Posts

Showing posts from July, 2015

Hadi Awang : Beri Peluang Kepada Kabinet Baru Najib...Berbulu jer DAP dan PKR Mendengarnya

Image
KUALA NERUS 31 Julai - Pas ingin memberi ruang terlebih dahulu kepada barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan tanggungjawab, sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut termasuk membuat undi tidak percaya terhadap pemimpin utama negara itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk menghukum Kabinet baharu.

Mengenai pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula,  beliau berkata, ia merupakan masalah dalaman dan terpulang kepada parti itu sendiri.

“Pas mengikuti perubahan ini (rombakan Kabinet).. soal tukar orang (Muhyiddin) itu hal dalaman Umno dan terpulang kepada dia (PM).

“Masih terlalu awal untuk kita hukum (Kabinet baharu).. kita perlu beri ruang kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan betul.. selesaikan masalah 1MDB.. masalah ekonomi negara.. masih banyak masalah yang perlu diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir men…

Pulak dohhh....GHB Ambil Alih Parti KITA

Image
GEORGE TOWN 31 Julai - Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, pengambilalihan parti itu akan dibuat melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual diadakan tidak lama lagi.

"Selepas EGM itu kami akan memohon kelulusan Pendaftar Pertubuhan, ia sama seperti penggabungan PKR dan Parti Rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan dua Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini hari ini.

Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata, usaha untuk menubuhkan pakatan baharu akan lebih mudah selepas proses pengambilalihan parti itu selesai.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan semula d…

Sarawak Report ‘kencing’ kertas pertuduhan tangkap Najib

Image
Bagi yang mengharapkan laporan terbaru Sarawak Report kononnya ada kertas pertuduhan untuk tangkap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kes 1MDB.boleh bikin lagi gegar satu negara..minta maaf.

Setelah portal pro pembangkang ‘kenduri sakan’ dengan laporan itu dan begitu juga riuh di media sosial akhirnya terbukti semua itu temberang.

Bunyi laporan Sarawak Report yang kebelakangan ini galak main cerita IMDB atas tajuk “ARREST WARRANT FOR THE PRIME MINISTER! – The Real Reason The Attorney General Was Fired” memang sensasi.

Perdana Menteri didakwa menyeleweng Wang Kumpulan Amanah Pencen (KWAP) melalui SRC International.

Gambaran yang cuba diberi kepada umum konon adanya kertas pertuduhan itu jadi punca Tan Sri Gani Patail dipecat sebagai Peguam Negara Selasa lalu.Laporan itu juga memaparkan salinan kertas pertuduhan itu.

Temberang itu jelas kelihatan kerana format kertas petuduhan itu tidak ikut format kebiasaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ingatkan orangramai tidak menyebar…

TS MUHYIDDIN DI GUGUR – JADI MANGSA SIAPA SEBENAR NYA?

Image
Ketika kisah rombakan kabinet terdengar seawal 2 bulan lalu, ramai hanya menebut sekitar Datuk Hassan Malek dan Datuk Ahmad Maslan sahaja.Sedikit benar yang menyangka nama TS Muhyiddin Yassin ada tersenarai sebagai yang bakal di gugurkan.

 Malah kem kem pro Tun Mahathir juga tidak menjangka kan nya.Selain tidak menjangka kan mereka juga memperlekeh kan dan mengandaikan Ds Najib tidak seberani itu.Namun, sebaik sahaja Ts Muhyiddin di gugur kan dari kabinet , maka tersebar luas merata tempat akan tindakan Ds Najib yang sungguh drastik ini.

Apa yang mereka tidak sangka akan berlaku sudah berlaku.Ketik berlegar cerita rombakan kabinet ramai pula yang mengandaikan bahawa jika Ds Najib gugur kan Ts Muhyiddin maka dia akan di hapus kan dengan segera kerana Ts Muhyiddin akan bersama boss sebenar  Tun Mahathir nya untuk menjatuhkan Ds Najib.

Maka ini di anggap sebagai mustahil dan Ds Najib di kata kan tidak seberani ini untuk menghadapi Tun Mahathir dan TSMY sekali gus.Tapi semua pihak terkej…

TINDAKAN SAMAN TERHADAP YB MOHD RAFIZI RAMLI

Image
Ingin saya maklumkan bahawa hari ini peguam saya telah memfailkan tindakan undang-undang (saman) di mahkamah terhadap YB Mohd Rafizi Ramli ke atas tohmahan serta fitnah beliau ke atas saya mengenai isu transaksi perniagaan yang dilakukan oleh MARA baru-baru ini.
Tindakan ini diambil setelah tempoh yang saya berikan kepada beliau untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan telah tamat.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa dakwaan beliau itu adalah tidak betul dan berniat jahat terhadap saya serta Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Saya membuat keputusan ini atas dasar menegakkan kebenaran dan mempertahankan maruah insititusi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serta jawatan yang telah diamanahkan kepada saya.
Sekali lagi ingin saya ingatkan kepada semua bahawa Pemuda UMNO dan saya sendiri menyokong serta menggalakkan perdebatan sihat, perbezaan pendapat serta percambahan idea namun kita tidak boleh biarkan budaya pembohongan serta penipuan berleluasa kerana ini akan merosakkan suasana berp…

Sekutu Dengan PASMA Bermakna Sekutu Dengan DAP

Image
Perghhh....YB MP PAS sekarang join PASMA plak....Biar betul ni.

Ugutan Anjur Demo: Polis Siasat Ambiga

Image
KUALA LUMPUR 30 Julai - Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan diarah tampil untuk disoal siasat selepas Ketua Polis Negara memberi amaran kerana tindakannya mengugut untuk mengadakan demonstrasi jalanan.

Ambiga yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) memberitahu The Star, pegawai polis menghubunginya pada Khamis dan mengarahkannya datang ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada pukul 3 petang, Jumaat.

Beliau berkata, siasatan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk memaksa atau menahan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

"Saya akan hadir, kita tunggu apa yang berlaku seterusnya," katanya.

Sebelum ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran berhubung tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara susulan rombakan Kabinet seperti dinyatakan Ambiga menerusi media untuk mendesak supaya diwujudkan kerajaan sementara.

Ketua Polis Negara meminta Ambiga menafikan beliau mengeluarkan kenyat…

Hampir pasti...serpihan dari Boeing 777

Image
Ini tentunya perkembangan menarik.Ketika ramai tertanya-tanya apakah serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi dari MH370....Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Karpawi kata ‘ hampir pasti’ ia dari pesawat jenis Boeing 777.

Cuma beliau tidak kata samaada itu dari MH370 atau tidak.Apapun jenis pesawat MH370 yang hilang semasa dalam penerbangan Kuala Lumpur Beijing pada Mac 2014 adalah Boeing 777.

Aziz dilaporkan agensi berita Reuters Khamis berkata hal berkenaan diberitahu kepada beliau oleh ketua penyiasat Malaysia mengenai kehilangan MH370.

KPN Minta Orang Ramai Waspada Artikel Sarawak Report

Image
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap khabar angin yang didakwa oleh sebuah artikel Sarawak Report.

"Laporan-laporan seperti ini tidak sah asal usulnya, akan mengelirukan orang ramai. @PDRMsia diminta hentikan khabar angin ini," katanya menerusi kenyataan di akaun twitternya @KBAB51 pada Khamis.

Kenyataan itu turut dikongsikan bersama paparan skrin sebuah artikel Sarawak Report "Arrest warrant for the Prime Minister' (Waran tangkap terhadap Perdana Menteri).

Laman web itu membuat dakwaan menerusi laporan terbaharunya bahawa Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat dari jawatannya sebagai Peguam Negara kerana mahu mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Minggu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses laman web Sarawak Report.

Buku doa syiah, lucah antara yang diharamkan KDN

Image
Dua buku doa mazhab syiah dalam bahasa Indonesia dan sebuah novel lucah mandarin diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuatkuasa 23 Jun lepas.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata kandungan buku itu didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah masyarakat Islam, menyebarkan ajaran syiah dan berunsur lucah, di negara ini.

Dua buku agama yang berbahasa Indonesia itu bertajuk "Doa Jausyan Shaghir" yang terkandung (Doa Yastasir, Doa Simat, Doa Masylul, Doa Adilah, Ziarah Jami Al Kabir) diterbitkan oleh Zahra Publishing House, dan "Doa Nudbah, Doa Ahd, Doa Faraj (Keluasan), Doa Ziarah dan Doa untuk Keghaiban Imam Mahdi" juga diterbitkan oleh Zahra Publishing House.

Manakala, sebuah lagi buku novel berbahasa Mandarin "To Love Ru Darkness" terbitan Tongli Publishing Co. yang berunsur lucah.

Menurutnya, pewartaan Perintah Larangan itu adalah menurut Seksyen 7(1)…

Aziz Bari pula masuk kandang DAP...

Image
Setelah baru-baru ini Sasterawan Negara,Datuk Samad Said,pada Khamis pakar undang-undang dan bekas calon pilihanraya atas tiket PKR, Dr Aziz Bari pula menyertai DAP.

Beliau yang merupakan bekas pensyarah UIA kalah pada BN bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR pada pilihanraya umum ke 13 lalu.

Penyertaannya dalam DAP diumum dakan sidang akhbar di Kuala Lumpur yang turut dihadiri otai DAP Lim Kit Siang.

Kata Aziz beliau telah pun memberitahu pimpinan PKR tentang hasratnya untuk menyertai DAP.“Selama ini pun saya tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam PKR. Saya hanya menjadi calon parti sewaktu PRU13 yang lalu,” katanya.

DAP menerusi Samad kini sedang berusaha menarik penyertaan lebih ramai tokoh Melayu sertai parti itu.

LAGI HOTEL BRISDAL MILIK KERAJAAN SELANGOR BANKRAP....

Image
Cakap besar pong pong hebatlah konon...bebas Rasuah..bersih dan cekap.Lihatlah apa sudah jadi....

Hadi bidas DAP tak konsisten... dulu hentam Tun Mahathir kini sokong

Image
Presiden PAS Datuk Hadi Awang memulangkan 'paku buah keras' kepada Setiausaha Agung DAp yang mengkritik PAS selepas parti itu mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung isu rombakan Kabinet.
Menurut Ahli parlimen Marang itu, PAS tidak seperti DAP kerana sering konsisten dalam kepercayaan mereka.

"Kami tidak seperti DAP. Mereka sering menghentam Tun Mahathir tetapi sekarang mereka menyokong beliau," katanya.

Jelas Abdul Hadi, beliau enggan mengulas mengenai tindakan rombakan Kabinet kerana mahu melihat prestasi menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik.

"Saya tidak cenderung kepada sesiapa. Saya hanya cenderung kepada orang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Masih terlalu awal untuk menghakimi mereka," katanya.

Guang Eng sebelum ini mendakwa Abdul hadi cenderung kepada UMNO kerana tidak 'menghentam' rombakan Kabinet yang dilakukan Perdana Menteri Selasa lalu.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada ahli parti, terutama golong…

Hotel Brisdale milik penuh kerajaan negeri Selangor bankrup?

Image
Hu hu hu.....text whats app yang menjadi viral  mengenai lelongan semua barangan Hotel Brisdale hari ini. Dikatakan lelongan bermula jam 9 pagi tadi. Memang murah, rugi kalau tak pergi. Text yang menjadi viral dalam semua group whats app seperti ini :

“Hotel brisdale bankrup…semua brg perlu dilelong…lelongan bermula pukul 9:00 pagi…harga lelongan bermula dari RM10…semua brg di dlm hotel perlu dihabiskan…brg2 di dlm hotel masih elok…pengangkutan tidak disediakan…antara barangan adalah…katil…tilam…bantal (4 biji @ RM10)…peti ais…kabinet…tv @ RM50…kerusi @ RM10 dan mcm2 lg…pengangkutan tidak disediakan…harap maklum…hotel brisdale berhadapan dgn quarter bomba chowkit menara kota…lelongan bermula 9 pagi nanti

LIHAT SINI

Ramai berdoa semoga ia serpihan MH370...

Image
Ini kebenaran yang pahit untuk dinyatakan... selepas lebih setahun MH370 hilang tanpa diketahui di mana, ikut kajian paling berkemungkinan adalah selatan lautan Hindi.
Tapi laut di situ luas, terasing dan dengan kedalaman 7 hingga 30 kilometer.

Sejak ia hilang macam-macam usaha dibuat untuk cari pesawat itu, namun sehingga kini, ia tidak ditemui, jangan kata kapal terbang, serpihannya pun belum.

Sehinggalah semalam... selepas media antarabangsa melaporkan penemuan serpihan pesawat di sebuah pulau di Lautan Hindi, tiba-tiba ramai pengguna media sosial berdoa... ianya serpihan MH370.

Secara rasmi Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu.

Bercakap di New York, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan boleh dibuat.

"Saya telah menghantar satu pasukan untuk mengesahkan serpihan itu. Kita harap …

Amaran Keras.....Ahli PAS Hadiri Program GHB Akan Dirujuk Kepada Lembaga Disiplin Parti - Hadi

Image
KUALA NERUS: PAS akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin dan anggota parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya PAS sentiasa memantau penyertaan anggota Parlimennya terhadap program berkenaan dan jika ada, PAS tidak akan teragak-agak untuk merujuk mereka kepada lembaga disiplin parti.

"Semalam kita buat kenyataan, kita memberitahu supaya ahli-ahli Parlimen PAS dan pimpinan PAS tidak menyertai program ini. Ini di luar daripada PAS dan dianggap tindakan negatif terhadap PAS.

Kita beri amaran agar mereka tidak menghadiri majlis-majlis macam ini.

Pada masa yang sama, kita masih menunggu (laporan lengkap pembabitan anggotanya ke program itu) daripada negeri-negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ihtifal Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, di Batu Enam di sini, Khamis.

Beliau mengulas tindakan GHB yang diketuai bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yan…

Wowww....Artis Beri Sokongan Terhadap Menteri Baru KKMM

Image
KUALA LUMPUR 30 Julai - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak mendapat sokongan penuh daripada penggiat seni hiburan tempatan selepas beliau diharapkan dapat mendengar dan memberikan maklum balas mengenai masalah yang timbul dalam industri tanah air.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Jurey Latiff Rosli berkata, soal masalah yang berbangkit akan lebih difahami oleh Salleh ekoran beliau pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebelum ini.

"Sebelum ini Salleh pernah menjadi Pengerusi Finas, tetapi hanya dalam tempoh yang sangat singkat. Tidak sempat nak bantu industri walaupun beliau telah merancang macam-macam perkara bagi mengukuhkan industri seni.

"Jadi saya percaya beliau tahu apa yang perlu dibuat bagi menyelamatkan industri seni negara yang berada dalam keadaan tenat ketika ini. Saya mewakili penggiat seni lain berharap agar beliau dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihad…

Kit Siang Desak Penjelasan Penyingkiran Gani Patail...Kau Siapa APEK

Image
Jangan nak tunjuk simpati pada orang ramai lah....Memang DAP ni pandai tunjuk wayangnya pada orang ramai.Kononnya ambil berat...ptuihhh

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat punca penamatan perkhidmatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Rakyat Malaysia berhak untuk mendapatkan penjelasan penuh mengenai layanan terhadap Gani yang ditamatkan perkhidmatannya secara tiba-tiba selepas berkhidmat hampir 13 tahun sebagai Peguam Negara.

"Gani tidak akan terkejut dengan penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara pada Isnin sekiranya beliau memohon untuk bersara awal.

"Tidakkah beliau berhak mendapat ihsan asas, dimaklumkan bahawa perkhidmatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan, jika atas alasan masalah kesihatan adalah sebab sebenar penamatan tugasnya," kata Lim dalam sidang media pada Khamis.

Hadi Sindir DAP Membisu Isu Muhyiddin

Image
KUALA TERENGGANU 30 Julai - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas DAP kerana tidak menyatakan pendirian mereka mengenai penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassim dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Hadi mengkritik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata PAS tidak seperti DAP kerana sering konsisten dalam kepercayaan mereka.

"Kami tidak seperti DAP. Mereka sering menghentam Tun Mahathir tetapi sekarang mereka menyokong beliau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ihtifal di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman, Tok Jiring, di sini Khamis.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa dilihat cenderung menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan Kabinet pada Selasa lalu.

Hadi enggan mengulas mengenai tindakan tersebut dan mahu melihat prestasi menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik.

"Saya tidak cenderung kepada sesiapa. Saya hanya cenderung kepada…

Awas pusat judi...Zahid arah polis perangi 100 peratus

Image
Kerajaan tidak akan berkompromi lagi dalam usaha membenteras pusat-pusat perjudian di seluruh negara yang tumbuh kembali selepas operasi yang dijalankan oleh pihak polis.

Jadi awas...Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu semalam,Selasa beliau telah mengarahkan polis melancarkan perang 100 peratus menghapuskannya.

“Saya harap kepada ketua polis negeri seluruh negara. Ini arahan menteri dalam negeri. Hapuskan. Mulai semalam saya minta hapuskan 100%,” katanya.

Berkata kegiatan itu perlu diperangi 100 peratus dan beliau tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba melindungi kegiatan judi termasuk anggota dan pegawai polis.

"Empat bulan sudah langkah-langkah kita lakukan dengan hebat melalui Ops Cantas Khas, kita lakukan pembersihan (pusat perjudian) tapi saya dapat laporan tumbuh kembali,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Jamuan Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, di Kuala Lumpur,Rabu malam.

Serentak dengan itu beliau yang juga Menteri Dalam…

Inilah Dikatakan Bijak Pandai Kononnya....Aziz Bari pula masuk kandang DAP...

Image
Setelah baru-baru ini Sasterawan Negara,Datuk Samad Said,pada Khamis pakar undang-undang dan bekas calon pilihanraya atas tiket PKR, Dr Aziz Bari pula menyertai DAP.

Beliau yang merupakan bekas pensyarah UIA kalah pada BN bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR pada pilihanraya umum ke 13 lalu.

Penyertaannya dalam DAP diumum dakan sidang akhbar di Kuala Lumpur yang turut dihadiri otai DAP Lim Kit Siang.

Kata Aziz beliau telah pun memberitahu pimpinan PKR tentang hasratnya untuk menyertai DAP.“Selama ini pun saya tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam PKR. Saya hanya menjadi calon parti sewaktu PRU13 yang lalu,” katanya.

DAP menerusi Samad kini sedang berusaha menarik penyertaan lebih ramai tokoh Melayu sertai parti itu.

Polis Soal Siasat Ambiga Berhubung Ugutan Anjur Demonstrasi Jalanan

Image
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan diarah tampil untuk disoal siasat selepas Ketua Polis Negara memberi amaran kerana tindakannya mengugut untuk mengadakan demonstrasi jalanan.

Ambiga yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) memberitahu The Star, pegawai polis menghubunginya pada Khamis dan mengarahkannya datang ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada pukul 3 petang, Jumaat.

Beliau berkata, siasatan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk memaksa atau menahan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

"Saya akan hadir, kita tunggu apa yang berlaku seterusnya," katanya.

Sebelum ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran berhubung tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara susulan rombakan Kabinet seperti dinyatakan Ambiga menerusi media untuk mendesak supaya diwujudkan kerajaan sementara.

Ketua Polis Negara meminta Ambiga menafikan beliau mengeluarkan kenyataan itu at…

Tangkap PM...MB Negeri Sembilan nafi itu rakaman suaranya...Video Live Orang Tak Percaya...Inikah Pula Suara?

Image
Kalau dengar rakaman suara ini yang disebar di media sosial...jangan percaya.

Suara itu antara lain gesa polis tangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pasal isu 1MDB.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan Khamis mengeluarkan satu kenyataan menafikan itu adalah suaranya.

”Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang memuatkan kenyataan oleh seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari suara saya.

“ Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu.

“ Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.

“Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat ter…

MH370: Lokasi Penemuan Serpihan Konsisten Dengan Analisis Data - JACC

Image
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Australia berkata lokasi penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion, timur lautan Hindi, konsisten dengan analisis data bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Sekiranya serpihan yang ditemui di Pulau Reunion itu disahkan milik MH370, ia akan konsisten dengan analisis data bahawa pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Serpihan tersebut akan diteliti pakar untuk mengenal pasti asal-usulnya. Malaysia bertanggungjawab dalam siasatan dan menguruskan pemeriksaan tersebut dengan bantuan Boeing," kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) dalam satu kenyataan pada Khamis.

JACC juga berkata sebarang bukti penemuan terbaharu akan digunakan untuk terus memperbaiki usaha pencarian pesawat tersebut.

Pulau Reunion adalah sebuah kepulauan di Perancis yang terletak di Lautan Hindi, kira-kira 175 kilometer (km) dari barat daya kepulauan Mauritius manakala 900km dari Madagascar, di luar pantai…

MH370: Terlalu Awal Untuk Spekulasikan Penemuan Serpihan

Image
PETALING JAYA: Orang ramai diminta supaya tidak mempunyai sebarang spekulasi mengenai penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion yang terletak di luar pantai timur Afrika.

"Merujuk kepada laporan penemuan sebuah flaperon pesawat di Pulau Reunion, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan perkara itu.

"Buat masa ini, masih terlalu awal bagi syarikat penerbangan untuk membuat spekulasi mengenai penemuan flaperon itu," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.

Terdahulu, serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion pada Rabu menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Serpihan sepanjang dua meter itu, seolah-olah menyerupaikan bahagian sayap, ditemui orang awam semasa membersihkan kawasan pantai.

"Ia dipenuhi cengkerang, jadi seseorang mengatakan ia mungkin berada di dalam air terlalu lama," kata seorang saksi.

Pegawai pengangku…

Panassss!!!! Aziz Bari Sertai DAP....Kata Profesor Hebat...

Image
PETALING JAYA: Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari merupakan individu terbaharu menyertai DAP.

"Saya memilih DAP kerana merasakan parti ini menyediakan ruang kepada saya untuk berkhidmat. Saya tertarik dengan prinsip keterbukaan, meritokrasi dan ketelusan DAP," katanya.

Dr Abdul Aziz menjelaskan bahawa beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan DAP semasa berkhidmat dengan rakan-rakannya di Institut Pulau Pinang.

Pelantikan beliau dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dr Abdul Aziz menegaskan hasrat beliau adalah semata-mata untuk memberikan sumbangan dan tidak meminta sebarang jawatan di dalam parti.

Pengumuman tersebut dibuat Dr Abdul Aziz dalam sidang media yang dihadiri tokoh terkemuka DAP di ibu pejabat parti itu pada Khamis.

Antara yang hadir adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan sastrawan negara, A. Samad Said.

Optimisme perjuangan PAS tidak luruh dek sergahan GHB

Image
Jika hendak dibanding sikap dan pendirian yang pemimpin-pemimpin G-18 yang hendak menubuhkan sebuah parti Islam baharu dengan niat mengkuburkan PAS dengan para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah ibarat bumi dengan langit.

Kumpulan G-18 ini telah tidak lagi diberi kepercayaan oleh ahli parti untuk memimpin PAS dalam konteks politik hari ini. Sebab itu mereka tidak diundi untuk terus mengisi saf kepimpinan PAS.

Reaksi G-18 ialah jahanamkan PAS. Mereka mahu tinggalkan PAS dan menubuhkan parti Islam baharu. Namun sebelum mereka sepuas-puasnya melemparkan tuduhan bahawa PAS sudah tidak relevan dan autokratik.

Sebaliknya, para sahabat Rasulullah s.a.w. ada yang dilucutkan kedudukan kepimpinan mereka oleh baginda Rasul dan Saidina Umar Ibnu Khattab sendiri tetapi tidak pernah berfikiran negatif untuk meranapkan Islam.

“Bandingkan diri kita dengan Saad bin Ubadah r.a.  yang dilucut jawatan oleh Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa Fathu Makkah, Khalid bin Al-Walid r.a. yang dipecat oleh Khali…

Hadi cenderung kepada Umno - Guan Eng...Takut ker Melayu Bersatu?

Image
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Rabu berkata tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada Umno.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Abdul Hadi itu, Lim berkata beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.

"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi".

Pada sidang akhbar di sini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid…

Hudud GHB Visi Apa Plak Ni....GHB yakin agenda hududnya diterima DAP dan PKR

Image
GOMBAK: Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin agenda hudud yang dibawa mereka akan diterima DAP dan PKR berdasarkan semangat kesepakatan.

Pengerusi Jawatankuasa GHB Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli berkata meskipun undang-undang Islam yang pernah dibawa PAS ditentang hebat oleh DAP, namun sikap saling merujuk menjadi teras dalam gabungan pembangkang itu kelak.

"Apa yang kita nak orang lain ikut kita atau sebaliknya, baik DAP mahu kita ikut mereka atau sebaliknya dan begitu juga dengan PKR, ia bergantung bagaimana kita menguruskannya organisasi itu. (Hudud) Kita boleh berpandu kepada perlembagaan negara. Jika ada masalah dalam urusan pentadbiran negara kita boleh rujuk kepada perlembagaan.

"Mungkin ia agak terhad dan tidak mampu memuaskan hati semua orang tapi ia berdasarkan semangat demokrasi. GHB mengamalkan semangat demokrasi maknanya kita menilai idea konsensus dan suara majoriti jika ada keperluan," katanya dalam sidang media mengumumkan barisan kepimpinan GHB Wilaya…

Hanya Perdana Menteri yg berani dan hebat saja yang akan berkuasa dan boleh menggugurkan Timbalan mereka.

Image
Tunku Abdul Rahman kekalkan Tun Razak hingga tamat.
Tun Razak ada 2 orang Timbalan: Tun Dr Ismail meninggal dalam jawatan dan diganti dengan Tun Hussin Onn.

Tun Hussin Onn ada sorang saja Timbalan iaitu Tun Dr M.
Tun Dr Mahathir gugurkan 3 orang Timbalan iaitu: Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba dan DS Anwar Ibrahim sebelum akhirnya pencen dengan Tun Abdullah sbg timbalan.
Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya ada DS Najib Tun Razak sbg Timbalan.
DS Najib kini gugurkan TS Muhyiddin Yassin dan memilih DS Ahmad Zahid Hamidi sbg TPM.
Dalam sejarah Malaysia hanya ada 2 Perdana Menteri yg gugurkan Timbalan mereka iaitu Tun Dr Mahathir dan DS Najib Tun Razak.

PKR Sedia Terima Parti Politik Baharu Termasuk GHB - Azmin

Image
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan kesediaannya untuk menerima usaha mana-mana kumpulan termasuk Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ingin bergerak sebagai sebuah parti politik.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata pendirian tersebut jelas menunjukkan sikap keterbukaan parti itu selagi kumpulan terbabit boleh mendukung agenda reformasi yang menjadi teras penubuhan PKR.

"Kita boleh sama-sama dalam satu muafakat. Perkara ini akan terus berkembang. Sekarang kita ada tiga anggota (dalam Pakatan Rakyat) dan mungkin bertambah menjadi lima atau enam.

"Asalkan mereka boleh komited dengan agenda reformasi," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Invest Selangor, di sini Rabu.

Invest Selangor merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang menyediakan maklumat dan khidmat nasihat kepada bakal pelabur di Selangor.

Ketika ditanya mengenai laporan bahawa GHB sedang mengenal pasti sama ada untuk bergerak melalui Parti Kesejahteraan …

Ini Kata Kata Haji Hadi...Mesti Baca

Image
Tun Dr Mahathir Mohamad harus menghentikan usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak kerana sebarang perubahan jawatan Perdana Menteri perlu dilakukan melalui peti undi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata.

Dalam temu bual baru-baru ini dengan Channel News Asia, Abdul Hadi juga menegaskan bahawa Najib perlu dianggap tidak bersalah daripada semua tuduhan rasuah sehingga dan melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

"Kita tidak boleh menganggap dia bersalah," beliau dipetik berkata dalam wawancara.

"Saya menyanjung Dr Mahathir. Beliau seorang yang berani dan berterus-terang. Tetapi saya tidak bersetuju dengan usahanya untuk menjatuhkan Najib tanpa (melalui) proses demokrasi yang betul," katanya.

Menjelaskan kenyataannya, Ahli Parlimen Marang berkata, beliau mempertahankan "konsep demokrasi" dan bahawa apa-apa perubahan kepimpinan di negara ini perlu dilakukan dengan penyertaan pengundi.

"Perubahan jawatan Perdana Menteri mesti berlaku me…

KESAN JIKA NAJIB LETAK JAWATAN SEKARANG

Image
Ramai yang tidak sedar lebih banyak kesan buruk jika najib berundur daripada kabinet sekarang.

1) Antara kesannya ialah projek yang akan mendatangkan hasil lumayan di masa hadapan akan terbengkalai seperti projek 1MDB. seperti kita semua maklum, 1MDB didesak hebat kebelakangan ini. adakah kita lupa projek mega zaman Tun M seperti Putrajaya dan Jambatan Pulau Pinang juga pernah di kritik hebat dan menjadi bahan fitnah Parti PAs suatu ketika dulu.

Antara ayat yang digunakan PAS pada masa itu, "putrajaya akan menjadi Rumah Mewah Mahathir dan PAS bercita-cita untuk melelong putrajaya jika mereka memerintah..". Tapi di masa sekarang kita dapat lihat dimana putrajaya antara mercu tanda yang di banggakan pada hari ini.

Manakala Jambatan Pulau Pinang yang dulunya di anggap akan menjadi projek gajah putih yang tidak mendatangkan untung menjadi antara jambatan terpenting dalam negara yang menghubungkan Pulau Mutiara itu bahkan pembinaan Jambatan kedua bagi menampung kesesakkan trafik…

Nampak tak macam mana The Edge - Malaysia Insider putar belit cerita?

Image
Mereka tidak akan jujur pada sesiapa kecuali jika kaitan wang.

Tajuk utama Malaysian Insider mengenai Rafizi yang dituduh sengaja menghina ahli UMNO.

Dalam artikel itu tidak menyebut pertuduhan sebenar adalah di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan Malaysia:
"Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan."

Sesiapa dengan sengaja menghina dan membuat sebarang provokasi kepada seseorang, yang berhasrat atau dengan mengetahui bahawa ada kemungkinan provokasi itu akan menyebabkan gangguan ketenteraman awam, atau lakukan apa-apa kesalahan lain, boleh dihukum dengan dipenjarakan selama beberapa tempoh
berlarutan hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya

Rafizi TIDAK didakwa menghina ahli-ahli UMNO tetapi untuk provokasi untuk memecahkan keamanan - terutama keamanan agama

Malaysia tak akan meterai TPP di Hawaii...Puak PR Lebih Sudu Daripada KUAH

Image
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di mesyuarat menteri-menteri di Hawaii bermula 28-31 Julai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.  

Mustapa, yang mengetuai pasukan perunding Malaysia terdiri daripada lebih 20 kementerian dan agensi, berkata: "Permeteraian TPP tidak akan berlaku di Hawaii."

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, seperti Malaysia, setiap anggota TPP perlu melalui proses domestiknya sendiri sebelum keputusan akhir untuk memeterai dan mengesahkan perjanjian dibuat.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi rundingan TPP, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan perlembagaan, kedaulatan dan dasar teras negara kita, termasuk kepentingan masyarakat Bumiputera, dilindungi dan dipertahankan.

"Objektif kami pada mesyuarat ini adalah untuk memastikan kepentingan dan kebimbangan Malaysia ditangani," katanya.  

Beliau berkata selepas lima tahun…

Hasnul Rahmat Jawab Isu Pegang Anjing...Cakap lah Awal Awal Lagi

Image
Pelakon terkenal, Hasnul Rahmat dengan tegas menjawab isu berhubung beliau memegang anjing hidup yang digembar-gemburkan oleh warga netizen.
Ternyata tindakan itu jelas mendapat reaksi negatif daripada semua pihak.

Namun, hakikat sebenarnya gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram itu sebenarnya merupakan patung anjing.

"Kalau anjing hidup dah lama saya lari lintang pukang, saya memang fobia dengan anjing, ia adalah patung, jadi saya beranilah untuk bergambar dan memegang kepala patung anjing itu.

"Apa-apa pun, saya minta maaf kepada semua pihak kerana gambar itu telah mencetuskan rasa kurang senang dan tohmahan negatif terhadap saya, pada masa yang sama, tiada niat untuk mencari publisiti murahan," katanya memetik laporan portal Murai.com.my

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai gambarnya yang memegang patung jesus.

Katanya, dia masih memegang ajaran Islam dan menolak dakwaan kononnya dia mempunyai fahamam free thinker.

"Kelainan bentuk patung itu m…

Bai'ah talak tiga tak langgar syarak - Azman Shapawi Pulak Dohhh

Image
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani menganggap sumpah bai'ah talak tiga yang dilafazkan wakil rakyat parti itu di Kelantan menunjukkan nilai kesetiaan mereka yang tinggi dalam memikul tanggungjawab diberikan.

Selain itu beliau berkata mekanisme yang terkandung dalam lafaz bai'ah yang dibuat wakil rakyat PAS di Kelantan sejak 2004 tidak bercanggah dengan hukum syarak.

"Apa yang berlaku di Kelantan sejak zaman (Allahyarham) tok guru (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) satu perkara yang kita anggap tidak bercanggah dengan syarak.

"Sebab kita sedang memikul amanah yang sangat serius iaitu melibatkan perjuangan Islam itu sendiri maka berlaku bai'ah dan janji setia kita kepada Allah," katanya kepada Antarapos.

Beliau mengulas isu sumpah bai'ah wakil rakyat PAS yang semakin hangat dipolemikkan selepas dikaitkan dengan talak tiga terhadap isteri masing-masing sekiranya meninggalkan parti.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Kel…

Geng PR buat Spekulasi.....Kebakaran Bukit Aman: Hanya Dokumen Tak Penting Terbakar - KPN

Image
PETALING JAYA: Kebakaran di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah berjaya dipadamkan tanpa ada kemalangan jiwa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu berkata kebakaran itu menyebabkan kemusnahan dokumen-dokumen yang tidak penting.

"Saya sahkan kebakaran di Ting 10 Menara 2 @PDRMsia Bkt Aman. Api telah berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa. Punca sdg disiasat.

"Hanya dokumen tidak penting di koridor Ting 10 @PDRMsia yg terbakar. Bhg pej selamat. Ting 10 adalah pej tadbir JSJ. Hentikan khabar angin," katanya menerusi laman Twiiter @KBAB51, Rabu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kebakaran itu berlaku pada kira-kira 5.20 petang.

"Tingkat sembilan adalah bahagian Jabatan Narkotik, manakala tingkat sepuluh adalah Jabatan Siasatan Jenayah," katanya.
Jurucakap bomba dan penyelamat Kuala Lumpur berkata kebakaran itu dipadamkan sepenuhnya pada 7.47 malam Rabu.

S…

Gambar PM dan TPM Yang Baru...Teruskan Perjuangan Untuk Rakyat

Image

Cuepacs Sokong Rombakan Kabinet Mantapkan Pentadbiran Kerajaan

Image
KUALA LUMPUR: Cuepacs mengalu-alukan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa ke arah memantapkan lagi pentadbiran kerajaan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata: "Apa yang dibuat oleh Perdana Menteri, saya ingat ia ke arah kebaikan bukan untuk menyisihkan sesiapa, tetapi hendak memantapkan pentadbiran kerajaan dan Cuepacs daripada dahulu lagi tetap teguh bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri".

Cuepacs telah tegaskan bahawa kami menyokong apa jua perancangan, apa jua dasar, apa jua tindakan yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri," katanya.

Pada pendapat kami, rombakan ini ataupun penyusunan ini perlu dibuat enam atau tujuh bulan dahulu, bukan sekarang dan kalau kerajaan tidak stabil, macam mana keadaan kami penjawat awam ini?, katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Cuepacs di sini, Rabu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Azih berkata Cuepacs yakin barisan …

Tokong Sibuk Apa Hal!!!!!....Hadi Cenderung Kepada Umno - Guan Eng

Image
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Rabu berkata tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada Umno.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Abdul Hadi itu, Lim berkata beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.

"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi".

Pada sidang akhbar di sini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid…

Nor Albaniah Jawab Dikutuk Kerana Imej Seksi

Image
PETALING JAYA: Pelakon Nor Albaniah menganggap hinaan pengikut laman sosial terhadap penampilan seksinya kerana mereka tidak mengenali dia sebagai pelakon zaman 90-an yang sudah sinonim berimej sedemikian.

Pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie, 45, berkata, kebanyakan yang mengutuk tentang imejnya itu merupakan generasi baharu.

"Apa yang saya lihat mereka yang kutuk-kutuk saya ini adalah budak baru yang tidak kenal saya pun, saya bukan sekarang ni baru nak seksi. Mungkin emak mereka yang kenal saya lebih tahu penampilan seksi saya sejak dulu lagi.

"Saya juga bukan perasan untuk jadi muda seperti yang sering mereka katakan sebaliknya saya sudah biasa berpakaian dengan imej sedemikian," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Nor Albaniah akui selesa dengan imej ringkas.

Nor Albaniah berkata demikian ketika diminta mengulas apabila terdapat segelintir pihak yang mengecam penampilan seksinya yang dianggap sudah tidak lagi sesuai untuk umurnya yang ki…

Kabinet baharu diharap mampu selesai masalah dihadapi negara - MB Johor

Image
Barisan kabinet yang baharu dibentuk diharap mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara, sebagaimana keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikannya dalam masa yang munasabah.

Mengulangi sokongan kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jika soal untuk mempunyai kekuatan itu termasuk membuat rombakan kepada barisan kabinet serta menggugurkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mereka menerima ketetapan itu.

"Lebih-lebih lagi kerana kita sedar bahawa ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri," kata Mohamed Khaled, dalam satu kenyataan Selasa malam.Beliau mengulas mengenai rombakan kabinet tengah hari tadi yang diumumkan Najib, yang juga Presiden Umno.

Mohamed Khaled, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor itu berkata, pada 15 Mei lepas, Perdana Menteri telah mendapat sokongan dari Umno Johor untuk menyelesaikan segala isu dan masalah yang dihadapi, khususnya isu 1Malaysia Develop…

Perdana Menteri berhak lakukan rombakan kabinet - Mukhriz Mahathir

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk melakukan rombakan Kabinet dan semua pihak perlu menerima perubahan yang dilakukannya, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa perdana menteri telah pun memikirkan 'semasak-masaknya' tentang apa yang terbaik untuk kerajaan dan politik.

"Perdana menteri mempunyai hak untuk membuat sebarang rombakan (Kabinet) dan beliau telah menggunakan kuasa beliau untuk melakukan rombakan semalam. Kita mesti terima apa-apa sekali pun perubahan," katanya kepada pemberita di Alor Star, Rabu.

Dalam rombakan Kabinet semalam, Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.Beliau melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu, selain mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri.

Selain itu, perdana menteri turut melantik tujuh muka baharu sebagai menteri dalam barisan Kabinetnya d…

Ini pandangan Pemuda UMNO Malaysia mengenai rombakan kabinet...

Image
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk menentukan anggota pentadbiran kerajaan.

Atas prinsip tersebut, kami akur dan menghormati keputusan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak untuk membuat rombakan jemaah menteri semalam. Pemuda UMNO berharap dengan rombakan ini, kerajaan dapat diperkukuhkan lagi untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan membuktikan bahawa amanah yang dipikul tidak sesekali dikompromi dan kepentingan rakyat sentiasa didahulukan.

Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Pemuda UMNO tetap menghormati beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO, begitu juga Datuk Seri Shafie Apdal selaku Naib Presiden UMNO.

Pemuda UMNO berharap rombakan jemaah menteri ini tidak dijadikan pencetus oleh mana-mana pihak kepada perpecahan dalam parti. UMNO memerlukan seluruh kepimpinan dan keahliannya untuk merapatkan barisan bagi menghadapi cabaran pilihan raya umum kelak.

Pemuda UMNO juga berharap bahawa antara i…

Bertindak cepat selesai isu-isu semasa - Tun Abdullah

Image
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan harapan barisan kabinet baharu dapat bertindak cepat dalam menyelesaikan isu-isu semasa.Beliau berkata rakyat menanti perubahan dan kebaikan yang akan dilaksanakan barisan kabinet baharu itu.

"Kalau tunggu-tunggu akan membawa lebih banyak kesusahan. Tindakan cepat itu yang mesti dibuat segera, untuk membawa apa jua kebaikan sebagai kesan daripada rombakan," katanya ketika diminta mengulas harapan beliau terhadap barisan kabinet baharu.

Dalam masa sama, Abdullah berharap barisan kabinet baharu yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, diberi peluang untuk melaksanakan apa yang dirancang.

"Bukan satu perkara yang senang tapi saya harap mereka akan berusaha bersungguh-sungguh supaya apa yang mereka rancang akan membawa kejayaan," katanya kepada media selepas perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam 2015 di Institut Latihan Islam Ma…