MH370: Terlalu Awal Untuk Spekulasikan Penemuan Serpihan

PETALING JAYA: Orang ramai diminta supaya tidak mempunyai sebarang spekulasi mengenai penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion yang terletak di luar pantai timur Afrika.

"Merujuk kepada laporan penemuan sebuah flaperon pesawat di Pulau Reunion, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan perkara itu.

"Buat masa ini, masih terlalu awal bagi syarikat penerbangan untuk membuat spekulasi mengenai penemuan flaperon itu," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.

Terdahulu, serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion pada Rabu menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Serpihan sepanjang dua meter itu, seolah-olah menyerupaikan bahagian sayap, ditemui orang awam semasa membersihkan kawasan pantai.

"Ia dipenuhi cengkerang, jadi seseorang mengatakan ia mungkin berada di dalam air terlalu lama," kata seorang saksi.

Pegawai pengangkutan udara Perancis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat lokasi sebenar serpihan pesawat tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL