Bekas Wartawan Berkongsi Kekecewaan Melihat MADEY Jalin Kerjasama Dengan DAP

Bekas wartawan sebuah akhbar Inggeris, Anwardi Datuk Jamil berkongsi kekecewaannya melihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjalin kerjasama dengan DAP.
Beliau yang kini seorang penerbit dan pernah meraih berpendapat, jalinan kerjasama itu sama seperti menyokong Parti Komunis Malaya (PKM).

"Maaf Tun, saya memuatnaik kembali status saya ini bagi mengingatkan diri saya dan semua yang lain," tulisnya.

Berikut adalah tulisan Anwardi:

"Ramai bertanya mengapa saya begitu marah terhadap PKM, dan mereka berterusan mendakwa kumpulan komunis itu adalah pejuang kebebasan dan mengapa saya meraikan kematian Chin Peng.
"Biar saya ceritakan. Ini adalah kisah yang dikongsikan oleh bapa saya, sebagaimana disampaikan oleh adik perempuannya yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai di kampung ayah saya di Parit Sulong (Batu Pahat).

"Dan berikut adalah petikan daripada biografi yang ditulisnya:

Ahad, 10hb Jun 1945:

“Apabila saya masuk ke rumah, ada mayat terbaring dan bertutup dengan kain batik. Beberapa orang datang memegang saya dan bertanya saya dari mana kerana ramai yang menyangka saya juga telah menjadi korban Bintang Tiga atau saya telah dibawa pergi atau hanyut di sungai.

Saya menerangkan yang saya dari Batu Pahat dan mendapat berita dari orang di Batu Pahat.
Mayat yang terbujur di ruang rumah itu ialah ibu saya, Mak Temun, dan selepas itu barulah diterangkan kepada saya, selain ibu saya, yang turut terkorban ialah adik saya yang kecil, Harun, abang ipar saya, iaitu suami Kakak Aminah dan anak perempuan mereka yang berumor tiga tahu bernama Latifah, dan anak lelakinya yang berumor lima tahun bernama Tahir.

Ayah saya terselamat, begitu juga Kakak Aminah, Eyah dan adik adik saya Tik, Ening dan Salmah.
Keluarga Pak Anjang juga yang terbunuh, iaitu seorang budak perempuan, anak saudaranya. Anjang Mian sendiri kena temabk di kaki kanannya, dan Mak Tua juga kena tembak di dada kirinya. Rumah kami yang lima pintu musnah terbakar, begitu juga rumah Pak Anjang Mian. Tidak ada apa-apa yang dapat diselamatkan di rumah kami.” - petikan dari biografi Datuk Jamil Sulong yang hanya 19 tahun waktu serangan itu berlaku.

Kisah dari arwah makcik saya Mak Ning (Ening). Dia meninggal dunia tahun lalu. Beliau bercerita, pagi itu dia pun bangun awal. Dia melihat ayah keluar rumah dan diterus pergi bermain di kebun depan rumah kami....sedang dia bermain, dia melihat beberapa orang berpakaian seragam seperti tentera Jepun datang dari arah Senangar.

Selepas itu dia dengar bunyi tembakan dan suara bising orang menjerit dan ada bunyi orang bersorak dan juga bunyi nafiri.

Ening terkejut takut lalu bersembunyi dicelah batang-batang pokok ubi...dia bersembunyi hingga penyerang ini semua berundur.

Satu lagi makcik saya, Mak Minah (Aminah) turut memberi keterangan yang lebih jelas dan menggerikan. Masa serangan Bintang Tiga itu, beliau sudah berada di dapur untuk menjerang air, anaknya Tahir ada bersama-sama dengannya.

Walaupun dalam keadaan terkejut, dia teringat di belakang rumah kami ada parit besar yang penuh dengan bunga pelampung keladi yang menutupi muka air, lalu dia terus menarik anaknya ke sana.
Ketika itu dia juga nampak Mak Temun, emaknya (nenek saya) lari ke jurusan yang sama sambil mengendong anaknya bernama Shukor yang baru berumur setahun.

Mak Minah tergesa-gesa lari dengan anaknya, tetapi tidak sedar bahawa Tahir jatuh dan tertinggal di belakang. Mak Minah terjun masuk ke parit besar itu, dan apabila dia berpaling hendak ambil anaknya, dia melihat seorang anggota Bintang Tiga menikam Tahir dengam lembing, dan kemudian cuba mencarinya pula. Mak Minah melindungkan diri dengan daun kiambang.
Hancur hatinya melihat Tahir luka tergolek di tepi parit itu.

Dalam masa yang sama, seorang lagi Cina Bintang Tiga ternampak Mak Temun di dalam parit tidak jauh dari Mak Minah. Dia terus menikam Mak Temun yang sedang memeluk anak kecilnya. Mak Minah ada cerita dia terdengar Mak merayu kepada Cina itu,

“Tauke janganlah bunuh anak gua, bunuhlah gua saja, tolonglah tauke!” tetapi rayuan itu tidak dihiraukan. Pengganas itu terus menikam dengan tombak dan juga mengena Shukor yang kecil itu. Mak Temun dan Shukor tersadai dekat tepi parait itu, terus menghembuskan nafas terakhir.
Lepas itu, Cina itu mengeluarkan pisau lalu memotong jari Mak Temun yang memakai cincin emas belah rotan. Apabila nafiri dibunyikan, pengganas-pengganas itu semua lari masuk ke hutan.
(Anwardi ialah anak kedua kepada pengarah filem veteran tersohor, Datuk Jamil Sulong yang menghasilkan banyak filem di Malay Film Productions. Datuk Jamil menghembuskan nafas terakhir pada 25 September tahun lalu pada usia 88 tahun.

Selepas kerjaya sebagai wartawan di New Straits Times dan TV3, Anwardi turut berkecimpung dalam dunia penerbitan dan memenangi beberapa anugerah).
Anwardi menulis di laman Facebook miliknya di Anwardi Datuk Jamil.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL