Anwar guna pentas syarahan Unisel kritik Khalid...Inilah Dikatakan Kurang AJar

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan sebuah program syarahan di Universiti Selangor (Unisel) sebagai pentas untuk terus mengkritik kepimpinan mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, pentadbiran Khalid sebelum ini di negeri itu menjejaskan pelajar Unisel dengan bebanan yuran yang diluar kemampuan.

Anwar berkata walaupun mempunyai simpanan wang negeri yang banyak namun kepincangan pengurusan kepimpinan terdahulu sangat ketara sekaligus ia tidak boleh diterima sehingga beliau menegur Khalid sebelum ini.

"Sebab yang saya menegur kepimpinan MB sebelum ini adalah saya kata dengan wang yang ada saya tidak boleh terima pelajar ditekan menghukum pelajar yang tidak boleh membayar yuran tidak boleh menduduki peperiksaan.

"Kalau wang tidak ada tidak apa...saya baru dapat maklumat beberapa mahasiswa tadi yang lambat bayar yuran akan didenda, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan," katanya semasa menyampaikan ucapan di program Syarahan 'Memerangi Ekstrimis' hari ini.

Dalam masa sama beliau memaklumkan perjumpaannya dengan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di kediamannya semalam memutuskan untuk membenarkan pelajar akan tetap menduduki peperiksaan walaupun tidak membayar yuran dengan syarat memang terbukti tidak mampu.

"Semalam YAB Azmin Ali (Menteri Besar Selangor), saya akan sebut di sini bahawa pelajar yang sah dia itu miskin, tidak mampu bayar yuran universiti, tidak boleh dilarang untuk menduduki peperiksaan," jelasnya.

Dalam pada itu beliau meminta penuntut Unisel memahami tujuan dan usaha PKR menjatuhkan Khalid dari kepimpinannya yang bermula dengan 'Langkah Kajang'.

Tambahnya, prinsip pedulikan rakyat perlu diteruskan sebagai asas pemerintahan Pakatan Rakyat (PR).

"Di antara sebab saya tidak setuju dengan pentadbiran dahulu dan 'Langkah Kajang' diadakan walaupun beliau adalah sahabat saya.

"Apa erti wang yang banyak bila anak-anak kita dinafikan? Saya tidak boleh terima.

"Saya harap saudari saudara mengerti bahawa mengapa ubahsuaian itu (penukaran MB Selangor).

"Langkah Kajang ialah menyokong apa-apa yang baik dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, mengharagi pentadbiranhya yang cekap tapi harus mengangkat pentadbiran supaya ia lebih menunjukkan kepedulian terhadap rakyat termasuk pelajar Unisel yang tidak mampu membayar yuran," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia