Ramai berdoa semoga ia serpihan MH370...

Ini kebenaran yang pahit untuk dinyatakan... selepas lebih setahun MH370 hilang tanpa diketahui di mana, ikut kajian paling berkemungkinan adalah selatan lautan Hindi.
Tapi laut di situ luas, terasing dan dengan kedalaman 7 hingga 30 kilometer.

Sejak ia hilang macam-macam usaha dibuat untuk cari pesawat itu, namun sehingga kini, ia tidak ditemui, jangan kata kapal terbang, serpihannya pun belum.

Sehinggalah semalam... selepas media antarabangsa melaporkan penemuan serpihan pesawat di sebuah pulau di Lautan Hindi, tiba-tiba ramai pengguna media sosial berdoa... ianya serpihan MH370.

Secara rasmi Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu.

Bercakap di New York, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan boleh dibuat.

"Saya telah menghantar satu pasukan untuk mengesahkan serpihan itu. Kita harap mereka dapat kenal pasti (serpihan itu) secepat mungkin," kata Tiong Lai.

Serpihan berukuran dua meter panjang dipercayai bahagian sayap ditemui sekumpulan individu yang sedang menjalankan operasi pembersihan pantai.

Sumber Associated Press memaklumkan pakar penyiasat percaya kemungkinan serpihan ditemui itu berasal daripada komponen sayap yang hanya boleh ditemui pada model 777 keluaran Boeing.

Pakar penyiasat Boeing juga telah dilaporkan mengenal pasti serpihan tersebut sebagai sebahagian komponen sayap pesawat.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan sebentar tadi menyebut bahawa syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk mengesahkan perkara itu.

"Pada ketika ini, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi dari mana asal (komponen) flaperon tersebut," kata kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL