Posts

Showing posts from September, 2014

Pemuda PAS 'Kecut Telor' Digertak PKR, DAP

Image
Baru kena gertak macam tu pun Pemuda PAS dah gabra dan gelabah. Takut betul Pemuda PAS kepada PKR & DAP ye. Lantas, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengubah cerita dan cuba memperbetulkan akan kenyataan serta menyifatkan kenyataan keluar Pakatan Rakyat oleh Timbalannya Mohd Khairil Nizam Khiruddin disalah faham selepas mendapat kritikan hebat daripada PKR dan DAP. Memang tak telo betul Pemuda PAS ni. Suhaizan sebaliknya mengatakan kenyataan tersebut bertujuan mengelakkan tekanan kepada PAS kerana pendirian yang berbeza. Niat beliau (Tim Pemuda PAS) yang sebenar untuk mengelakkan tekanan kepada PAS sehingga PAS bertukar fikiran. Keadaan ini akan menghampakan rakyat Malaysia, kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini. Suhaizan juga menafikan kenyataan Timbalannya itu berkaitan dengan krisis yang berlaku di  Kenyataan ini tiada kaitan dengan krisis MB Selangor atau pelantikan exco kerajaan negeri Selangor. Beliau juga berkata sudah menghubungi ketua pemuda kedua-dua part

Pemecatan Ahli Majlis PAS Mampu Retakkan Pakatan

Image
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Pemecatan Bendahari Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) boleh menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam pakatan pembangkang khususnya di Pulau Pinang. Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, hal demikian kerana tindakan drastik tersebut mampu menjejaskan hubungan Pas dalam pakatan pembangkang terutamanya dengan DAP. Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya mengeluarkan surat tunjuk sebab atau mendapatkan penjelasan daripada Iszuree terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan hubungan antara Pas dan DAP. "Masalah ini mungkin tidak sebesar yang berlaku di negeri Selangor tetapi nampaknya bibit-bibit perpecahan sudah mula wujud di Pulau Pinang apabila Pas semakin dipinggirkan di negeri itu," katanya ketika

Sekarang Pas juga dibuli ahli sendiri...Baca Dulu Yang Dikatakan Oleh Dr Hassan Ali

Image
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan sikap buli dua parti komponen PR terhadap Pas bukan perkara baharu. Malah katanya, Pas bukan sahaja dibuli pihak luar tetapi juga oleh ahli parti sendiri. "Ada pimpinan tertinggi Pas yang berani menyangkal kenyataan presiden sendiri yang mana perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini. "Saya lihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah menghadapi tekanan hebat dari dalam dan luar dalam masa sama," katanya, semalam. Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang disiarkan dalam Sinar Harian semalam, bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR. Nik Mohamad Abduh meluahkan pendapat beliau itu melalui laman Facebook beliau, kelmarin. Menceritakan keadaan Pas sejak penggabungan ketiga-tiga parti itu pada 2008, Hasan berkata Pas dilihat sukar membuat keputusan dan terpaksa mengikut rakan parti yang lain. "Pas seb

Pemimpin PAS disuruh diam, atau keluar pakatan...

Image
PAS terus dikambing hitam dalam krisis yang menjejaskan pakatan pembangkang walaupun yang memulakan krisis tersebut adalah PKR. Dalam satu 'move' terbaru, sebuah NGO yang tak ada ahli, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) mendesak PAS keluar daripada pakatan pembangkang jika tiada langkah pemulihan diambil parti tersebut. Tujuh orang individu yang mendakwa merepa penggerak Lensa menyerahkan memorandum tersebut di Ibu Pejabat PAS pagi Selasa memberitahu kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS akhir-akhir ini menimbulkan ketegangan dalam pakatan pembangkang dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat. "Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR. "Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan. "Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal berti

Kit Siang Gesa Selamatkan Pakatan Rakyat...Muka Macam Sial Jer...Lim Kit Siang

Image
KUALA LUMPUR 30 Sept - Selepas hampir dua bulan PR diselubungi krisis yang tercetus akibat isu jawatan Menteri Besar Selangor, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa usaha dibuat supaya pakatan itu dapat diselamatkan. Beliau mengakui, selepas kejayaan PR memenangi 52 peratus undi popular dalam PRU13 lalu, soalan yang mula timbul dalam minda rakyat adalah sama ada PR akan terus wujud sebagai pakatan untuk bertanding dalam PRU14. Menyifatkan krisis terbaharu itu sebagai terburuk dalam sejarah PR, Kit Siang berkata, penegasan semula dasar bersama PR dan prinsip konsensus akan mengembalikan keyakinan rakyat dan menyelamatkan PR daripada menjadi pakatan yang hanya bertahan untuk satu PRU. Menurutnya, dua faktor itu penting dalam kejayaan PR memenangi 89 kerusi Parlimen dan 229 kerusi Dun (tidak termasuk Sarawak) serta terus menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Parlimen pada PRU13. Kit Siang juga menegur Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan merosakkan prinsip

Bila pemimpin politik kagum diri dan angkuh dengan kuasa

Image
Dalam wawancara dengan sebuah portal berita sebelum Muktamar PAS ke-60 minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mengingatkan ulama usah asyik menggunakan “alasan” agama “menjustifikasi” setiap tindakan politik mereka. Inisiatif Mat Sabu ini dilihat sebagai peringatan bahawa rakyat sentiasa meneliti pemikiran dan gelagat politik mereka dan mampu membuat penilaian sendiri sama ada mahu menyokong atau tidak perjuangan PAS. Bagaimanapun dalam muktamar berkenaan penyokong dan pengkagum ulama bertindak balas dengan meremeh pemikiran kumpulan profesional yang diwakili Mat Sabu sebagai “tidak mengerti sepenuhnya konsep kepimpinan ulama”. Berulang-ulang isu itu dibangkitkan di persidangan Pemuda, Muslimah semestinya Dewan Ulama. Malah ada yang tidak segan silu memakai jaket yang melaungkan cogan sokongan pada ulama dan presiden parti. Ini menguja pemimpin golongan ulama bertalu-talu menyelar, menyindir dan malah melaknati golongan progresif ini termasuk dua ADUN PAS Selangor

Pecat Pemimpin Pas Bukti Dap ‘Tokong’ Yang Tidak Boleh Disentuh

Image
PULAU PINANG, 29 Sept – Tindakan Kerajaan Pulau Pinang memecat dan menyingkirkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut serta membekukan peruntukannya jelas membuktikan Dap adalah ‘tokong’ yang tidak boleh disentuh. Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim, inilah wajah sebenar Dap yang harus diketahui oleh rakyat di mana sesiapa sahaja yang mengkritik parti Dap tidak kira atas alasan apapun, sudah pasti individu tersebut akan di’hancur’kan. “Ini terbukti dengan pemecatan Iszuree. Pemecatan drastik ini adalah lambang kuku besi Dap. Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri. Mereka harus bersuara dan membela Iszuree. Rafizal Abd Rahim“Tindakan Dap ini amat tidak adil dan menindas Pas. Adakah Pas memang tidak boleh bersuara langsung di dalam pakatan pembangkang? Adakah Pas tidak boleh menegur rakan sekutu mereka sekiranya ada kepincangan yang dapat dikesan? “Apa yang di

Lebih 30 dikhuatiri maut dalam letusan gunung berapi di Jepun

Image
OTAKI, Jepun: Anggota bomba, polis dan tentera meneruskan operasi mencari dan menyelamat di Gunung Berapi Ontake hari ini selepas empat mangsa disahkan maut dan sekurang-kurangnya 27 lagi dikhuatiri mati. Lebih 500 anggota penyelamat kembali ke gunung berapi itu selepas operasi berkenaan ditangguhkan petang semalam berikutan wujud gas beracun yang merbahaya. "Segala-galanya bergantung pada situasi (gunung berapi) dan sejauh mana keadaannya," kata pegawai pengurusan krisis kerajaan wilayah Nagano. Asap masih lagi kelihatan di puncaknya awal pagi ini tetapi helikopter sudah mulai melakukan usaha untuk mencari mangsa dari udara di gunung berapi yang popular dalam kalangan pengembara itu. Sekurang-kurangnya 31 orang dijumpai terbaring berhampiran puncak gunung berapi setinggi 3,067 meter itu, yang meletus Sabtu lalu tanpa sebarang tanda, yang memuntahkan debu, batu dan asap. Empat daripada 31 orang itu dibawa turun dan kemudian disahkan mati. Semua mereka adalah lelak

Belum angkat sumpah... Haji Mat Razi dah mula kerja

Image
Wakil rakyat BN bagi kerusi DUN Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail memulakan tugas pada hari pertama dengan bertemu penduduk di sekitar kawasan itu seawal pukul 9 pagi Jumaat. Terdahulu, beliau mengunjungi ibunya, Habsah Ismail, 65, di Kampung Simpangan bagi memohon restu sebelum memulakan tugasnya. Mat Razi turut mengambil peluang beramah mesra dengan peniaga di Pasar Kampung Geting selama kira-kira 30 minit. Bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat itu ketika ditemui berkata, isu kebajikan, pembangunan ekonomi dan kemudahan infrastruktur akan menjadi fokus utamanya selain menyambung perancangan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar. "Tumpuan membantu golongan miskin dan anak yatim juga akan diberikan kerana sebagai pengundi di DUN Pengkalan Kubor, mereka turut menyumbang kepada kemenangan BN (semalam) menerusi undi yang dibuat. "Insya-Allah, saya akan berusaha membawa kemajuan di DUN Pengkalan Kubor supaya rakyat di sini tidak kecewa ke

Pas Diserbu.....Didesak Keluar Pakatan Rakyat...Jadi Apa Lagi Pemimpinan PAS?

Image
KUALA LUMPUR 30 Sept - Parti PAS hari ini didesak keluar dari Pakatan Rakyat (PR) selepas menyebabkan pelbagai konflik selain disifatkan tidak setiakawan kerana menyerang dua lagi parti di dalam PR iaitu PKR dan DAP. Kordinator Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), Ekhsan Bukharee, tindakan Pas itu mengundang ketegangan di dalam PR dan akibat paling jelas adalah ketika konflik Menteri Besar Selangor sehingga menyebabkan krisis tersebut terpaksa berlarutan sehingga lima bulan. "Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR. "Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan. "Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," k

Anwar guna pentas syarahan Unisel kritik Khalid...Inilah Dikatakan Kurang AJar

Image
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan sebuah program syarahan di Universiti Selangor (Unisel) sebagai pentas untuk terus mengkritik kepimpinan mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, pentadbiran Khalid sebelum ini di negeri itu menjejaskan pelajar Unisel dengan bebanan yuran yang diluar kemampuan. Anwar berkata walaupun mempunyai simpanan wang negeri yang banyak namun kepincangan pengurusan kepimpinan terdahulu sangat ketara sekaligus ia tidak boleh diterima sehingga beliau menegur Khalid sebelum ini. "Sebab yang saya menegur kepimpinan MB sebelum ini adalah saya kata dengan wang yang ada saya tidak boleh terima pelajar ditekan menghukum pelajar yang tidak boleh membayar yuran tidak boleh menduduki peperiksaan. "Kalau wang tidak ada tidak apa...saya baru dapat maklumat beberapa mahasiswa tadi yang lambat bayar yuran akan didenda, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan," katanya semasa menyampaikan ucapan di progra

Anwar nafi campur tangan pentadbiran MB baru Selangor....Tak Percaya Langsung

Image
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau mengeluarkan 'arahan' kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bagi mengkaji semula kenaikan gaji mendadak untuk wakil rakyat, projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) serta perjanjian air yang diikat dengan Putrajaya. Ujarnya tindakan itu bukan mahu mencampuri urusan pentadbiran di bawah pimpinan Azmin tetapi hanya meminta penjelasan daripada beliau, samada perjanjian terdahulu itu mengikut undang-undang atau sebaliknya. "Saya hanya minta penjelasan daripada Menteri Besar dan kerajaan yang baru supaya kita dapat maklumat ini saya tidak tentukan apa-apa dan hukuman. "Siapa nak untung itu dia punya hal tapi proses kena ikut, peraturan kena ikut jangan untung untuk orang atas kerana kita nak mempertahankan kedudukan kita kemudian rakyat kena bayar lebih," katanya kepada wartawan selepas program Syarahan 'Memerangi Ekstrimis' di Universiti Selangor (Unisel) hari ini. Dalam

Pemilihan Exco: Anwar minta Pakatan hormat keputusan Azmin...Itu Makna Bininya AKan Dilantik Exco?

Image
SHAH ALAM: Semua pihak perlu menghormati keputusan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dalam menentukan barisan exco yang baharu, kata Ketua Umum PKR. Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kelutusan Azmin dibuat setelah merujuk kepada parti terlebih dahulu melalui perbincangan. "Ini  adalah keputusan Menteri Besar selepas daripada perbincangan parti, ini adalah keputusannya, kena bagi ruang kepada Menteri Besar untuk menentukan dan buat keputusan yang efisyen," katanya ringkas menjawab isu pengurangan barisan exco PAS daripada empat kepada tiga. PAS kini dilihat terkesan setelah kuota exconya berkurang daripada penggal pemerintahan sebelum ini. Parti itu kemudiannya sehingga kini memaklumkan belum memutuskan sama ada menerima jawatan Timbalan Speaker atau sebaliknya yang dilihat hanya untuk menyenangkan parti itu apabila satu kerusi exco dirampas PKR. Ini terbukti sehinggakan PKR dan DAP disifatkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz sebagai membuli rak

Saya ahli PAS sampai ajal, kata Saari...Dalam Masa Yang Sama Ingkar Arahan Presiden?

Image
KUALA LUMPUR: "Saya masih ahli PAS...sampai ajal,". Itu reaksi ringkas ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib kepada pemberita. Beliau yang selesai mengadakan perjumpaan hampir dua jam bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran perjumpaan berkenaan walaupun diasak beberapa kali oleh pemberita. Malah beliau berulang kali memohon maaf kerana tidak dapat memberi sebarang kenyataan, walaupun ditanya sama ada hasil perjumpaan tersebut positif atau negatif. Saari kemudiannya berlalu ke kereta sambil tersenyum. Beliau sebelum itu dilihat masuk ke ibu pejabat PAS pada jam 2.45 petang bersama ADUN Morib, Hasnul Baharudin, sebelum keluar pada jam 4.15 petang. Bagaimanapun, Hasnul masih lagi belum dilihat meninggalkan ibu pejabat PAS. Sehingga kini, tindakan susulan terhadap dua ADUN berkenaan masih menjadi tanda tanya walaupun secara jelas ia dihentam hebat para pimpinan dan perwakilan sewaktu Muktamar parti itu berlangsung minggu

Jeng..JEng Portfolio Exco Baharu Diumum Rabu Ini - Untuk Siapa Tu?

Image
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan mengumumkan senarai portfolio bagi barisan Exco kerajaan negeri yang baharu pada Rabu. Beliau berkata, portfolio itu akan ditentukan selepas mempertimbangkan keupayaan dan kepakaran setiap anggota Exco, supaya tanggungjawab itu dapat dilaksanakan secara efektif. "Senarai portfolio akan diumumkan pada Rabu dan kita mahu memastikan semua Exco dapat menjalankan tugas dengan cekap dan efektif," katanya. Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR, telah memperuntukkan empat jawatan Exco untuk wakil rakyat daripada partinya, manakala PAS dan DAP, masing-masing mendapat tiga jawatan.

Mesyuarat AJK PAS Tentukan Nasib 2 Adun Khianat...Sudah Tahu APa Yang Terjadi Nanti

Image
KUALA LUMPUR 29 Sept - Keputusan berhubung status dua Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS yang bertindak membelakangi keputusan parti dengan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor akan ditentukan Jawatankuasa PAS Pusat akan datang. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata, kedua-dua Adun berkenaan, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin telah memberikan penjelasan berhubung isu itu hari ini. "Mereka telah dipanggil secara formal untuk memberi penjelasan hari ini (Isnin). "Saya sudah dengar penjelasan setiap seorang daripada mereka dan ia akan dimaklumkan kepada PAS Pusat yang akan bertindak membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan dua Adun tersebut di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, hari ini. Beliau menjelaskan, pertemuan yang diadakan kedua-dua Adun tersebut diadakan secara bersendirian. "Jumpa seorang-seorang...

SAIFUDDIN ABDULLAH Perlu Berani Gugurkan Keahlian UMNO dan Sertai PKR atau DAPig !

Image
Antara parasit dalam UMNO yang cukup dikenali kerana sokongannya yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng adalah Saifuddin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Temerloh yang kemudiannya kalah dalam pertandingan parti di Bahagian dan menggunakan isterinya untuk mempengaruhi Najib bagi membolehkan dia menjawat jawatan sekarang. ' Tiada sebarang sumbangan yang diberikan oleh Saifuddin Abdullah kepada UMNO mahupun rakyat Malaysia, sebaliknya dia merupakan salah seorang yang cuba mencetuskan rusuhan berdarah di Kuala Lumpur apabila dia menyokong sepenuhnya tindakan subversif seperti Adam Adli, Safwan Anang dan Hishamuddin Rais. Saifuddin Abdullah merupakan orang yang mengalu-alukan tindakan Adam Adli menceroboh PWTC dan menurunkan bendera yang tertera wajah Najib Abdul Razak dan menaikkan bendera subversif. Malah, Saifuddin Abdullah juga sempat memberi ucapan pendek yang secara dasarnya memuji-muji tindakan subversif Adam Adli dan gerombolannya. Namun Saifuddin

Pembohongan atas pentas ceramah Selama Ini...Masih Ingat Kah?

Image
tuan2 dan puan2, kita semua berjuang ikhlas demi islam,demi rakyat,utk islam utk rakyat,kpd islam, kpd rakyat. Kita tidak mengharap apa2 balasan dlm perjuangan ke jalan Allah. Kita tidak kaya seperti pemimpin2 umno yg rasuahhhhhh. Kita mengharap bantuan drp tuan2 dan puan2. Dgn ini saya melancarkan derma. Petugassssss, bawa karunggggg. Hakikat yang sebenarnya : perjuangan mereka perlu dihargai. Perlu dibalas. Perlu diberi ganjaran. Ini bukan cerita bohong,fitnah atau rekaan. Biar gambar dibawah berbicara.

Anwar campur tangan pentadbiran Azmin?

Image
PERMATANG PAUH 28 Sept. - Dendam politik Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ternyata tidak berkesudahan apabila beliau mengarahkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mendedahkan kepincangan serta keputusan meragukan yang dibuat oleh Abdul Khalid ketika memegang jawatan berkenaan. Ketika menyampaikan ceramah di sini, malam tadi, Anwar juga mengambil kesempatan mendedahkan satu persatu kesalahan yang didakwa dilakukan bekas Menteri Besar Selangor itu. "Pada hari terakhir, beliau sempat memecat saya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun elaun yang layak diterima untuk jawatan berkenaan tidak dibayar sedangkan saya bekerja dan pergi ke luar negara untuk mempromosikan peluang pelaburan di negeri Selangor," katanya. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, antara perkara yang akan didedahkan Azmin termasuklah perjanjian air yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan, pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan pemb

'Buru Alvin hingga ke lubang cacing' Terbaik Dari PDRM

Image
KUALA LUMPUR 28 Sept.- "Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun." Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara. Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. "Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles, California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke S

Bangangnya Anwar Ni 'balas dendam'... serang Khalid depan mahasiswa

Image
Mungkin kerana pedih dengan kelicikan politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bekas penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan program syarahan di Universiti Selangor (Unisel) sebagai pentas untuk terus mengkritik kepimpinan bekas MB itu. Menurutnya, pentadbiran Khalid sebelum ini di negeri itu menjejaskan pelajar Unisel dengan bebanan yuran yang diluar kemampuan. Anwar berkata walaupun mempunyai simpanan wang negeri yang banyak namun kepincangan pengurusan kepimpinan terdahulu sangat ketara sekaligus ia tidak boleh diterima sehingga beliau menegur Khalid sebelum ini. "Sebab yang saya menegur kepimpinan MB sebelum ini adalah saya kata dengan wang yang ada saya tidak boleh terima pelajar ditekan menghukum pelajar yang tidak boleh membayar yuran tidak boleh menduduki peperiksaan. "Kalau wang tidak ada tidak apa...saya baru dapat maklumat beberapa mahasiswa tadi yang lambat bayar yuran akan didenda, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan," katan

ATM Affin Bank digodam teruk...RM1.271 sah dicuri

Image
Ini dah serupa filem Hollywood yang kita dok tengok di TV, pencuri menggunakan kemahiran tinggi dalam teknologi maklumat untuk kebas lebih RM1 juta dari Mesin Teler Automatik (ATM) tanpa berpeluhpun. Mulanya ada yang lapor, RM500 ribu, kemudian tambah lagi jadi lebih RM800 ribu, akhirnya petang Isnin, Affin Bank memberitahu sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam ATM kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor. Menurut kenyataan itu, ATM berkenaan diusik kelmarin, mengakibatkan kecurian wang tunai. Mesin terbabit terletak di Johor Baharu, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor, Melaka Raya, serta PJ State dan USJ di Selangor. "Insiden itu telahpun dilaporkan dan bank bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan kes itu," menurut kenyatan itu. Bagaimanapun, bank itu menyatakan data pelanggan tidak diganggu atau dikompromi. Sementara menunggu hasil siasatan polis, bank berkenaan segera menempatkan langkah kawalan tamb

'Keluar PR' : Penyokong Anwar Serang Ibu Pejabat PAS Esok

Image
KUALA LUMPUR 29 Sept - Kemarahan para penyokong PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap PAS semakin memuncak apabila  satu perhimpunan bakal diadakan pagi esok di hadapan ibu pejabat PAS Pusat bagi mendesak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat (PR). 'Himpunan Gesa PAS Keluar PR' anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) itu adalah sebagai satu asakan terhadap PAS yang kian lantang mengecam Anwar sejak berlakunya krisis pentadbiran negeri Selangor. Malah, beberapa pemimpin PKR dilihat memberi sokongan terhadap penganjuran tersebut dengan menyebarkan maklumat berhubung himpunan itu menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.Krisis dalaman PAS dilihat kian kronik sehingga gagal mencapai sebarang pendamaian pada Muktamar Tahunan PAS ke 60 yang berlangsung baru-baru ini. Malah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi ucapan penggulungan secara terbuka tidak mengiktiraf tindakan memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus membidas tindakan PKR 'mencuri' dua A

Siapa ANWAR Ni.....Tahniah Anwar Kerana Berjaya Gulingkan Khalid - Mah Siew Keong

Image
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mengucapkan tahniah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana akhirnya cita-cita beliau untuk menyingkirkan pemimpin selepas berpuluh-puluh tahun mencuba akhirnya berjaya dengan tergulingnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, adalah sesuatu yang amat malang bagi Abdul Khalid kerana memiliki ketua seperti Anwar walaupun khidmatnya sebagai bekas Menteri Besar Selangor diperakui cemerlang tetapi semua itu langsung tidak dipandang Ketua Pembangkang tersebut disebabkan keghairahannya mahu menjatuhkan pemimpin. "Anwar memang tabiatnya suka menjatuhkan pemimpin. Beliau cuba menjatuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berjaya, kemudian Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pula menjadi sasaran pun tidak berjaya tetapi nafsunya tidak pernah padam apabila cuba pula menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak. "Bagaimanapun saya harus mengucapkan tahniah kepada Anwar kerana hasil usaha tanpa mengenal erti

Alvin Jangan Terlalu Kurang Ajar

Image
KUALA LUMPUR -  Pemuda Umno mengecam perbuatan biadab blogger kontroversi, Alvin Tan menghina pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dengan kata-kata kesat dan memaki Umno dalam laman sosial Facebook. Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, perbuatan lelaki itu bukan sahaja sangat keji dan tidak bermoral, malah boleh memudaratkan rakyat di negara ini. “Ini antara sebab utama mengapa kerajaan tidak perlu memansuhkan Akta Hasutan atau perlu menggubal akta yang sesuai bagi menangani perilaku manusia biadab seperti Alvin Tan ini,” katanya. Nazir yang juga Ketua Pemuda Umno Titiwangsa berkata, perilaku manusia keji ini mungkin kerana tiada didikan sempurna di rumah terutama tentang tanggungjawab dan semangat cintakan negara. “Ini amaran keras dari Pemuda Umno kepada Alvin, berani buat berani tanggung. Jangan melarikan diri dan menyorok di luar negara. Kalau berani, balik semula ke Malaysia dan ulangi balik kata-kata itu,” katanya. Beliau berkata, perbuatan Alvin i

Ahli PAS Sampai Ajal - Saari....Biar Betul Presidennya Tak Hormati..Inilah Dikatakan Gunting Dalam Lipatan

Image
KUALA LUMPUR: Walaupun dikritik hebat berikutan tindakannya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, kesetiaan Saari Sungib kepada PAS terbukti masih kebal. Sehingga pertemunnya dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali pada Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang itu mengakui masih lagi menjadi ahli parti dalam gabungan Pakatan Rakyat itu. "Saya masih lagi ahli PAS," jawabnya ringkas selepas mengadakan pertemuan kira-kira sejam di Ibu Pejabat PAS Pusat, di sini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai inti pati perbincangan bersama Mustapa dengan berkata ia merupakan satu 'pertemuan biasa'. Ditanya sama ada beliau akan terus bersama PAS, beliau menyatakan kesetiaannya untuk bersama parti itu sehingga akhir hayatnya. "...sampai ajal," jawabnya. Beliau tidak keseorangan, sebaliknya seorang lagi Adun PAS bagi kawasan Morib, Hasnul Baharuddin dilihat masuk ke bangunan sama pada pu

Kedudukan EXCO Selangor , Hinanya PAS Di Mata PKR !!!

Image
Sebagai sahabat rasanya kenyataan seperti diatas tidak perlu dikeluarkan oleh seseorang yang punya jawatan dalam parti.Namun sejak dua menjak ini nampaknya PAS seolah-olah telah merimaskan sebahagian besar dari kalangan pimpinan PKR. Bukan itu sahaja wakil rakyat PAS pun mula menjauhkan diri dari parti sendiri malahan turut mencabar presiden parti supaya membuktikan dakwaan bahawa mereka di beli oleh PKR.Sesuatu yang jarang berlaku dalam parti PAS sebelum ini. Bai'ah pula jangan cakaplah dibuat main-main ja , sampai hari ni tak ada sebarang tindakan yang diambil.Apa dah kena dengan PAS ?? Rasanya takut herdikan PKR dan DAP !!!! Kini mereka akan dipergunakan lagi !! UMPAN PKR ditabur lagi .... PAS belum memutuskan sama ada menerima atau tidak jawatan Timbalan Speaker Selangor seperti yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad  berkata, pertemuan exco dan bekas exco PAS dengan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mala

Gambar Kajang banjir..... Mana kak wan?

Image

PKR Dan DAP Kalah Lagi Teruk Dari PAS - Nasrudin

Image
KUALA LUMPUR 29 Sept - Ahli Jawatankuasa Pusat Pas Nasrudin Hassan membidas amaran DAP mengenai kemungkinan Pas akan kehilangan negeri Kelantan sekiranya trend di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor merebak. Nasruddin berkata, jika dibandingkan dengan dua lagi PRK yang pernah ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Balingian dan ditandingi DAP di Teluk Intan, kekalahan Pas tidak seteruk kekalahan PKR dan DAP. "(Pemimpin DAP) YB Lim Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan PAS di Pengkalan Kubur adalah isyarat BN akan merampas Kelantan. "Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan?" katanya yang dipetik dari laman sosial Facebook milik beliau. Nasruddin turut memaparkan carta yang dengan dengan jelas penurunan sokongan pada PKR turun 33 peratus di Balingian, undi DAP turun 27.3 peratus di Teluk Intan tetapi PAS hanya merosot 13.18 peratus di Pengkalan Kubor. Semalam, Kit Siang memberi amaran bahawa kerajaan PAS Kela

Caya Lah....Individu macam Alvin, sampah masyarakat - Pemuda UMNO

Image
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap penulis blog kontroversi, Alvin Tan sebagai penakut serta sampah masyarakat ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan yang menghina pemimpin negara. Khairy berkata, Alvin merupakan seorang yang penakut apabila hanya berani mengeluarkan kenyataan tersebut selepas melarikan diri ke luar negara. "Kalau berani balik ke Malaysia cakap depan-depan. Tak payah hendak lari ke Amerika Syarikat. Dia ini penakut hanya berani cakap selepas sudah lari dari Malaysia. "Cakap depan-depan. Kami (Pemuda UMNO) menunggu. Jangan jadi bacul lari lepas itu baru hendak tunjuk berani. Orang macam ini adalah sampah masyarakat," kata­nya dalam kenyataan pada Ahad. Baru-baru ini, dalam status terbarunya di laman sosial, Alvin telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara serta mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadapnya. Alvin sebelum ini juga telah dihadapkan ke mahkamah ekoran tindakannya mempers

Dahsyatnya....Lagi Kes Godam Mesin ATM, RM303,000 Lesap

Image
KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai warga asing disyaki melesapkan RM303,000 daripada dua mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Petaling Jaya pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata perkara itu terbongkar selepas seorang pegawai bank berkenaan membuat semakan susulan kejadian serupa yang menimpa cawangan bank berkenaan di selatan tanah air pada Sabtu. "Pada kira-kira 6.30 petang Sabtu, setelah selesai membuat 'balancing' bersama pengurus cawangan bank berkenaan, pegawai bank itu mendapati sejumlah RM33,500 telah dikeluarkan melalui penggunaan kad ATM manakala RM303,000 lagi lesap dipercayai akibat mesin ATM digodam. "Baki yang tinggal dalam mesin ATM itu hanya RM3,500," katanya. Bernama pada Ahad melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam semalam dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih. Azmi berkata mengikut

Serangan Tikus Kembali, Kini Di Kafeteria Kampus USM

Image
KOTA BARU: Hampir setahun yang lalu, berita serangan tikus di wad pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dekat sini mendapat perhatian pihak berkuasa. Namun, haiwan pembawa penyakit itu masih ada dan keadaan lebih teruk apabila ia kini menyerang kawasan kafeteria utama kampus kesihatan itu. Pelajar membuat aduan bahawa tikus sering dilihat di kafeteria tersebut yang boleh menampung seramai 200 orang pada satu masa dan dibuka 24 jam. "Tikus berkeliaran sepanjang masa terutama pada waktu malam. Beberapa pelajar juga dapat merakam video tikus berkeliaran di kaunter perkhidmatan makanan," kata salah seorang pelajar. Seorang pelajar pula berkata, dia mengesyaki bahawa tikus tersebut merupakan punca kes keracunan makanan yang berlaku. Tambahnya, dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor selepas makan di kafeteria terbabit beberapa kali. "Kami ada membuat aduan malah memuat naik gambar dan video di Facebook Kumpulan Pelajar dan pengurusan universi

Lembaga Disiplin 'Panggil' Dua Adun PAS...Jangan Sekadar Hebohkan Saja

Image
PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) ketika ini sedang mengadap Lembaga Disiplin Jawatankuasa PAS Pusat berhubung sokongan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu menteri besar di Selangor. Pertemuan dengan pimpinan PAS Pusat diadakan di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11 pagi Isnin. Difahamkan, kedua-dua mereka dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung surat akuan bersumpah bagi menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah. Tindakan tersebut dianggap membelakangkan keputusan parti. Terdahulu, Saari menyatakan kesediaannya untuk terus setia bersama PAS dan tidak akan meninggalkan parti itu. Sekiranya disingkir, beliau akan bertanding sebagai calon Bebas. Sementara itu, Hasnul pula menyatakan kesediaannya untuk bertanding di atas tiket DAP jika parti membuat keputusan menyingkirkan beliau. Beliau berkata bersedia menerima sebarang keputusan atau tind

Kata Kit Siang : PAS Bakal Kecundang di Negeri Kelantan

Image
KUALA LUMPUR 29 Sept - DAP melihat PAS akan gagal mempertahankan Negeri Kelantan sekaligus dirampas Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang ekoran kemenangan besar parti komponen itu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor baru-baru ini. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, ianya berkemungkinan berlaku apabila peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR) melibatkan di kawasan-kawasan Parlimen dan Dun di negeri itu. “Jika Pengkalan Kubor berlaku (di semua tempat di Kelantan), Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dan BN pula 25 kerusi. “Ini bererti kuasa untuk memerintah negara akan hilang,” katanya dalam majlis makan malam DAP di Petaling Jaya. Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendedahkan hasil kaji selidik parti itu mendapati, sokongan rakyat negeri Kelantan terhadap PAS menurun mendadak ke paras 50 peratus. Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak dakwaan tersebut dan menyangkal faktor keka

Gambar.....Tidak mendapat sambutan.. "Flash Mob" bantah akta hasutan petang tadi di Masjid Jamek, Sogo, Kuala Lumpur

Image