Dr Mahathir Dibidas Bandingkan PM Sebagai Nazi...Madey Sudah Tertekan Tu
PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membandingkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua pemimpin dalam kerajaan sebagai Nazi.
"Kejayaan lawatan kerja Perdana Menteri ke Jerman minggu ini membuktikan betapa tersasarnya dakwaan Tun Mahathir Mohamad kononnya Malaysia menuju kegagalan," kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu dalam satu kenyataan pada Khamis.
Abdul Rahman berkata serangan Dr Mahathir kini semakin menjelikkan apabila membandingkan Najib dan pemimpin kerajaan sebagai Nazi ketika perdana menteri berada di Jerman.
"Jerman telah menebus masa silamnya dan membina demokrasi yang menjadi contoh kepada banyak pihak.
"Tidak wajar untuk menghina sebuah negara dan mengungkit segala sejarah lampaunya yang memeritkan semata-mata untuk mendapat kelebihan politik.
"Mujurlah Dr Mahathir tidak lagi memimpin Malaysia. Beliau menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman, negara yang membawa kumpulan pelabur Eropah terbesar ke Malaysia tahun lalu.
"Pelaburan keseluruhan Jerman bernilai AS$11.4 bilion. Perdana Menteri Malaysia menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, bersama berusaha ke arah meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia serta rakyatnya," kata Abdul Rahman.
Najib memulakan lawatan rasmi tiga harinya ke Jerman pada Isnin.

Comments