MEMBELI ‘PENONTON’ DI MEDIA SOSIAL UNTUK BINA PERSEPSI...TAK SANGKA VIEW VIDEO PH RAMAI
KUALA LUMPUR: Parti politik tertentu dikesan membeli ‘penonton’ untuk memanipulasi Facebook (FB) Live ketika penganjuran ceramah mereka, bertujuan meningkatkan jumlah tontonan untuk membina persepsi, kononnya lebih popular dan berjaya menguasai media sosial.
Felo Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata tindakan terbabit juga dibuat bagi mewujudkan ‘winning psyche’ atau rasa menang.
Beliau menyatakan, teknik itu dikesannya menerusi satu ceramah politik anjuran sebuah parti yang berlangsung di Jerlun, Kedah, apabila pautan FB Live acara itu dikongsi menerusi tiga akaun FB berbeza.
“Ketiga-tiga akaun FB yang dibuka secara berasingan ini, berkongsi satu persamaan iaitu jumlah penontonnya. Jika kita teliti ceramah di Jerlun yang disiarkan menerusi tiga akuan FB berbeza, mempunyai penonton seramai 14,000.
“Maksudnya, ada 14,000 menonton juga ketiga-tiga FB ini secara serentak. Secara logiknya, apabila kita menonton FB Live, adakah kita akan membuka tiga saluran sekali gus.“Gambarannya, seolah-olah anda sedang menonton tiga saluran televisyen serentak,” katanya.
Malam tadi, pembangkang menganjurkan ceramah politik di Dataran Haji Salleh Lebai Junus, Jerlun, Kedah, dengan dihadiri beberapa pemimpin utamanya termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Noor Nirwandy berkata, pihak terbabit, mungkin tidak menyedari kekhilafan yang sedang dilakukan terutama apabila jumlah kenaikan dan penurunan penonton bukan saja pada jumlah sama, tapi juga pada masa sama.
Beliau berkata, ini bermakna jumlah penonton sedang dimanipulasi secara elektronik kerana mustahil ketiga-tiga laman itu mempunyai jumlah penonton yang sama setiap masa.
Noor Nirwandy menjelaskan, teknik itu digunakan bagi menaikkan semangat penyokong sendiri, disamping bertujuan mempengaruhi dan membentuk persepsi pengundi atas pagar terutama generasi muda, kelompok yang begitu mesra dengan media sosial.
“Teknik ini perlu dikesan kerana ia boleh memberikan faktor penjelmaan palsu kepada kadar sokongan parti tertentu.“Like dan share’ yang mungkin dijana hasil strategi manipulasi dan pembelian digital akan membuatkan emosi masyarakat teruja dan menyertai perbuatan ‘like dan share’,” katanya.
Hasil kaji selidik dijalankan, beliau berkongsi pautan mengenai tawaran dibuat menerusi ‘pasar gelap’ internet yang menawarkan perkhidmatan menjual tontonan atau penonton FB Live.
Beliau berkata, berdasarkan pakej ditawarkan, ia dijual sekitar AS$14 (RM55.17) sehingga AS$149.98 (RM591) bagi 100 hingga 1,000 penonton.“Anda hanya perlu masukkan pautan live anda dan bayar, maka secara automatik anda membeli penonton untuk ‘page’ (akaun FB) anda.
“Ini bentuk perkhidmatan yang kami temui di internet melalui enjin carian. Kami tidak pasti sama ada wujud atau tidak ‘service provider’ yang lain di luar sana,” katanya.

Comments