawan sebuah akhbar Inggeris, Anwardi Datuk Jamil berkongsi kekecewaannya melihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjalin kerjasama dengan DAP.
Beliau yang kini seorang penerbit dan pernah meraih berpendapat, jalinan kerjasama itu sama seperti menyokong Parti Komunis Malaya (PKM).

"Maaf Tun, saya memuatnaik kembali status saya ini bagi mengingatkan diri saya dan semua yang lain," tulisnya.

Berikut adalah tulisan Anwardi:

"Ramai bertanya mengapa saya begitu marah terhadap PKM, dan mereka berterusan mendakwa kumpulan komunis itu adalah pejuang kebebasan dan mengapa saya meraikan kematian Chin Peng.
"Biar saya ceritakan. Ini adalah kisah yang dikongsikan oleh bapa saya, sebagaimana disampaikan oleh adik perempuannya yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai di kampung ayah saya di Parit Sulong (Batu Pahat).

"Dan berikut adalah petikan daripada biografi yang ditulisnya:

Ahad, 10hb Jun 1945:

“Apabila saya masuk ke rumah, ada mayat …

Calon PM: Dari 'My Way' Dr Mahathir kini berdepan 'No Way'

Image
“To think I did all that; And may I say - not in a shy way, "Oh no, oh no not me, I did it my way".Ini adalah sebahagian dari lirik lagu popular ‘ My Way’ nyanyian Frank Sinatra.Tun Dr Mahathir Mohamad diketuai umum cukup minat dengan lagu ini.

Sepanjang perintah negara selama 22 tahun bekas Perdana Menteri itu banyak ikut rentak ‘My Way’ dalam pendiriannya dan gerak langkahnya.

Apakah beliau mengatakan ‘And may I say - not in a shy way’ bila mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri jika blok pembangkang menang pilihanraya umum ke 14 nanti.

Entah le…nak tergelak pun ada sekalipun bab ini serius.Mana tidaknya jawatan Perdana Menteri kini ibarat barang ‘dilelong’ macam goreng pisang di tepi jalan.

Siapa patut jadi Perdana Menteri kini menjadi mainan Dr Mahathir dan rakannya dalam pakatan pembangkang.

Tandatanya yang berlegar apakah ini strategi untuk pikat pengundi menjelang pilihanraya umum ke 14 atau masing-masing sudah pasang badan untuk tunjuk siapa l…