Bai'ah talak tiga tak langgar syarak - Azman Shapawi Pulak Dohhh

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani menganggap sumpah bai'ah talak tiga yang dilafazkan wakil rakyat parti itu di Kelantan menunjukkan nilai kesetiaan mereka yang tinggi dalam memikul tanggungjawab diberikan.

Selain itu beliau berkata mekanisme yang terkandung dalam lafaz bai'ah yang dibuat wakil rakyat PAS di Kelantan sejak 2004 tidak bercanggah dengan hukum syarak.

"Apa yang berlaku di Kelantan sejak zaman (Allahyarham) tok guru (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) satu perkara yang kita anggap tidak bercanggah dengan syarak.

"Sebab kita sedang memikul amanah yang sangat serius iaitu melibatkan perjuangan Islam itu sendiri maka berlaku bai'ah dan janji setia kita kepada Allah," katanya kepada Antarapos.

Beliau mengulas isu sumpah bai'ah wakil rakyat PAS yang semakin hangat dipolemikkan selepas dikaitkan dengan talak tiga terhadap isteri masing-masing sekiranya meninggalkan parti.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengesahkan adanya sumpah bai'ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat di negeri itu jika meninggalkan parti itu  untuk menyertai parti lain.

Beliau berkata setiap wakil rakyat PAS di negeri itu yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan secara automatik dianggap menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Isu itu timbul berikutan beberapa calon PAS yang bertanding dan menang pada pilihan raya lalu dikatakan akan meninggalkan parti untuk menyertai Harapan Baru.

Jangan main-main dengan sumpah bai'ah yang dilafazkan

Tegas Azman Shapawi, sumpah bai'ah adalah cara menyatakan kesetiaan ahli PAS dan kaedah melafazkannya tidak terikat dengan satu cara kerana ia berbeza dari segi istilah dan kandungan.

"Apa yang berlaku di Kelantan kita anggap tidak menyeleweng daripada kehendak hukum agama.

"Malah kadang-kadang janji kita itu nampak macam sangat dahsyat tetapi itu menggambarkan kesetiaan kita dalam memegang satu amanah yang sangat penting," katanya.

Beliau menambah sumpah bai'ah tidak boleh dipandang ringan kerana ia menunjukkan kesetiaan terhadap perjuangan parti Islam itu.

"Bai'ah yang kita pegang jangan buat main-main, jangan buat sambil lewa dan jangan buat seperti melepaskan bantuk di tangga maka berlakulah perkara yang kita rasa agak berat untuk kita laksanakan dalam kehidupan kita," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL