Video : ‘Orang tua umur 90 ni sensitif, dia ingat dia terbaik,’- Zahid
KUALA LUMPUR – “Orang tua umur 90 ni sensitif, dia ingat dia terbaik,”ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memerli bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang memperkecilkan nasihat dan pendapat orang lain yang lebih muda daripadanya.
Ahmad Zahid berkata anggota Mubarak merupakan golongan yang masih diperlukan, dan sehubungan itu mereka tidak sepatutnya merasakan diri mereka dipinggirkan.
“Mereka yang memasuki usia emas pasti merasa sensitif terutamanya mereka yang berumur 70 tahun, 80 tahun serta 90 tahun. Yang berumur 90 tahun ni selalu bernostalgia (menceritakan mengenai apa yang dilakukan dulu) seolah-olah dialah sahaja yang terbaik.
“Saya tak merujuk kepada sesiapa dalam perkara ini… sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kalau dah tiada jawatan dan kedudukan duduk diam-diam jangan kacau yang di bawah,” katanya secara sinis yang merujuk kepada perkembangan politik semasa yang melihat terdapat bekas pemimpin parti politik cuba menyemai kebencian terhadap kepimpinan negara.
Dalam pada itu, menurutnya, kerajaan terus memberi bantuan kepada bekas wakil rakyat yang menghadapi masalah kewangan dan sebagainya, termasuk dari parti pembangkang kerana kerajaan berlaku adil kepada semua pihak.
Katanya pada majlis pecah tanah bangunan Wisma Mubarak di Jalan Sentul, hari ini akan menyampaikan permintaan Mubarak berhubung bantuan kewangan untuk pembinaan bangunan Wisma Mubarak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mendekati golongan muda dan mendaftar mereka sebagai pengundi.
Beliau berkata adalah juga penting untuk anggota Mubarak memainkan peranan memberi penjelasan kepada golongan itu tentang perancangan yang mahu dilakukan kerajaan.
Katanya golongan muda terutama pengundi kali pertama mahukan perkara yang baharu dan mahu tahu hala tuju yang akan dibawa kerajaan.
“Mereka (golongan muda) mahu nostalgia dan sejarah lampau… dianggap sebagai kenangan sahaja. Anggota Mubarak mempunyai peranan penting mendekati mereka dan menjelaskan kepada mereka mengenai betapa pentingnya sejarah dan pada masa yang sama apakah hala tuju dan rancangan yang dibawa kerajaan untuk masa depan,” katanya.

Comments