Lebih 30 dikhuatiri maut dalam letusan gunung berapi di Jepun
OTAKI, Jepun: Anggota bomba, polis dan tentera meneruskan operasi mencari dan menyelamat di Gunung Berapi Ontake hari ini selepas empat mangsa disahkan maut dan sekurang-kurangnya 27 lagi dikhuatiri mati.
Lebih 500 anggota penyelamat kembali ke gunung berapi itu selepas operasi berkenaan ditangguhkan petang semalam berikutan wujud gas beracun yang merbahaya.
"Segala-galanya bergantung pada situasi (gunung berapi) dan sejauh mana keadaannya," kata pegawai pengurusan krisis kerajaan wilayah Nagano.
Asap masih lagi kelihatan di puncaknya awal pagi ini tetapi helikopter sudah mulai melakukan usaha untuk mencari mangsa dari udara di gunung berapi yang popular dalam kalangan pengembara itu.
Sekurang-kurangnya 31 orang dijumpai terbaring berhampiran puncak gunung berapi setinggi 3,067 meter itu, yang meletus Sabtu lalu tanpa sebarang tanda, yang memuntahkan debu, batu dan asap.
Empat daripada 31 orang itu dibawa turun dan kemudian disahkan mati. Semua mereka adalah lelaki berusia antara 23 hingga 61 tahun.
Anggota penyelamat berusaha untuk membawa turun baki 27 orang lagi yang masih berada di gunung berapi itu yang dalam keadaan 'serangan jantung', ungkapan yang digunakan sebelum doktor mengesahkan kematian.
Anggota bomba pula secara berasingan mengesahkan lebih 30 orang cedera akibat terkena batu yang berterbangan dan menghidu gas beracun.
Agensi Meteorologi meramalkan bahawa letusan akan berlaku lagi, dan memberi amaran bahawa serpihan daripada letusan itu boleh menjangkau sejauh empat kilometer dari puncaknya. - AFP

Comments