Malaysia Bakal Ada PM Sementara Andai Pakatan Pembangkang Memerintah

Sejak dari dahulu lagi, pakatan pembangkang di negara ini cukup mengidamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik selaku Perdana Menteri. Sudah berkali-kali Pilihan Raya Umum berlangsung, namun usaha Anwar untuk menawan Putrajaya masih lagi tertangguh akibat tiadanya persefahaman jitu di kalangan parti pembangkang.

Perkembangan ini menyaksikan Tun Dr Mahathir secara tiba-tiba mencadangkan nama Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menjadi Perdana Menteri. Namun begitu, cadangan ini pantas ditolak DAP dan PKR yang masih kekal dengan pendirian mereka untuk meletakkan Anwar sebagai calon utama sebagai Perdana Menteri.

Namun, hari ini, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Abdullah tampil dengan satu cadangan yang mungkin pada fikirannya terbaik, tetapi bagi rakyat Malaysia, ianya seolah-olah mempersendakan institusi pentadbiran negara.

Beliau mencadangkan, pelantikan Perdana Menteri interim (sementara) jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata, pelantikan itu boleh dilakukan sementara menunggu pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. Beliau juga menegaskan bahawa, Anwar kekal sebagai pilihan utama Pakatan Harapan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sambil mengambil contoh situasi yang berlaku di Turki apabila Reccep Tayyip Erdogan dihalang daripada menjadi Perdana Menteri selepas partinya memenangi pilihan raya pada tahun 2002 kerana diharamkan memegang jawatan politik. Sebagai ganti, Abdullah Gul dilantik bagi pihak Erdogan dan menjadi PM interim sehingga kerajaan membatalkan sekatan terhadap Erdogan pada tahun 2003.

Jika mengambil kira cadangan yang dikemukakan oleh Saifuddin ini, dapat dirumuskan bahawa, agenda pembangkang hanyalah untuk meletakkan Anwar selaku Perdana Menteri tanpa menghiraukan nasib rakyat selepas mereka berkuasa. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa, Saifuddin seolah-olah memperolokkan perundangan negara hanya kerana seorang individu bernama Anwar Ibrahim.


Di Malaysia hari ini, perlantikan seseorang Perdana Menteri mestilah mendapat persetujuan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong. Andai mengambil kira cadangan Saifuddin ini, bukan sahaja rakyat yang tertipu dengan helah pembangkang, malah Kebawah Duli Tuanku juga turut dijadikan alat pemuas nafsu politik mereka.

Inilah hakikat yang Saifuddin gagal fahami disebalik cadangan bodohnya dalam urusan perlantikan Perdana Menteri. Saifuddin juga mungkin terlupa bahawa jika seseorang pesalah jenayah yang dijatuhi hukuman penjara, dia akan diharamkan dari menjadi calon pada mana-mana parti politik untuk tempoh 5 tahun.

Mengambil kira umur Anwar 70 tahun semasa dibebaskan kelak, andai Pilihan Raya Umum diadakan tahun hadapan, beliau terpaksa menunggu sehingga usia 80 tahun barulah beliau dapat bertanding sebagai Ahli Parlimen dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri. Ini kerana, mengikut perkiraan, setiap penggal mempunyai 5 tahun pentadbiran.

Andai usia pembebasan penuhnya berakhir pada Oktober 2022, trend pilihan raya kini berlangsung pada pertengahan tahun dan ianya sama sekali menghalang Anwar dari melayakkan dirinya untuk menjadi Ahli Parlimen atau Perdana Menteri. Mana mungkin Saifuddin tidak memahami perkiraan mudah ini?

Usahkan mahu mewujudkan “caretaker” bagi jawatan Perdana Menteri, untuk melantik Anwar sendiri sebagai Perdana Menteri terpaksa menunggu sehingga 2023, barulah Pakatan pembangkang dapat melakukannya. Adakah Malaysia terpaksa bergantung harap kepada Perdana Menteri boneka barulah kedudukan sebenar dapat ditentukan? Bukankah gila cadangan ini?

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL