BERSIH 4.0 Dikejutkan Dengan Kehadiran Tun Mahathir...Cakap Tak Serupa Bikin

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Perhimpunan BERSIH 4.0 dikejutkan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lewat petang ini.

Beliau yang hadir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali di sekitar Dataran Merdeka disambut para peserta perhimpunan tersebut.

"Teruskan, teruskan," katanya kepada orang ramai yang berkumpul dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau.

Dr Mahathir kemudiannya terpaksa beredar setelah keadaan dilihat semakin tidak terkawal

Keadaan tolak menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.

Tindakan Tun Mahathir menyatakan sokongan terhadap BERSIH 4.0 dilihat bercanggah dengan pendiriannya ketika memegang jawatan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Tun Mahathir pernah mengecam demonstrasi jalanan ketika era Reformasi 1998 dengan mengarahkan penangkapan secara agresif termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL