Bekas Exco kerajaan Pakatan Perak sokong BN

Bekas Exco kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Datuk Osman Jailu menganggap Datuk Seri  DrZambry Abd Kadir seorang Menteri Besar yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik berbanding  Nizar Jamaludin.

Untuk rekod Nizar yang dulu dari PAS dan kini menyertai parti Amanah pimpinan Mat Sabu menjadi Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat bertahan hanya selama 11 bulan sebelum kerajaan pimpinannya tumbang.

Menurut Osman, selama dua penggal mentadbir negeri Perak, Dr Zambry berjaya memacu Perak menjadi sebuah negeri yang pesat membangun.

``Saya perhati secara detail, Dr Zambry berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik ibarat `langit dengan bumi’ berbanding Nizar,’’ katanya kepada pemberita di sebuah hotel di Ipoh pada Ahad.

Kata Osman lagi, contoh terbaik yang harus diberi pujian apabila Dr Zambry turun padang mendekati rakyat Perak menerusi program permukiman yang berjaya menyelesaikan banyak isu dan permasalahan rakyat.

Dr. Zambry tambahnya merupakan contoh pemimpin terbaik berbanding menteri besar lain apabila beliau sanggup tidur di masjid dan rumah jawatankuasa masjid tanpa memikirkan protokol.

``Pendekatan Dr Zambry ini amat menyenangkan rakyat untuk mendampinya bagi meluahkan segala masalah yang dihadapi selama ini untuk tindakan penyelesaian,'' katanya

Osman seterusnya menasihati pengundi khasnya rakyat negeri ini yang bakal membuang undi pada 9 Mei ini supaya membuat pilihan tepat dengan menyokong BN demi masa depan mereka.

Katanya, mereka harus berhati-hati dalam membuat keputusan dengan tidak melakukan kesilapan lalu agar peristiwa pemerintahan 11 bulan pakatan rakyat tidak berulang lagi.

``Fikirlah dengan semasak-masak dan sebaiknya…Jangan kerana seekor nyamuk habis kelambu dibakar’’ kata Osman.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL