Saya ahli PAS sampai ajal, kata Saari...Dalam Masa Yang Sama Ingkar Arahan Presiden?

KUALA LUMPUR: "Saya masih ahli PAS...sampai ajal,". Itu reaksi ringkas ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib kepada pemberita.

Beliau yang selesai mengadakan perjumpaan hampir dua jam bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran perjumpaan berkenaan walaupun diasak beberapa kali oleh pemberita.

Malah beliau berulang kali memohon maaf kerana tidak dapat memberi sebarang kenyataan, walaupun ditanya sama ada hasil perjumpaan tersebut positif atau negatif.

Saari kemudiannya berlalu ke kereta sambil tersenyum.

Beliau sebelum itu dilihat masuk ke ibu pejabat PAS pada jam 2.45 petang bersama ADUN Morib, Hasnul Baharudin, sebelum keluar pada jam 4.15 petang.

Bagaimanapun, Hasnul masih lagi belum dilihat meninggalkan ibu pejabat PAS.

Sehingga kini, tindakan susulan terhadap dua ADUN berkenaan masih menjadi tanda tanya walaupun secara jelas ia dihentam hebat para pimpinan dan perwakilan sewaktu Muktamar parti itu berlangsung minggu lalu.

Saari dan Hasnul dianggap 'pengkhianat' kerana bertindak menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor, sebelum parti itu mengeluarkan pendirian dan kenyataan rasmi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana