Surat palsu dakwa MB isytihar Sultan Perak baharu
Ada pihak membuat surat palsu menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar, memuatkan kenyataannya mengisytihar seorang individu sebagai Sultan Perak Ke-36, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Menurutnya surat palsu yang diterimanya pagi tadi memaklumkan beliau mengisytiharkan Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak Ke-36.
"Saya tak tahu ini kerja golongan mana atau siapa. Siapa Sultan Badaruddin Alang Diwakis ini pun saya tak tahu siapa dan yang paling mengecewakan dia guna serta palsukan kepala surat Pejabat Menteri Besar dan kononnya saya membuat pengisytiharan itu.
"Ini satu lagi kes pemalsuan dan saya sudah arahkan pejabat saya membuat laporan polis bagi mencari siapa individu berkenan atau pihak yang mengeluarkan kenyataan ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO negeri hari ini.
Zambry berkata, beliau memandang serius surat palsu berkenaan kerana perbuatan itu jelas mahu mencemar nama baiknya dan Pejabat Menteri Besar.

Comments