Pecat Pemimpin Pas Bukti Dap ‘Tokong’ Yang Tidak Boleh Disentuh

PULAU PINANG, 29 Sept – Tindakan Kerajaan Pulau Pinang memecat dan menyingkirkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut serta membekukan peruntukannya jelas membuktikan Dap adalah ‘tokong’ yang tidak boleh disentuh.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim, inilah wajah sebenar Dap yang harus diketahui oleh rakyat di mana sesiapa sahaja yang mengkritik parti Dap tidak kira atas alasan apapun, sudah pasti individu tersebut akan di’hancur’kan.

“Ini terbukti dengan pemecatan Iszuree. Pemecatan drastik ini adalah lambang kuku besi Dap. Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri. Mereka harus bersuara dan membela Iszuree.

Rafizal Abd Rahim“Tindakan Dap ini amat tidak adil dan menindas Pas. Adakah Pas memang tidak boleh bersuara langsung di dalam pakatan pembangkang? Adakah Pas tidak boleh menegur rakan sekutu mereka sekiranya ada kepincangan yang dapat dikesan?

“Apa yang diucapkan oleh Iszuree adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang. Jadi, apakah alasan sebenar dia dipecat?,” ujar Rafizal kepada UMNO-Online.

Iszuree dipecat oleh Kerajaan Dap Negeri Pulau Pinang berikutan ucapan dasar Bendahari Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang itu pada Muktamar Tahunan Pas ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.

Dalam ucapan beliau di Muktamar PAS itu membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008.

Ucapan Iszuree yang mewakili Pas Pulau Pinang pada Muktamar Pas itu membuktikan bahawa kedua-dua isu berkenaan benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak Dap menjadi kerajaan negeri dan mereka dilihat tidak bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam menangani isu tersebut.

Disebabkan ucapan yang dianggap ‘menghina’ kepimpinan Dap itu, maka Iszuree dipecat tanpa ada sebarang tunjuk sebab atau amaran. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL