Bila pemimpin politik kagum diri dan angkuh dengan kuasa
Dalam wawancara dengan sebuah portal berita sebelum Muktamar PAS ke-60 minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mengingatkan ulama usah asyik menggunakan “alasan” agama “menjustifikasi” setiap tindakan politik mereka.
Inisiatif Mat Sabu ini dilihat sebagai peringatan bahawa rakyat sentiasa meneliti pemikiran dan gelagat politik mereka dan mampu membuat penilaian sendiri sama ada mahu menyokong atau tidak perjuangan PAS.
Bagaimanapun dalam muktamar berkenaan penyokong dan pengkagum ulama bertindak balas dengan meremeh pemikiran kumpulan profesional yang diwakili Mat Sabu sebagai “tidak mengerti sepenuhnya konsep kepimpinan ulama”.
Berulang-ulang isu itu dibangkitkan di persidangan Pemuda, Muslimah semestinya Dewan Ulama. Malah ada yang tidak segan silu memakai jaket yang melaungkan cogan sokongan pada ulama dan presiden parti.
Ini menguja pemimpin golongan ulama bertalu-talu menyelar, menyindir dan malah melaknati golongan progresif ini termasuk dua ADUN PAS Selangor yang dituduh khianat pada perjuangan PAS dan dilabel “pencuri, rasuah dan barua”.
Gelagat ulama ini memang memeranjatkan. Meskipun ada usaha merapatkan saf kepimpinan PAS di hujung muktamar umum dapat merasakan ia hanyalah usaha bak “menanam tebu di pinggir bibir” sahaja.
Walaupun serangan terhadap kumpulan “progresif dan liberal” agak reda sedikit selepas muktamar tetapi berikutan majlis “penyelesaian” kemelut politik Menteri Besar Selangor Selasa lalu, ulama PAS mempamerkan sisi “cengih” dan “keras” mereka lagi.
PAS doa yang tidak baik kepada Umno
Kali ini kebencian terhadap apa sahaja yang bersilang dengan PAS, dihalakan kepada musuh tegar PAS, iaitu Umno.
Belum lagi tindakan disiplin dua ADUN yang “khianat” terhadap parti diambil, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meledakkan satu “doa ngeri” terhadap Umno yang dilabelnya “parti cinta dunia”.
Doa yang memutus silaturrahim secara mutlak dan tuntas di antara penyokong PAS dan Umno ini diheret sampai alam barzakh!
Doa Nik Aziz diaminkan ribuan pengundi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon Allah “memotong lidah dan membutakan mata Umno” jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.
Mursyidul Am PAS itu memberitahu ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak boleh bertentang mata kerana Umno yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.
"Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam.
"Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya-Allah," mohon Nik Aziz.
Nik Aziz berkata, PAS melawan Umno kerana ia mengambil berat akan hal-hal kerohanian seperti ganjaran daripada Allah dan memasuki syurga.
"Inilah sebabnya mengapa kita menentang Umno. Umno hanya mengambil berat tentang perkara lain. Semuanya mengenai wang. Ada perkara lain bagi mereka?
"Apabila Umno tolak Islam, maka konsep kehidupan selepas kematian tidak masuk kepala mereka. Dan apabila itu berlaku, mereka tidak mengambil berat tentang melakukan dosa kerana mereka fikir semua akan tamat apabila mati kelak," katanya.
PAS ternyata benci Umno
Yang menimbulkan persoalan ialah mengapakah ulama-ulama PAS tiba-tiba menjadi semakin galak? Kebencian terhadap Umno memang bukan rahsia lagi.
Bagaimanapun mutakhir ini ulama PAS kelihatan amat kritikal dan sinis dengan golongan progresif dan profesional dalam parti sendiri. Semangat ucapan penangguhan Haji Hadi nampaknya membakar doa Nik Aziz pula terhadap Umno.
Mengapakah ulama-ulama ini menunjukkan keyakinan (dan mungkin keangkuhan) yang terlalu tinggi berhubung iman dan parti mereka? Adakah muktamar lalu meyakinkan mereka bahawa ulama kini sudah memonopoli sokongan setiap lapisan ahli PAS?
Memang tabiat orang politik. Jika ada pihak tidak bersetuju dengannya bererti pihak berkenaan memusuhinya. Pemikiran politik ini dipopularkan oleh bekas presiden Amerika Syarikat, George W Bush Junior.
Dalam mengisytiharkan perang ke atas pengganas, Bush menganggap negara yang tidak sehaluan dengan kerajaannya adalah musuh. Bush mungkin didorong
Pemikiran Amerika Syarikat adalah kuasa besar dunia. Baginya kudrat adalah kebenaran.
Lantas apabila Amerika memuktamadkan bahawa madrasah dan sekolah-sekolah pondok di seluruh dunia Islam adalah sarang melatih pengganas, hampir semua kerajaan Islam ketika itu menjarakkan diri daripada institusi berkenaan.
Malaysia pun tidak terkecuali. Peruntukan dan bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dikurang dan akhirnya dihentikan.
Begitu perangai pemimpin politik. Malangnya fe’el ini mudah berjangkit. Dalam keadaan berasa kuat, berkuasa dan berada di pihak yang benar maka sebarang perbedaan pandangan itu dianggap pengingkaran dan haram.
Sikap ini nampaknya mudah meresapi mana-mana pemimpin tidak kira ideologi politik apa yang dianutinya; termasuk yang mendakwa mewakili parti Islam.

Comments