Hadi Awang : Beri Peluang Kepada Kabinet Baru Najib...Berbulu jer DAP dan PKR Mendengarnya

KUALA NERUS 31 Julai - Pas ingin memberi ruang terlebih dahulu kepada barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan tanggungjawab, sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut termasuk membuat undi tidak percaya terhadap pemimpin utama negara itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk menghukum Kabinet baharu.

Mengenai pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula,  beliau berkata, ia merupakan masalah dalaman dan terpulang kepada parti itu sendiri.

“Pas mengikuti perubahan ini (rombakan Kabinet).. soal tukar orang (Muhyiddin) itu hal dalaman Umno dan terpulang kepada dia (PM).

“Masih terlalu awal untuk kita hukum (Kabinet baharu).. kita perlu beri ruang kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan betul.. selesaikan masalah 1MDB.. masalah ekonomi negara.. masih banyak masalah yang perlu diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir menyempurnakan Ihtifal Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (MTT) Darul Iman di Tok Jiring, di sini, semalam.

Jelas Abdul Hadi lagi, Pas bukan sebuah parti yang ingin merebut kuasa, sebaliknya ingin melaksanakan amanah rakyat dengan sebaiknya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan beliau lebih cenderung terhadap Umno, Abdul Hadi menafikan dakwaan itu dan menurutnya beliau ingin menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya tetap konsisten dengan pandangan saya (ingin membela rakyat),” katanya.

Turut ditanya sama ada Pas bersedia memberi ruang kepada Muhyiddin untuk sertai parti itu, Abdul Hadi menyerahkan kepada bekas timbalan perdana menteri itu untuk membuat keputusan.

“Terpulang kepada Muhyiddin sendiri sama untuk membuat keputusan ingin bertindak seperti Tengku Razaleigh Hamzah atau Datuk Seri Anwar Ibrahim (keluar Umno) atau ingin kekal dalam Umno... itu terpulang kepada dia sendiri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL