Bonus tiga bulan kepada penjawat awam Selangor - Noh Omar

TANJONG:  Barisan Nasional (BN) Selangor akan memberikan bonus tiga bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini sekiranya berjaya menawan semula Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pemberian bonus itu akan dilaksanakan dalam Belanjawan 2019 ini.

“Kalau kerajaan negeri ketika ini yang banyak hutang dan boleh muflis gara-gara hutang air sahaja tapi masih boleh berjanji beri bonus tiga bulan, kita (BN) juga boleh.

“Malah kita ada Kerajaan Persekutuan untuk bantu dan janji kita lebih menyakinkan daripada mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan penyerahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Sempadan di sini hari ini, dipetik Utusan Online.

Penyerahan PDM itu dibuat antara DUN Sungai Burong dan DUN Permatang ekoran kajian persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Turut hadir calon BN DUN Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias dan calon BN DUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana