Polis Soal Siasat Ambiga Berhubung Ugutan Anjur Demonstrasi Jalanan

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan diarah tampil untuk disoal siasat selepas Ketua Polis Negara memberi amaran kerana tindakannya mengugut untuk mengadakan demonstrasi jalanan.

Ambiga yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) memberitahu The Star, pegawai polis menghubunginya pada Khamis dan mengarahkannya datang ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada pukul 3 petang, Jumaat.

Beliau berkata, siasatan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk memaksa atau menahan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

"Saya akan hadir, kita tunggu apa yang berlaku seterusnya," katanya.

Sebelum ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran berhubung tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara susulan rombakan Kabinet seperti dinyatakan Ambiga menerusi media untuk mendesak supaya diwujudkan kerajaan sementara.

Ketua Polis Negara meminta Ambiga menafikan beliau mengeluarkan kenyataan itu atau berhadapan risiko ditahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana