Posts

Showing posts from August, 2015

PAS Kesal Peserta Bersih Pijak Gambar Pemimpin - Mohd Amar

Image
BACHOK: PAS melahirkan rasa kesal terhadap tindakan peserta perhimpunan haram Bersih 4 yang didakwa memijak gambar Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana tindakan itu dilihat telah menghina Abdul Hadi.

"Kalau betul benda itu berlaku, bukan edit (disunting) maka memang tak sepatutnya berlaku. Gambar siapa-siapapun, terlebih lagi pemimpin tak sepatutnya kita hina, itu pendirian kitalah.

"Bukan setakat pemimpin PAS, mana-mana pemimpin pun. Kita sendiri pun tak pernah pijak gambar pemimpin (lain) walaupun kita berlawan dengan Umno atau siapa (pemimpin parti) pun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok di sini.

Mohd Amar mengulas tindakan peserta Bersih 4 yang menjadi viral di media sosial selepas didakwa memijak gambar Abdul Hadi dan Perdana Menteri Datuk S…

Gara Gara Mercun Beberapa Orang Ditangkap Polis...Padan Mukanya.

Image
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lagi individu berhubung insiden letupan dipercayai berpunca daripada mercun ketika peserta perhimpunan Bersih 4 sedang bersurai di sekitar Dataran Merdeka, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, tangkapan itu menjadikan jumlah tangkapan sehingga ini seramai lima orang.

"Keempat-empat mereka ditahan dalam dua kejadian berasingan di sekitar Dataran Merdeka.

"Dalam senario pertama seorang lelaki didapati membakar dan membaling mercun ke arah peserta, manakala senario kedua, dua lelaki didapati membakar mercun dan ketika ditahan datang seorang lagi lelaki cuba menghalang polis daripada menahan kedua-dua lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Katanya, tiga daripada empat lelaki yang ditahan awal pagi tadi disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan dan seorang lagi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Tajudin dalam kenyataan media semalam berkata seor…

Najib Ikrar Tidak Akan Biarkan Malaysia Jatuh

Image
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh, malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia. 

Perdana Menteri berkata beliau dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta rakan-rakan yang lain akan meneruskan usaha itu walau apa puncabaran yang mendatang serta dugaan yang melanda.

Ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Ahad malam, Najib melahirkan rasa kesal atas tindakan segelintir pihak yang yang sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit persengketaan sertaapi permusuhan menjelang ulang tahun kemerdekaan negara.

"Sesungguhnya, kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja sama ada dari dalam atau luar (negara), untuk dengan mudahnya datang dan mencuri, merosakkan atau memusnahkan apa yang telah kami bina selama ini.

"Beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kese…

Tujuh Ahli Parlimen PAS Bakal Sertai Parti Baharu

Image
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya tujuh Ahli Parlimen PAS akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang akan mengumumkan pembentukan parti baharu pada sambutan Hari Kebangsaan negara, Isnin.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PAS hanya boleh memecat mereka daripada parti, tidak di peringkat parlimen atau kerusi negeri.

"Pemimpin PAS yang akan menyertai parti baharu ini kekal sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat kerana kami membentuk gabungan baharu Pakatan 2.0 dengan kerjasama DAP dan PKR," katanya.

Tindakan tujuh Ahli Parlimen itu dilihat akan menggugat penguasaan parti Islam itu di Parlimen, sekali gus menyukarkan mereka untuk memastikan agenda hudud menjadi realiti.

Antara Ahli Parlimen yang akan menyertai GHB adalah, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Turut bersama mereka adalah Kamarudin Jaffar (Tumpat), Khalid Samad (Shah A…

RAHSIA KENAPA BERSIH PAKAI WARNA KUNING TERBONGKAR KALI INI. #BERSIH4

Image
Mereka membina kekuatan sikit demi sikit.

Lihatlah gambar-gambar ini jika anda masih tidak percaya dengan statistik dia atas.

Kenapa kuning? Kerana kuning melambangkan simbol kepada kaum mereka.

KETUANAN KAUM KUNING perlu dibangkitkan. Jika ditanya, mereka beri alasan bahawa mereka melawan pemerintah korup.

TUN MAHATHIR DIKUTUK & #BERSIH4 JADI RASIS KECINAAN !

Image
Kehadiran Tun Dr Mahathir di Dataran Merdeka telah dimaki hamun oleh beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang. Di antaranya ialah Dr Afif Bahardin.

Sebelum ini, Tun Mahathir berkata bahawa peserta perhimpunan haram Bersih adalah kaldai dan bodoh. Lihat video di bawah:

Tun Mahathir: Dari Pencanang Kestabilan Kepada Kaki Demontrasi

Image
Di zaman kegilaan reformasi 1998-2001 dulu, Tun Dr Mahathir Mohamad cukup pantang bila ada demonstrasi dan himpunan jalanan yang dianggapnya menyusahkan rakyat terutama penghuni Bandaraya Kuala Lumpur.

Tak sedikit kepala demonstrasi yang taksub pada Anwar Ibrahim, bekas timbalannya, terpaksa bermalam dalam lokap dan ada yang dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dari awal Anwar dipecat hingga berakhirnya kegilaan reformasi, tidak ada satu pun himpunan dan demonstrasi jalanan yang benar-benar dibiarkan berakhir tanpa tangkapan polis.

Malah Anwar sendiri ditahan polis dan sempat merasa tumbukan padu di mata kanan (oleh bekas KPN) juga selepas mengetuai demo jalanan yang berakhir dengan bangunan UMNO di PWTC mengalami kerosakan gara-gara amukan penyokong Anwar.

22 tahun memerintah negara ini, pendirian Tun Mahathir amat jelas. Tiada ruang untuk demonstrasi jalanan. Siapa berdegil pasti terima padahnya.

Tapi itu cerita dulu-dulu. Sekarang bagaimana?

Nampak gayan…

Sampai Hati Tun Mahathir Jual Agama, Bangsa kepada DAP

Image
Assalamualaikum Tun Mahathir,

1. Saya terbaca satu pandangan seorang penulis di Facebooknya (Ab Jalil Backer) yang menyatakan, “Kehadiran Tun Mahathir Mohamad di Himpunan Bersih 4 semalam menunjukkan bekas Perdana Menteri tersebut akhirnya bersedia “menjual” UMNO, Melayu dan Islam kepada DAP kerana kroni-kroni perniagaannya yang berbangsa Cina.”

2. Sungguh saya bersetuju dengan pandangan penulis terbabit. Ahli-ahli perniagaan Cina yang mahu menjatuhkan Mohd Najib dengan menyokong DAP tahu bahawa kehadiran puluhan ribu orang tidak mungkin menggoyahkan kerajaan kerana ia sudah menjadi agenda kaum Cina DAP semata-mata. Beberapa hari lagi kumpulan Bersih akan dikecam sebagai kumpulan cauvinis Cina yang cuba mengganggu sambutan hari kebangsaan dan hari Malaysia.

3. Jalan terbaik membersihkan Bersih 4 dari menjadi agenda Cina semata-mata ialah dengan menurunkan pemimpin-pemimpin Melayu besar yang didokongi oleh mereka. Mereka tidak boleh meminta Timbalan Presiden UMNO turun kerana ia akan …

Hishammuddin kecewa dengan tindakan Mahathir

Image
YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia

Sepanggar, 30 Ogos 2015

1. ​Saya kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, tokoh yang amat saya hormati, kerana telah turun ke pentas pembangkang semalam.

2. ​Bagi saya, beliau telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang beliau ketengahkan kepada pejuang UMNO dan rakyat kesuluruhan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Nilai-nilai inilah yang kita dan institusi kita pertahankan selama ini.

3. ​Ketika demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998, iaitu ketika zaman pentadbiran beliau, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan.

4. ​Kita semua tahu bahawa Bersih merupakan perhimpunan yang salah di sisi undang-undang. Malah, lebih teruk, Bersih kali ini telah menggugat keharmonian negara kerana diadakan di saat negara bersiap sedia menyambut keme…

KESAH MELAYU BANGSAT..... MOHON SEBARKAN

Image
MEMAHAMI APA MAKSUD "MELAYU BANGSAT"

CONTOH SI TUA DALAM GAMBAR INI LAA YANG DIPERKATAKAN MELAYU BANGSAT.
JIKA DAP MEMERINTAH PASTI DAN MESTI AKAN TERJADI YANG MELAYU AKAN JADI HAMBA DIBUMI SENDIRI.

ADA MELAYU YANG TIDAK PERLU DIPAKSA JADI HAMBA.
TAPI SECARA SUKARELA MENJADI HAMBA PADA DAP YANG INGIN MENGHAPUSKAN BANGSA MELAYU.

AGENDA UTAMA DAP HAPUS UMNO AKAN TERHAPUS " KUASA " BANGSA MELAYU.

Demonstrasi Jalanan & Sindrom Mahathir Mudah Lupa

Image
Empat belas tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Presiden UMNO dalam ucapan pengulungannya ketika di Perhimpunan Agong UMNO 2001 telah membacakan sajak bertajuk ‘Melayu Mudah Lupa’.

Semasa membaca sajak tersebut, Tun Mahathir mengalirkan air mata sebak mengenang bangsanya yang dikatakannya mudah lupa sejarah lama.

Tak sedikit orang Melayu khususnya ahli dan penyokong UMNO turut sama berkongsi rasa sebak, baik yang berada di PWTC tika itu mahupun mereka yang mengikuti siaran langsung dari rumah.

Itu kisah 14 tahun dulu, ‘Melayu Mudah Lupa’.. sajak ingatan dari Tun Mahathir meminta bangsa Melayu jangan lupa sejarah lama tertindas dan digelarnya haprak di atas tanah air sendiri.

Semalam, lewat petang tanggal 29 Ogos 2015 sebaik menjejak kaki di himpunan Bersih 4.0 tanda sokongan kepada peserta dan penganjur demonstrasi jalanan itu, Tun Mahathir membuktikan memang benar ada Melayu yang mudah lupa. Siapa?

Tidak lain dan tidak bukan, Tun Mahathir sendiri.

Tun Mahathir sudah …

Wan Azizah Kena Hentam Dalam Media Online...Cakap Nak Perbodohkan Orang Saja

Image
SELALU PESERTA BERSIH KATA ANGGOTA Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) YANG MULA MENGGUNAKAN KEKERASAN.

TAPI ADA ANGGOTA POLIS BERITAHU MEREKA YANG SELALU DI MAKI HAMUN DILUDAH OLEH PESERTA BERSIH

PATUT LAAA KENA BALUN.

MOHON PADA PDRM KALAU ADA PESERTA BERSIH YANG PERANGAI MACAM SETAN TOLONG JANGAN DI BALUN
KALAU BOLE BAGI JER KAKI KAT KEPALA DIA

LUAHAN YANG TIDAK DISIARKAN OLEH MEDIA DAN AKBAR PR

Image
BOLEH TAK SESIAPA YANG ADA PENGALAMAN JOIN DENGAN BERSIH BERKONGSI CERITA SEPERTI SAUDARA DARI UNIT AMAL INI ???

BENARKAN YANG DAPAT UNTUNG DALAM SIRI BERSIH ADALAH DAP??

YANG JADI MACAI ADALAH MELAYU ?

MOHON SEBARKAN TUNTUTAN BERSIH 4 KEBEBASAN LELAKI MEMAKAI BRA TIDAK DISIARKAN OLEH MEDIA DAN AKHBAR

Image
KERAJAAN BN WAJIB MEMBENARKAN LELAKI MEMAKAI BRA SECARA TERBUKA DI TEMPAT AWAM, TEPI PANTAI YANG INDAH KU DUDUK SEORANG DIRI, JALAN TEPI KEDAI HAJI SEMAN , KELUAR BELI NASI LEMAK MAKCIK Zack Eizan, PERGI KENDURI KAWEN DAN JUGA PERGI KE PASAR SERTA BEBAS MASUK KE PEJABAT KERAJAAN.

AKU PASTI, JIKA HARI INI Anwar Ibrahim DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI PASTI ESOK PAGI SEBELUM SUBUH DIA AKAN LULUSKAN KEBEBASAN INI.

Mat Sabu Tidur Dalam Khemah...Hu hu hu...Kuat Wayangnya

Image
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengakui ketiadaan penyokong dan pimpinan parti Islam itu memberi kesan kepada jumlah kehadiran peserta perhimpunan Bersih 4.0.

Bagaimanapun kata Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) itu ia tidak mematahkan semangat orang ramai daripada terus membanjiri Dataran Merdeka.

"Sedikit kesan, tak ada kesan banyak.

"Unit Arif menjalankan tugas dengan baik, menggantikan Unit Amal (PAS)," katanya kepada mStar Online dan The Star pada Sabtu malam.

Amal Relief Malaysia (Arif) merupakan unit keselamatan di bawah GHB yang berperanan seperti Jabatan Amal PAS.

Minggu lalu PAS mengeluarkan kenyataan bahawa ahlinya tidak akan dikerahkan menyertai Bersih 4.0.

Pada Jumaat, Jabatan Amal PAS turut mengeluarkan larangan kepada ahlinya daripada bertugas sepanjang perhimpunan selama 34 jam itu.

Rakaman ini menjadi viral Beliau berseorangan dan diketawakan bila bercakap?

Image
Rakaman video seorang wanita yang dipercayai berusia sekitar 40 dan 50 an, yang bersifat agak patriotik diketawakan beberapa peserta himpunan Bersih 4.0 dalam Transit Aliran Ringan (LRT) menjadi viral di laman sosial.

Rakaman klip video itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Mahes Billa yang turut mengecam wanita terbabit dalam tulisannya dengan berkata: “Seorang lagi bodoh, tak tahu apa itu Bersih 4.0.”

Dalam video berdurasi selama dua minit 50 saat itu, wanita terbabit bersoal jawab apabila dikecam peserta Bersih yang mengelilinginya beramai-ramai.

Menerusi rakaman video berkenaan, wanita itu berkata, dia sayangkan hak kebebasan bersuaranya tetapi peserta himpunan Bersih mencemuhnya dan mengetawakannya sambil berkata: “Saya rasa mak awak tak mengajar awak secukupnya.”

Bagaimanapun, wanita itu masih menjawab secara baik dengan berkata: “Awak tahu apa? Majoriti rakyat Malaysia mahu menyambut Hari Kemerdekaan secara aman.”

Peserta Bersih kemudian menyoalnya: “Adakah anda bercakap …

Alahaiii....Mahathir Sudah Tidak Peduli Lagi..Dulu Cakap Lain Sekarang Dah Lain

Image
1. Saya kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, tokoh yang amat saya hormati, kerana telah turun ke pentas pembangkang semalam.

2. Bagi saya, beliau telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang beliau ketengahkan kepada pejuang UMNO dan rakyat kesuluruhan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Nilai-nilai inilah yang kita dan institusi kita pertahankan selama ini.

3. Ketika demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998, iaitu ketika zaman pentadbiran beliau, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan.

4. Kita semua tahu bahawa Bersih merupakan perhimpunan yang salah di sisi undang-undang. Malah, lebih teruk, Bersih kali ini telah menggugat keharmonian negara kerana diadakan di saat negara bersiap sedia menyambut kemerdekaan.

5. Selama ini, kita tidak pernah menyekat Tun Mahathir untuk menyuarakan pandangan…

BERSIH 4.0 Dikejutkan Dengan Kehadiran Tun Mahathir...Cakap Tak Serupa Bikin

Image
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Perhimpunan BERSIH 4.0 dikejutkan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lewat petang ini.

Beliau yang hadir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali di sekitar Dataran Merdeka disambut para peserta perhimpunan tersebut.

"Teruskan, teruskan," katanya kepada orang ramai yang berkumpul dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau.

Dr Mahathir kemudiannya terpaksa beredar setelah keadaan dilihat semakin tidak terkawal

Keadaan tolak menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.

Tindakan Tun Mahathir menyatakan sokongan terhadap BERSIH 4.0 dilihat bercanggah dengan pendiriannya ketika memegang jawatan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Tun Mahathir pernah mengecam demonstrasi jalanan ketika era Reformasi 1998 dengan mengarahkan penangkapan secara agresif termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Arahan Henti Tiup Vuvuzela Tidak Diendah, Penganjur Bersih 4 'Pening'

Image
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 4.0 dicacatkan dengan tiupan vuvuzela yang menghasilkan bunyi bising hingga menjejaskan aktiviti yang disediakan penganjur.

Sejak kumpulan ‘orang kuning’ mula memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka seawal pukul 1 tengah hari Sabtu, tiupan vuvuzela kedengaran mencuri tumpuan peserta yang hadir.

Lebih menjejaskan apabila bunyi bising berkenaan menghalang orang ramai mendengar ucapan pimpinan Bersih 4.0 dan pemimpin pembangkang.

Sesekali penganjur terpaksa membuat pengumuman meminta supaya vuvuzela tidak ditiup kerana mengganggu perjalanan perhimpunan.

Bagaimanapun nasihat dan permintaan penganjur tidak diendahkan peserta.

Tinjauan mStar Online mendapati vuvuzela dijual dengan harga RM5 oleh peniaga jalanan di beberapa lokasi.

Tiupan berkenaan berlarutan sehingga awal pagi Ahad.

Bunyi bising berkenaan turut tidak disenangi oleh peserta Bersih 4.0 apabila mereka mula mengambil inisiatif menaikkan poster meminta supaya vuvuzela tidak ditiup pada hari ked…

12 Penyokong BERSIH 4.0 Ditahan di Melaka

Image
MELAKA 30 Ogos - Polis Melaka menahan 12 orang kerana didapati memakai kemeja-T kuning bercetak perkataan Bersih 4 yang dilarang mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No 22) 2015.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata sembilan orang ditahan ketika menyertai perhimpunan Bersih 4 yang dihadiri kira-kira 100 orang di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini pada jam 10.30 malam tadi.

Beliau berkata tiga orang pula ditahan dalam sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di negeri ini pada petang semalam.

"Semua yang ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan dilepaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Chuah berkata pihak polis akan meneruskan pemantauan terutamanya di kawasan tumpuan hari ini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman orang ramai tidak terganggu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan arahan bertarikh 27 Ogos…

Bersih 4.0: Tun M Didakwa Akan Hadir Di Pasar Seni...Sudah Lebih Ni

Image
KUALA LUMPUR: Selepas kemunculannya berjaya mengejutkan banyak pihak, nama Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi 'dijual' bagi menghangatkan lagi pehimpunan Bersih 4.0 yang masuk hari kedua pada Ahad.

Sejak awal pagi Ahad, terdapat maklumat yang disebarkan di kalangan wakil media dan orang ramai bahawa bekas perdana menteri itu akan hadir di Pasar Seni di sini kira-kira pukul 5 petang.

Turut dikatakan akan bersama Dr Mahathir ialah bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Pasar Seni yang terletak kira-kira 2.2 kilometer dari Dataran Merdeka merupakan salah satu lokasi berkumpul peserta Bersih 4.0.

Cubaan mStar Online untuk mendapatkan pengesahan daripada pegawai peribadi Dr Mahathir mengenai maklumat berkenaan bagaimanapun tidak berjaya.

Kira-kira pukul 7.25 malam Sabtu, Dr Mahathir membuat 'kemunculan istimewa' di perkarangan Dataran Merdeka bagi meninjau situasi perhimpunan gergasi serba kuning tersebut.

Beliau yang hadir ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd …

Ini Budaya BODOH BERSIH.....'Gelandangan' Kuning Warnai Ibu Negara

Image
KUALA LUMPUR: Satu pemandangan luar biasa pertama kali dapat dilihat di ibu negara apabila ribuan rakyat tidur bergelimpangan sama ada di kaki lima mahupun di tengah-tengah jalan raya.

Tinjauan mStar Online di setiap sudut sama ada di hadapan bangunan Panggung Bandaraya, perkarangan Dataran Merdeka, Jalan Raja, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati ia dipenuhi dengan peserta Bersih 4.0.

Semuanya ternyata sudah bersiap sedia untuk memastikan matlamat untuk berhimpun selama 34 jam menjadi kenyataan apabila mereka hadir membawa ‘sleeping bag’, khemah mahupun tikar sebagai alas untuk tidur.

Terdahulu sekitar pukul 12.45 tengah malam Sabtu, sekumpulan aktivis Bersih 4.0 turut mengedarkan makanan lewat malam secara percuma kepada peserta.

Bagi Jack S, 28, dari Sarawak, dia begitu teruja menyaksikan perhimpunan berkenaan berlangsung dalam keadaan aman.

Dia yang pertama kali menyertai demonstrasi jalanan seperti ini berkata, tidur di jalanan secara beramai-ramai memberi peng…

Hanya GHB Saja Yang Menjadi BARUA DAP...

Image
Nak tunjuk lah kononnya...solat.Apa salahnya kalau bersolat tempat yang disediakan....betul solat boleh dimana mana saja....

Ini WAyang Saja....Mat Sabu tidak kisah tidur dalam khemah

Image
KUALA LUMPUR - Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang antara pemimpin yang turut tidur bersama peserta Bersih di pekarangan Dataran Merdeka.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyifatkan tidur dalam khemah adalah biasa bagi dirinya.

"Saya tidak kisah. Tidur dalam khemah ini sudah biasa. Tidur di tempat enam bintang boleh, tempat tiada bintang pun boleh.

"Rakyat boleh tidur di jalanan. Pemimpin juga seharusnya boleh berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, beliau akan terus bersama peserta Bersih 4.0 sehingga himpunan tersebut tamat.

"Setakat ini, himpunan terkawal dan peserta juga berhimpun dan mengikut arahan yang diberikan.

"Saya bersemangat untuk meneruskan himpunan seterusnya mencapai matlamat himpunan Bersih ini,"katanya.

Apa Hal Plak Ni.....Pemimpin PKR iringi Tun Mahathir lawat peserta Bersih 4.0

Image
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed membuat kejutan apabila muncul di Dataran Merdeka sebentar tadi untuk memperlihatkan sokongan beliau terhadap tunjuk perasaan anti kerajaan Bersih 4.0.

Dalam lawatan selama lebih kurang 20 minit itu, beliau dilihat bersalaman dengan peserta himpunan yang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib.

Tun Mahathir bagaimanapun tidak berucap, sebaliknya hanya kedengaran beliau memberitahu hadirin 'teruskan, teruskan'.

Turut kelihatan hadir bersama ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Lawatan tidak berjadual itu adalah kali pertama Mahathir mempamerkan sokongan untuk tunjuk perasaan anti-kerajaan.

Sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Mahathir kerap merestui tindakan polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan tunjuk perasaan terhadap pemerintahan beliau.

Malah ada pemimpin pembangkang di hadapkan di mahkamah kerana menyertai demonstrasi sebegitu.

Namun, pagi tadi beliau yang bersara sebagai Perda…

Bahaya apabila DAP politikkan semua perkara...

Image
Dari awal-awal lagi Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah dapat menjangkakan pemilihan tema sambutan Hari Kemerdekaan yang berbeza dengan peringkat Pusat boleh mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak.
Mereka sudah melakukannya sejak 2010 dan setiap kali itu jugalah, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik hebat.

Tahun ini mereka bukan sahaja tidak belajar daripada pengalaman, malah bertindak lebih jauh sehingga boleh disifatkan ke tahap melampau.

Pemilihan `Bersih’ sebagai tema awal Hari Kemerdekaan ketika perhimpunan haram dengan nama sama dirancang diadakan besar-besaran di ibu negara memperlihatkan rendahnya nilai patriotik dan cintakan negara yang dipegang Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Meskipun cuba ditenangkan dengan menggantikannya kepada Bersih, Cekap, Amanah, tindakan itu tidak dapat menyembunyikan sikap dan pendirian sebenar Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu berkenaan.

Sehinggalah ‘diugut’ beberapa pihak untuk tidak menyertai upa­cara perbarisan sempena Hari Kemerdekaan itu, barulah…

Polis Singapura beri amaran terhadap perhimpunan haram sokong Bersih

Image
Polis Singapura Sabtu memberi amaran agar orang ramai tidak menganjurkan atau menyertai mana-mana perhimpunan haram di republik ini bagi menyokong perhimpunan Bersih 4 di Malaysia.
Dalam satu kenyataan, pasukan itu berkata mereka telah dimaklumkan mengenai seruan menggalakkan rakyat Malaysia di luar negara untuk menganjurkan dan menyertai acara seperti itu di Singapura berhubung demonstrasi jalanan di Malaysia.

"Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa menganjur atau menyertai perhimpunan awam tanpa permit polis di Singapura adalah haram dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam.

"Warga asing yang bekerja atau tinggal di sini perlu mematuhi undang-undang kami. Mereka tidak sepatutnya membawa isu-isu dari negara mereka ke Singapura yang boleh mengganggu ketenteraman awam," kata kenyataan itu.

Polis berkata mereka yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas dan ini mungkin termasuk menamatkan visa atau pas kerja atau mana-mana yang be…

Bersih 4.0...indah khabar dari rupa

Image
Hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.
Mungkin itu gambaran sesuai diberikan kepada perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara Sabtu.Jumlah kehadiran bukan saja jauh dari matlamat yang cuba dihebohkan konon 150,000 orang malah majoriti mereka adalah kaum Cina.

Tinjauan sejak awal pagi Sabtu mendapati kalangan lebih 25,000 orang peserta himpunan mula berkumpul di beberapa lokasi sejak 11 pagi Sabtu sebelum ini bermula jam 2 petang.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengetuai penunjuk perasaan yang berkumpul di Pasar Seni bergerak menuju ke arah Dataran Merdeka disertai Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad dan pemimpin lain.

Mereka kemudiannya berarak dan berpecah menuju ke beberapa tempat seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek, serta di hadapan kompleks Membeli Belah Sogo sambil membawa sepanduk yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sehingga jam 3 petang, sepanduk dan banner yang menghina Najib terus dibawa bangsa y…

Saya nak cadang Ambiga jadi PM..setiap hari boleh demo di Dataran Merdeka - Dr Mahathir

Image
IMBAS KEMBALI.....'Saya nak cadang Ambiga jadi Perdana Perdana Menteri...dengan itu kita boleh ada demonstrasi setiap hari di Dataran Merdeka'.Itu antara komen cukup sinis mengenai himpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April 2012.
Ditanya mengenainya dalam sidang akhbar selepas satu majlis,esoknya pada 29 April bekas Perdana Menteri itu menyindir sakan jumlah yang hadir  himpunan itu 1 juta orang...pecah cermin kereta segala macam.Katanya inilah jenis kerajaan yang kita mahu.

Kalau nak dengar sepenuhnya komen itu boleh layari video agendadaily ini pada link berikut : https://www.youtube.com/watch?v=30p17vREUbQ#t=188

Terbaru...Jam 7.30 petang Sabtu ramai yang geleng kepala bila Dr Mahathir muncul di lokasi himpunan Bersih 4.0 dekat Dataran Merdeka.Katanya beliau datang 'untuk lihat suasana'.

Beliau berada di situ sekitar 10 minit.

Kemunculan beliau situ telah mendapat sambutan hangat kalangan peserta Bersih yang masih berhimpun.

Waktu itu jumlah peserta Bersih tidak serama…

Kurang Penyertaan Peserta Melayu Bikin Penganjur Bersih 4.0 Keresahan

Image
Perhimpunan Bersih 4 bermula dengan kekurangan penyertaan peserta daripada bangsa Melayu, di mana bangsa Cina lebih mendominasi sebahagian besar daripada penyokong yang hadir.

Ramai daripada penyokong Bersih yang berbangsa Cina mengambil bahagian dalam protes tersebut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perhimpunan itu yang mungkin akan lemah tanpa sokongan orang Melayu.

Lee Kok Seng, bersama rakan-rakan yang datang dari Johor Bahru semalam berkata, perhimpunan Bersih akan memberikan impak yang kecil tanpa penglibatan orang Melayu.

“Saya bimbang ini akan membuatkan kumpulan anti Bersih membuat spekulasi yang mengatakan bahawa Bersih didalangi oleh orang Cina.

“Ia mungkin membawa kepada ketegangan di antara kaum jika kenyataan seumpama itu berlaku dan tidak dikawal oleh pihak berkuasa,” katanya kepada The Rakyat Post.

Tan Kok Ann, dari Kuantan, berkata ketidakhadiran orang Melayu dalam perhimpunan kali ini mungkin disebabkan oleh PAS yang menarik diri daripada perhimpunan tersebut…

Bersih 4.0: Berhimpun, Berdemo, Menjerit Pekik, Kemudian Apa?

Image
Sejak 1998 hingga hari ini di tahun 2015, sudah beratus-ratus demonstrasi dan himpunan jalanan berskala kecil, sederhana mahu pun besar diadakan khususnya di Kuala Lumpur.

Dulu dan sekarang, penulis tengok keadaan semasa himpunan dan demo jalanan tetap sama. Statik, macam tiada hala tuju.

Mereka cuma tahu berkumpul kemudian berarak sambil menjulang sepanduk dan terjerit pekik dengan pelbagai slogan – reformasi, turun-turun, bersih, kita lawan, hidup rakyat dan macam-macam lagi.

Penganjurnya juga dari puak yang sama. Sama ada dianjurkan pihak pembangkang dan diketuai pemimpinnya, atau diuruskan NGO yang jadi kroni pembangkang yang akan mengendalikannya atas nama kebebasan dan demokrasi.

Jumlah peserta di setiap demo akan digembar gembur konon jangkaan kehadirannya diramal cecah angka sejuta. Hakikatnya yang hadir cuma 5,000 diumum kehadiran 50,000. Kalau hadir 10,000 dikatakan 100,000 membanjiri himpunan anjuran mereka.

Peserta pula rata-ratanya dari jenis totok pembangkang. Yang mana…

Bersih 4 : Mat Sabu Tersasul, Malukan Diri Sendiri

Image
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB), Mohamad Sabu tersasul ketika berucap di hadapan peserta perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu 'terlupa' beliau bukan lagi tokoh pemimpin yang mewakili parti PAS.
"Saya mewakili rakan-rakan dalam PAS...eh tersasul.. rakan-rakan dalam Harapan Baharu, mengajak semua menaruh harapan untuk mengubah Malaysia," kata Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu.

Himpunan pada Sabtu merupakan himpunan anjuran Bersih yang pertama tanpa kehadiran PAS dan sayap keselamatannya yang dikenali sebagai Unit Amal.

PAS dalam satu kenyataan media semalam bagaimanapun menyatakan pendirian tetap menyokong penganjuran himpunan yang telah diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pihak penganjur Bersih 4 menyatakan perhimpunan tersebut tidak berunsur politik namun beberapa pemimpin politik telah memberi ucapan termasuk presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dat…

SP Setia Anjing Cina DAP #Bersih4 ?

Image
Kenderaan syarikat pembinaan SP Setia didapati digunakan untuk mengangkut barangan-barangan keperluan peserta-peserta demonstrasi BERSIH 4.0. Apakah kenderaan berdaftar dengan plat WA7156D ini disalahguna oleh pekerja SP Setia yang tidak bertanggungjawab atau syarikat SP Setia sendiri merupakan penyokong tegar perhimpunan haram BERSIH 4.0? Sekiranya benar, betullah dakwaan bahawa syarikat pembinaan ini dikatakan penyumbang besar dana Pilihan Raya Umum Ke 13 untuk parti DAP.

INGATKAN HEBAT SANGAT...RUPANYA annonymous mangkok hayun...

Image
Ini barua saja,ada Tok dalang yg berpangkat Besar di kuatiri yg backup mereka.

Lebai DAP Musnahkan PAS...Inilah POlitik

Image
Orang Pas anggap apa yang berlaku pada partinya sekarang ini hanya menguntungkan UMNO. GHB pula kata tindakan mereka menubuhkan parti baharu kerana Pas mahu bersama UMNO. Tidak pasal-pasal UMNO dikaitkan. Sebenarnya apa pun berlaku tidak menguntungkan UMNO, Pas mahukan GHB.

YÀNG me­ngaut keuntungan hasilnya ialah DAP. Perpecahan Pas sudah membuktikan segala usaha DAP untuk melemahkan Pas telah berhasil. DAP sudah bersedia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada GHB yang bakal menjadi sebuah parti baharu.

GHB akan ikut apa sahaja kata DAP kerana DAP adalah ‘minyak’ yang mengge­rakkan GHB. GHB tidak akan boleh bercakap soal perjuangan Islam; kerana segala-galanya akan ditentukan oleh DAP.

GHB tidak akan menguntungkan politik orang Me­layu, malah ini akan menyebabkan kekuatan politik orang Me­layu semakin lemah. Sudahannya yang akan menjadi ‘ayam kenyang’ berikutan ‘lesung sama lesung berlaga’ ialah DAP. Mereka berjaya melemahkan parti yang memperjuangkan Islam dengan begitu m…

Kali Ini....Cina DAP Dominasi BERSIH 4.0...Nak Tunjuk Kuasa ?

Image
Dari Pasar Seni, LRT Masjid Jamek, Dataran Maybank dan Kompleks Sogo, dapat dilihat jelas kebanyakan muka-muka peserta demo jalanan Bersih 4 kali ini lebih 80 peratusnya berwajah Cina yang merupakan penyokong tegar DAP.

Bukan tak ada langsung peserta Melayu dan India, ada memang ada tapi tak berapa ramai, mungkin sekitar 10 hingga 15 peratus sahaja, berbeza dengan penyertaan mereka yang boleh dikira besar juga jumlahnya semasa himpunan Bersih 2 dan 3 dulu.

Kalau dibanding Bersih 4 dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 2013) dulu lagilah banyak perbezaannya. Di HKR dulu anggaran peratusannya terbalik, lebih 80 peratus Melayu, selebihnya pula Cina dan India.

Sejumlah kecil peserta Melayu yang masih teruja dengan geng Bersih 4 kali ini tentu sahajalah dari kalangan penyokong PKR dan kumpulan serpihan PAS yang kenali sebagai GHB.

Untuk menutup aib betapa kecilnya penyertaan orang Melayu, ada beberapa belas orang penyokong GHB dan PKR melakukan solat zohor berjemaah depan khalayak, kono…

Penganjuran Bersih tidak seperti dulu - PAS

Image
KOTA BHARU: PAS mengambil keputusan untuk tidak menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 kerana krisis dalaman pakatan pembangkang serta matlamat penganjurannya yang dilihat tidak sama seperti dahulu.

Ketua Pemudanya, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz berkata, malah sikap penganjur yang menjemput parti itu menyertai perhimpunan haram tersebut pada saat-saat akhir menunjukkan mereka ada agenda tersembunyi.

“PAS tidak sertai demonstrasi (perhimpunan haram Bersih 4.0) sebab krisis dalam pakatan pembangkang dan kita melihat ada dalam kalangan penganjur Bersih ini bersikap pesimis dan negatif terhadap PAS.

“Kedua, kita lihat Bersih tidak seperti dulu. Dulu walaupun PAS bukan diberi peranan utama tetapi kita dipanggil untuk berbincang dari awal tetapi kali ini dipanggil pada saat-saat akhir tambahan pula di belakang itu ada Gerakan Harapan Baru (GHB), jadi kita perlu berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berdialog bersama akar umbi PAS dalam program Wacana Kemerdekaan Kawasan K…

GHB kecewa tidak dibenarkan daftar sebagai Parti Progresif Islam

Image
SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB), yang diketuai bekas pemimpin kanan PAS kecewa dengan keputusan kerajaan menolak permohonan mendaftarkan parti baru dengan nama Parti Progresif Islam (PPI).

Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad, berkata badan itu akan meneruskan usaha untuk mendaftar sebagai parti politik dan huraian lanjut mengenai perkara itu akan diumum Isnin ini.

GHB berkata menghantar permohonan mereka pada Khamis lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak permohonan GHB menggunakan Islam dalam nama parti baru mereka.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan.

Beliau berkata kerajaan tidak mahu mengulangi kesilapan lampau apabila membenarkan PAS menggunakan nama Islam.

Kelonggaran yang diberikan kepada PAS itu akhirnya memecahbelahkan rakyat beragama Islam.

Dzulkefly berkata GH…

Tahniah Rakyat Sarawak!!!! Warga Kuching tidak peduli Bersih 4.0

Image
KUCHING: Perhimpunan Bersih 4.0 di Padang Song Kheng Hai yang sepatutnya dimulakan pukul 2 petang ditunda ke pukul 3 petang apabila kurang mendapat sambutan.


Menurut sumber, pihak penganjur terpaksa menunda perhimpunan tersebut kerana kehadiran peserta tidak mencapai jumlah yang diharapkan.


Tinjauan Utusan Malaysia sehingga pukul 2 petang mendapati hanya beberapa ratus orang yang hadir dan berada di sekitar padang berkenaan.

Akhirnya Kena Tangkap......Anonymous Malaysia ancam kerajaan berjaya ditangkap!!!

Image
Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas berjaya menangkap tiga individu dipercayai terbabit dalam memuat naik klip video dilaman YouTube bertajuk ‘We Will Blast Malaysia’ berjaya ditahan dalam beberapa serbuan di Johor Bahru, Jumaat malam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan penahanan berkenaan berkata, semua mereka berusia 18 hingga 21 tahun diberkas hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selepas mereka mengancam untuk menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan peribadi milik individu terbabit untuk siasatan lanjut.

Semua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

Difahamkan, semua mereka yang dipercayai pelajar memuat naik video berdurasi satu minit 28 saat itu menggunakan nama Anonymous Malaysia den…

SURAT TERBUKA KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA & TENTERA-TENTERA RAMD

Image
JANGAN TUNGGU NASI MENJADI BUBUR

Assalamualaikum Tan Sri Jeneral yang dihormati,

Saya tidak pandai menulis surat rasmi tetapi bolehlah saya tulis sikit-sikit. Orang tua saya dulu askar Tanah Melayu yang berjuang pada zaman Jepun. Orang tua saya pernah dipenjara dan diseksa semasa penjajahan Jepun di sebuah pulau berdekatan Kelantan/Terengganu. Bersama-sama orang tua saya beberapa lagi tahanan, kalau tidak silap saya juga Jeneral Ibrahim Ismail.

Mereka hampir mati kerana mempertahankan tanah air ini, Tanah Melayu. Hari ini, orang-orang Cina senang-senang mahu rampas negara ini melalui demontrasi atas jalan. Mereka tidak pernah berputus asa walaupun Pilihanraya sudah berlalu. Mereka tidak pernah rasa susah hidup semasa penjajahan dan semasa membebaskan Tanah Melayu ini.

Tan Sri Jeneral, ketika orang-orang Melayu sedang solat di Kalabakan, Komunis-Komunis menembak mereka. Ketika anak-anak dan isteri-isteri polis Melayu sedang tidur, Komunis-Komunis telah mengebom dan membunuh mereka di …

BENDERA MALAYSIA DIPIJAK DAN TAK DIPEDULI #BERSIH4 ?

Image
Inilah dikatakan tak menghormati Bendera Sendiri....Bendera Malaysia lambang kemegahan kita semua tetapi peserta BERSIH....buat endah tak endah saja.

Tok Pa: Bersih 'kurang ajar'...Itulah dikatakan Bangangnya

Image
PASIR MAS: Badan Perhubungan Umno Kelantan mengutuk perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara hari ini dan esok kerana ia boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan keamanan negara, kata pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau menyifatkan penganjur perhimpunan haram itu "kurang ajar" kerana memilih tarikh dan lokasi yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.

"Dia pilih tarikh dan lokasi kita nak sambut ambang kemerdekaan, walaupun mereka ditawarkan tempat lain namun mereka teruskan rancangan mereka itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Mas di Pasir Mas hari ini.

Polis Diraja Malaysia pada Selasa lalu mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4 sebagai perhimpunan haram kerana gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Bagaimanapun, penganjur perhimpunan haram itu masih ingin meneruskan program itu yang bukan sahaja menyalahi arahan pihak berkuasa malah akan menggang…