GHB kecewa tidak dibenarkan daftar sebagai Parti Progresif Islam
SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB), yang diketuai bekas pemimpin kanan PAS kecewa dengan keputusan kerajaan menolak permohonan mendaftarkan parti baru dengan nama Parti Progresif Islam (PPI).
Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad, berkata badan itu akan meneruskan usaha untuk mendaftar sebagai parti politik dan huraian lanjut mengenai perkara itu akan diumum Isnin ini.
GHB berkata menghantar permohonan mereka pada Khamis lalu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak permohonan GHB menggunakan Islam dalam nama parti baru mereka.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan.
Beliau berkata kerajaan tidak mahu mengulangi kesilapan lampau apabila membenarkan PAS menggunakan nama Islam.
Kelonggaran yang diberikan kepada PAS itu akhirnya memecahbelahkan rakyat beragama Islam.
Dzulkefly berkata GHB mengemukakan Islam dalam nama parti itu supaya “kami tidak didakwa takut menggunakan nama Islam”.
“Bahkan lebih penting dari itu Islam yang kami perjuangkan tidak lagi menjadi satu fobia di sisi masyarakat bukan Islam,” katanya.
Dzulkefly juga menegaskan, walau apa pun yang pentingnya dasar mereka tetap Islam yang syumul dan inklusif serta dicorak oleh pemikiran maqasid syariah (tujuan-tujuan syariah), khasnya dalam hal-ehwal kenegaraan.
Beliau juga berkata sidang media yang dirancang pada 31 Ogos ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur diteruskan seperti biasa.
GHB berharap melancarkan secara rasmi parti barunya pada 16hb September.

Comments