Bangangnya Anwar Ni 'balas dendam'... serang Khalid depan mahasiswa

Mungkin kerana pedih dengan kelicikan politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bekas penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan program syarahan di Universiti Selangor (Unisel) sebagai pentas untuk terus mengkritik kepimpinan bekas MB itu.

Menurutnya, pentadbiran Khalid sebelum ini di negeri itu menjejaskan pelajar Unisel dengan bebanan yuran yang diluar kemampuan.

Anwar berkata walaupun mempunyai simpanan wang negeri yang banyak namun kepincangan pengurusan kepimpinan terdahulu sangat ketara sekaligus ia tidak boleh diterima sehingga beliau menegur Khalid sebelum ini.

"Sebab yang saya menegur kepimpinan MB sebelum ini adalah saya kata dengan wang yang ada saya tidak boleh terima pelajar ditekan menghukum pelajar yang tidak boleh membayar yuran tidak boleh menduduki peperiksaan.

"Kalau wang tidak ada tidak apa...saya baru dapat maklumat beberapa mahasiswa tadi yang lambat bayar yuran akan didenda, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan," katanya semasa menyampaikan ucapan di program Syarahan 'Memerangi Ekstrimis' Isnin.

Dalam masa sama beliau memaklumkan perjumpaannya dengan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di kediamannya semalam memutuskan untuk membenarkan pelajar akan tetap menduduki peperiksaan walaupun tidak membayar yuran dengan syarat memang terbukti tidak mampu.

"Semalam YAB Azmin Ali (Menteri Besar Selangor), saya akan sebut di sini bahawa pelajar yang sah dia itu miskin, tidak mampu bayar yuran universiti, tidak boleh dilarang untuk menduduki peperiksaan," jelasnya dipetik Antara Pos.

Dalam pada itu beliau meminta penuntut Unisel memahami tujuan dan usaha PKR menjatuhkan Khalid dari kepimpinannya yang bermula dengan 'Langkah Kajang'.

Tambahnya, prinsip pedulikan rakyat perlu diteruskan sebagai asas pemerintahan Pakatan Rakyat (PR).

"Di antara sebab saya tidak setuju dengan pentadbiran dahulu dan 'Langkah Kajang' diadakan walaupun beliau adalah sahabat saya.

"Apa erti wang yang banyak bila anak-anak kita dinafikan? Saya tidak boleh terima.

"Saya harap saudari saudara mengerti bahawa mengapa ubahsuaian itu (penukaran MB Selangor)," ujarnya.
PKR sebelum ini memberikan berbagai alasan untuk menukar Khalid Ibrahim namun tiada satupun yang benar-benar kukuh.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL