Mesyuarat AJK PAS Tentukan Nasib 2 Adun Khianat...Sudah Tahu APa Yang Terjadi Nanti

KUALA LUMPUR 29 Sept - Keputusan berhubung status dua Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS yang bertindak membelakangi keputusan parti dengan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor akan ditentukan Jawatankuasa PAS Pusat akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata, kedua-dua Adun berkenaan, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin telah memberikan penjelasan berhubung isu itu hari ini.

"Mereka telah dipanggil secara formal untuk memberi penjelasan hari ini (Isnin).

"Saya sudah dengar penjelasan setiap seorang daripada mereka dan ia akan dimaklumkan kepada PAS Pusat yang akan bertindak membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan dua Adun tersebut di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pertemuan yang diadakan kedua-dua Adun tersebut diadakan secara bersendirian.

"Jumpa seorang-seorang...seorang ambil masa kira-kira sejam," katanya.

Mustapa turut berkata, kelewatan mengambil tindakan terhadap Saari dan Hasnul adalah disebabkan parti ingin menyelesaikan isu satu persatu.

"Kita selesai satu-satu. Isu menteri besar di Selangor sudah selesai, PRK Pengkalan Kubor sudah selesai, sekarang isu ini pula," katanya.

Kedua-dua Adun berkenaan bertindak berani dengan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar di Selangor bersama kesemua Adun dari PKR dan DAP.

Tindakan tersebut mengundang kemarahan pimpinan PAS termasuk Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa ianya tidak harus dipandang ringan.

Malah Abdul Hadi turut mengecam tindakan PKR 'mencuri' kedua-dua Adun itu yang dianggap mencabar etika tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana