Hadi bidas DAP tak konsisten... dulu hentam Tun Mahathir kini sokong

Presiden PAS Datuk Hadi Awang memulangkan 'paku buah keras' kepada Setiausaha Agung DAp yang mengkritik PAS selepas parti itu mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung isu rombakan Kabinet.
Menurut Ahli parlimen Marang itu, PAS tidak seperti DAP kerana sering konsisten dalam kepercayaan mereka.

"Kami tidak seperti DAP. Mereka sering menghentam Tun Mahathir tetapi sekarang mereka menyokong beliau," katanya.

Jelas Abdul Hadi, beliau enggan mengulas mengenai tindakan rombakan Kabinet kerana mahu melihat prestasi menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik.

"Saya tidak cenderung kepada sesiapa. Saya hanya cenderung kepada orang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Masih terlalu awal untuk menghakimi mereka," katanya.

Guang Eng sebelum ini mendakwa Abdul hadi cenderung kepada UMNO kerana tidak 'menghentam' rombakan Kabinet yang dilakukan Perdana Menteri Selasa lalu.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada ahli parti, terutama golongan pemimpin, supaya mengelak menyertai kegiatan dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB).

Katanya, tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang melanggar arahan parti supaya mengelakkan diri daripada kegiatan GHB, terutama bagi ahli Parlimen dan ADUN PAS.

“Saya secara peribadi sudah memberitahu pemimpin kita supaya tidak terbabit dalam program dikaitkan dengan GHB yang tiada kaitan dengan PAS.

“Sesiapa ahli kita terbabit akan hanya mendatangkan keburukan kepada parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Ihtifal Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, di Kuala Terengganu Khamis.

Hadi berkata, PAS memantau pergerakan pemimpinnya di setiap negeri dan ahli yang melanggar arahan akan dipanggil mengadap jawatankuasa disiplin parti.

“Hukuman dikeluarkan akan bergantung kepada tindakan dan tingkah laku mereka. Kami akan mengeluarkan dulu surat tunjuk sebab terhadap mereka dan jika didapati bersalah boleh digantung keahlian ataupun terus disingkir daripada parti,” tambahnya.

Sementara itu, Abdul Hadi turut membidas DAP kerana tidak menyatakan pendirian mereka mengenai penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassim dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Hadi mengkritik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata PAS tidak seperti DAP kerana sering konsisten dalam kepercayaan mereka.

"Kami tidak seperti DAP. Mereka sering menghentam Tun Mahathir tetapi sekarang mereka menyokong beliau," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa dilihat cenderung menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan Kabinet pada Selasa lalu.

Hadi enggan mengulas mengenai tindakan tersebut dan mahu melihat prestasi menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik.

"Saya tidak cenderung kepada sesiapa. Saya hanya cenderung kepada orang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Masih terlalu awal untuk menghakimi mereka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana