KESAN JIKA NAJIB LETAK JAWATAN SEKARANG

Ramai yang tidak sedar lebih banyak kesan buruk jika najib berundur daripada kabinet sekarang.

1) Antara kesannya ialah projek yang akan mendatangkan hasil lumayan di masa hadapan akan terbengkalai seperti projek 1MDB. seperti kita semua maklum, 1MDB didesak hebat kebelakangan ini. adakah kita lupa projek mega zaman Tun M seperti Putrajaya dan Jambatan Pulau Pinang juga pernah di kritik hebat dan menjadi bahan fitnah Parti PAs suatu ketika dulu.

Antara ayat yang digunakan PAS pada masa itu, "putrajaya akan menjadi Rumah Mewah Mahathir dan PAS bercita-cita untuk melelong putrajaya jika mereka memerintah..". Tapi di masa sekarang kita dapat lihat dimana putrajaya antara mercu tanda yang di banggakan pada hari ini.

Manakala Jambatan Pulau Pinang yang dulunya di anggap akan menjadi projek gajah putih yang tidak mendatangkan untung menjadi antara jambatan terpenting dalam negara yang menghubungkan Pulau Mutiara itu bahkan pembinaan Jambatan kedua bagi menampung kesesakkan trafik yang menghubungkan pulau dan tanah besar.

2) Kesan lain yang mungkin akan terjadi dan persoalannya adakah pengganti Najib akan meneruskan Projek-projek mega kerajaan??seperti yang kita dapat lihat pengganti Tun M, Tun Abdullah tidak meneruskan projek Tun M seperti jambatan bengkok kerajaan terpaksa membayar pampasan RM237 juta apabila menamatkan cadangan pembinaan jambatan tersebut bagi menggantikan Tambak Johor. Inilah kesan yang tidak akan di jangka apabila pemimpin bertukar dan masih ada projek mega yang tidak dapat disiapkan sebelum mereka berundur.

Ini kerana setiap Perdana Menteri mempunya misi dan visinya yang tersendiri yang pastinya berbeza daripada Mantan sebelumnya. Antara sebabnya perubahan masa dan perubahan teknologi menyebabkan pengganti Mantan Perdana Menteri melihat bahawa projek tersebut tidak relevan di Zaman nya.

3) Kesan-kesan seperti ini akan melihat kelemahan sesebuah negara. Biarlah Datuk Seri Najib meneruskan agenda pembanggunan Malaysia mengikut acuan beliau. Tekanan yang diterima oleh beliau hanya akan memburukan lagi situasi dan imej negara. Anasir-anasir luar akan mengintai peluang seperti ini untuk memporak-perandakan negara seperti apa yang terjadi di timur tengah.

Musuh mengharapkan "kebangkitan rakyat" untuk mengambil peluang "menstabilkan" politik sesebuah negara yang akhirnya mereka mengambil peluang itu untuk menakluk ekonomi negara tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL