Muhyiddin kuda tunggangan Tun M jika dilantik jadi PM

Meskipun Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersara, namun beliau tetap cuba menguasai pentadbiran negara dengan melantik dirinya sendiri sebagai penasihat.

Dengan menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri baharu, beliau menginginkan Presiden PPBM itu membuat segala keputusan berdasarkan arahannya dan mengikut segala perintah beliau.

Namun jelas Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali, perkara itu tidak dapat dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sekaligus ia membuatkan Tun Mahathir terdesak untuk bekerjasama dengan pembangkang dan pemimpin serpihan UMNO bagi menjayakan strateginya itu.

dr azmi vs tun mahathir“Cadangan Tun Mahathir itu nampak sangat dia masih ingin mengawal pemerintahan dan kuasa, dimana Tan Sri Muhyiddin hanya akan menjadi kuda tunggangan buat dia sahaja.

“Inilah yang dia mahukan, sebab Tun Mahathir tak dapat buat perkara itu pada Pak Lah dan Datuk Seri Najib, sebab itu dia gunakan Muhyiddin pula,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Terdahulu, Tun Mahathir berkata beliau akan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri baharu sekiranya berjaya merampas tampuk pemerintahan akan datang daripada tangan UMNO BN.

Namun daripada lantikan itu, beliau akan melantik dirinya sendiri sebagai penasihat berkaitan dengan pentadbiran negara.

Mengulas lanjut, Noor Azmi turut menjelaskan yang Tun Mahathir dalam masa yang sama tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kerana tahu bekas ketua pembangkang itu mempunyai agenda yang lebih licik dan tersirat dimana perkara itu kadang kala tidak dapat dibaca oleh Tun Mahathir sendiri.

“Dia tentu lah tak mahu Anwar jadi PM sebab dia tak boleh dapat kuasa kononnya sebagai penasihat.

“Berapa kali kita dah suruh Tun Mahathir berehat dari politik tapi ada dia kisah? Tidak. Ini kerana dia sendiri mempunyai agenda tertentu begitu juga dengan Anwar,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL