Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO

Siapa saja yang kerap lalu lalang melalui depan rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur kebelakangan ini tentu merasa ada kelainan sikit suasananya.

Dulu kebiasaannya rumah agam itu nampak sunyi saja.Namun akhir-akhir ini sejak selesai pilihanraya umum ke 14 saban hari kelihatan ada saja dereten kereta di pinggir jalan situ dan orang keluar masuk.

Apa yang pasti kedatangan mereka bukanlah untuk ‘merayakan’ kemenangan Tengku Razaleigh menewaskan calon PAS dan PKR dengan majoriti 3,913 undi di kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihanraya umum kali ini.

Bukan satu…bukan dua…bukan tiga tetapi ini adalah pilihanraya kali ke 12 sejak tahun 1969 beliau bertanding dan menang kerusi itu.

Tengku Razaleigh kini pegang rekod sebagai Ahli Parlimen paling senior di Dewan Rakyat.

Mungkin ada yang sudah lupa bahawa beliau adalah pengasas dan CEO pertama Petronas selain pernah jadi Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Dalam UMNO pernah jadi Bendahari dan Naib Presiden.

Juga antara lain yang menarik tentangnya ialah pemilihan jawatan UMNO yang sengit tahun 1987.

Tengku Razaleigh yang mengetuai Team B tewas pada Tun Dr Mahathir Mohamad  Team A dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO dengan undi tipis cuma 43.

Nama dalam politik namanya tetap harum sekalipun pernah mengetuai seketika Parti Semangat 46 selepas UMNO (lama) diharamkan dalam kontroversi selepas pemilihan jawatan itu.

Selepas dua kali mengetuai Semangat 46 dalam pilihanraya umum 1990 dan 1995,Tengku Razaleigh dan sebahagian besar ahli partinya akhirnya kembali masuk UMNO semula.

Pada usia 81 tahun kerabat diraja Kelantan ini nampak masih steady dan bertenaga.

Ini dapat dilihat semasa beliau bersembang dengan rombongan Almuni Kelab UMNO Luar Negara dan beberapa NGO lain yang membuat kunjungan di rumahnya petang Khamis.

Bukan rahsia lagi kedatangan mereka dan kebanyakan lain dari masa ke semasa kebelakangan ini adalah untuk memujuknya main peranan dalam kepimpinan UMNO selepas Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

Namanya menjadi bualan di kalangan ahli UMNO dalam pencarian mereka untuk membangkitkan semula parti setelah melalui pukulan hebat dalam PRU14.

Malah ada yang membariskan namanya dalam senarai pilihan jawatan Presiden UMNO dalam posting di media sosial selain Datuk Seri Dr Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishamuddin Hussein,Khairy Jamaluddin,Datuk Seri Mohamed Hassan dan Datuk Seri Mustapha Mohamad.

Ramai yang berpendapat mahu tidak mahu UMNO kini memerlukan set barisan kepimpinan baru yang utuh dan boleh ‘dijual’ untuk menarik balik sokongan ramai.

Dalam hal ini ada kalangan yang melihat kelebihan Tengku Razaleigh ialah dari segi pengalaman dalam politik dan pentabiran,tiada diselubungi sebarang skandal dan paling utama dikira orang disegani yang boleh diletak sama level dengan Dr Mahathir.

Seorang wakil Almuni Kelab UMNO Luar Negara yang bercakap dalam pertemuan itu menilai Tengku Razali dapat menjadi gam yang menyatukan parti dalam keadaan yang getir sekarang.

Seorang lain yang bercakap memberi pandangannya kata buat masa ini tidak nampak ada orang lain yang boleh main peranan yang penting itu.

Tengku Razaleigh telah berucap memberi pandangan beliau termasuk tentang situasi politik dan parti UMNO selepas PRU14.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berulangkali menegaskan bahawa kejayaan UMNO  menang 54 kerusi Parlimen ( campur dengan BN semua jumlahnya 78)  bukan sesuatu hal yang kecil.

PKR  menang  47 kerusi Parlimen,DAP 42,PAS 18,PPBM 12,PAN 11 dan lain-lain parti 29.

Katanya berbanding dengan parti-parti lain termasuk di pihak Pakatan Harapan hakikatnya ialah UMNO menang kerusi yang terbanyak sebagai sebuah parti.

Beliau juga menilai UMNO mampu bangkit semula dari kegagalan BN dalam PRU14.

Tengku Razaleigh berpendapat ia dapat dicapai menerusi azam kalangan ahli untuk buat perubahan dan melangkah ke depan dengan penuh semangat serta barisan kepimpinan yang mantap.

Beliau mengajak semua ahli UMNO mengambil iktibar apa yang baru dilalui dan tidak patah semangat.

Pada penghujung pertemuan itu semua yang hadir telah bangun serentak sambil menyuarakan harapan mereka agar beliau sedia tawar diri untuk memimpin parti.

Soalnya sekarang…apa reaksi Tengku Razaleigh pada desakan itu?

Beliau hanya senyum tanpa ada jawapan ya atau tidak.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL