Penganjuran Bersih tidak seperti dulu - PAS

KOTA BHARU: PAS mengambil keputusan untuk tidak menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 kerana krisis dalaman pakatan pembangkang serta matlamat penganjurannya yang dilihat tidak sama seperti dahulu.

Ketua Pemudanya, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz berkata, malah sikap penganjur yang menjemput parti itu menyertai perhimpunan haram tersebut pada saat-saat akhir menunjukkan mereka ada agenda tersembunyi.

“PAS tidak sertai demonstrasi (perhimpunan haram Bersih 4.0) sebab krisis dalam pakatan pembangkang dan kita melihat ada dalam kalangan penganjur Bersih ini bersikap pesimis dan negatif terhadap PAS.

“Kedua, kita lihat Bersih tidak seperti dulu. Dulu walaupun PAS bukan diberi peranan utama tetapi kita dipanggil untuk berbincang dari awal tetapi kali ini dipanggil pada saat-saat akhir tambahan pula di belakang itu ada Gerakan Harapan Baru (GHB), jadi kita perlu berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berdialog bersama akar umbi PAS dalam program Wacana Kemerdekaan Kawasan Ketereh di pejabat Pas kawasan tersebut di sini semalam.

Hari ini akhbar melaporkan Ke­men­terian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan anarki yang mahu mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 bermula esok sehingga Ahad ini.

Nik Mohd. Abduh bagaimanapun berkata, pihaknya tidak meng­halang mana-mana ahlinya untuk menyertai perhimpunan haram tersebut esok kerana mereka bersetuju dengan asas penubuhan Bersih sebelum ini.

“PAS setuju demonstrasi, malah kita sudah buat banyak demonstrasi secara aman di negara ini untuk menuntut keadilan demi rakyat.

“Namun kali ini kita tidak menyertainya, kita mengelak daripada berlakunya provokasi ketika perhimpunan ini berlangsung.

“Di sebelah kita ada unit Amal, manakala di sebelah sana ada Arif (pecahan unit Amal yang menyertai GHB), kita bimbang berlaku pertembungan dan provokasi di antara kedua-dua pihak ketika demonstrasi tersebut,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL