ATM Affin Bank digodam teruk...RM1.271 sah dicuri

Ini dah serupa filem Hollywood yang kita dok tengok di TV, pencuri menggunakan kemahiran tinggi dalam teknologi maklumat untuk kebas lebih RM1 juta dari Mesin Teler Automatik (ATM) tanpa berpeluhpun.
Mulanya ada yang lapor, RM500 ribu, kemudian tambah lagi jadi lebih RM800 ribu, akhirnya petang Isnin, Affin Bank memberitahu sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam ATM kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor.

Menurut kenyataan itu, ATM berkenaan diusik kelmarin, mengakibatkan kecurian wang tunai.

Mesin terbabit terletak di Johor Baharu, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor, Melaka Raya, serta PJ State dan USJ di Selangor.

"Insiden itu telahpun dilaporkan dan bank bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan kes itu," menurut kenyatan itu.

Bagaimanapun, bank itu menyatakan data pelanggan tidak diganggu atau dikompromi.

Sementara menunggu hasil siasatan polis, bank berkenaan segera menempatkan langkah kawalan tambahan di semua mesin ATM di cawangan dan di lokasi luar.

"Pihak bank mengadakan pemantauan rapi bagi memastikan pelanggan kami dapat meneruskan urusan perbankan mereka dengan selamat," menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian di USJ 10, itu digodam tanpa menggunakan sebarang alat pengumpil atau merosakkan ATM terbabit, kedua-dua suspek lelaki yang dipercayai warga Amerika Latin berusia lingkungan 20 ke 35 tahun itu didapati melakukan sebanyak 137 transaksi di mesin tersebut setelah mereka berjaya menggodam sistemnya.

Kedua-dua suspek turut dikesan memakai fon telinga semasa mengeluarkan wang tersebut yang dilakukan secara bergilir-bergilir dalam tempoh dua jam.

Dalam kejadian di USJ 10, mereka berjaya melarikan wang berjumlah RM265,600 sementara di Petaling Jaya (RM303,000).

Mengulas kejadian di USJ 10, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihak bank hanya menyedari kehilangan wang di dalam ATM tersebut pada petang semalam sebelum pengurus bank terbabit membuat laporan pada kira-kira pukul 5.30 petang.

"Hasil semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian itu berlaku pagi semalam iaitu pada pukul 8.35 pagi hingga pukul 10.44 pagi.

"Dua suspek lelaki yang mempunyai paras muka warga Amerika Latin berumur lingkungan 20-35 tahun, tinggi 175 sentimeter ke 180 sentimeter, berkulit cerah, seorang berambut perang manakala seorang lagi berambut hitam dikesan melakukan perbuatan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yahaya berkata, penyelenggara ATM juga mendapati sekeping kad SIM telah diletakkan di tempat memasukkan kad ATM pada mesin itu.

Sementara itu, kehilangan wang ATM berjumlah RM303,000 di sebuah bank di Petaling Jaya hanya disedari 7.30 petang semalam.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jenayah itu dilakukan oleh suspek pada pukul 12.30 malam.

Polis juga tidak menolak kemungkinan dua kes sama yang berlaku di Johor baru-baru ini turut melibatkan suspek.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL