Kor Ming tak patut hina Dr M - Wan Azizah...Bangang Pemimpinan PH ni

BAKRI: Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Kita tidak sepatutnya kata perkara seperti itu kerana kita sudah bersama-sama dalam Pakatan. Dr Mahathir sudah membuat video yang mengatakan beliau mahu membetulkan kesilapan masa lalu," katanya kepada pemberita selepas berucap pada ceramah di Bukit Naning dekat sini, dipetik Mstar Online.

Ditanya sama ada Pakatan akan menegur Kor Ming, Dr Wan Azizah berkata: "Anda perlu tanya DAP berkaitan perkara itu."

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pakatan mengutuk kenyataan Kor Ming dalam klip video berdurasi 1 minit 53 saat yang dimuatnaik dalam laman Facebook "Gerak Perak" yang kononnya menunjukkan pemimpin DAP itu menghina Dr Mahathir dalam satu ceramah.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Kor Ming mengeluarkan kata-kata menghina Tun Dr Mahathir dengan meletakkan tokoh berusia 92 tahun itu di neraka bersama Lee Kuan Yew.

Kor Ming dengan biadap mengatakan bekas perdana menteri Singapura yang pertama itu sedang sabar menunggu ‘di atas’ untuk bermain mahjong dengan Tun Dr Mahathir.

Pemimpin DAP yang bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan akan dicabar Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Kor Ming turut bertanding di kerusi DUN Aulong menentang calon BN, Soo Kay Peng.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, Kor Ming memohon maaf di atas kekasaran bahasa yang digunakan dalam ceramah tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL