Caya Lah....Individu macam Alvin, sampah masyarakat - Pemuda UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap penulis blog kontroversi, Alvin Tan sebagai penakut serta sampah masyarakat ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan yang menghina pemimpin negara.
Khairy berkata, Alvin merupakan seorang yang penakut apabila hanya berani mengeluarkan kenyataan tersebut selepas melarikan diri ke luar negara.
"Kalau berani balik ke Malaysia cakap depan-depan. Tak payah hendak lari ke Amerika Syarikat. Dia ini penakut hanya berani cakap selepas sudah lari dari Malaysia.
"Cakap depan-depan. Kami (Pemuda UMNO) menunggu. Jangan jadi bacul lari lepas itu baru hendak tunjuk berani. Orang macam ini adalah sampah masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Baru-baru ini, dalam status terbarunya di laman sosial, Alvin telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara serta mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadapnya.
Alvin sebelum ini juga telah dihadapkan ke mahkamah ekoran tindakannya mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial.
Sebelum itu pada 12 Mei lalu mahkamah membenarkan pasport Alvin dan pasangannya, Vivian Lee disimpan sebagai syarat jaminan sebelum diserahkan sementara kepada mereka berdua dari 18 Mei hingga 3 Jun lalu bagi tujuan pengambaran sebuah dokumentari di Singapura.
Bagaimanapun, Alvin telah dikenakan waran tangkap setelah gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah serta tidak hadir pada sebutan semula kes sebanyak dua kali iaitu pada 13 Jun dan 18 Julai lalu.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan turut mengecam perbuatan itu serta berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap Alvin.
"Saya menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang tegas terhadap lelaki yang kurang ajar ini. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu boleh memudaratkan rakyat.
"Oleh kerana tindakannya yang menghina pemimpin negara dan mengambil kira perbuatannya yang memalukan itu, malah telah melarikan diri ke luar negara, amat wajar sekiranya dia dibuang kerakyatan," katanya.
Sohaimi berkata, pihak berkuasa di negara ini juga boleh bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk menahan Alvin dan mengekstradisi ke Malaysia untuk dikenakan hukuman yang setimpal.
Beliau berkata, kes melibatkan Alvin ini adalah satu pengajaran bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan bagi mengekang anasir-anasir yang boleh memecahkan perpaduan negara.
"Kita tidak mahu Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan diperlekehkan hanya kerana membiarkan lelaki seperti Alvin ini terus berleluasa tanpa diambil sebarang tindakan," katanya.

Comments