NAJIB RAZAK DISIFATKAN PEMIMPIN YANG MENDAHULUKAN RAKYAT – TONY FERNANDES

 KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, hari ini berkongsi kejayaan syarikat penerbangan tambang rendah itu sehingga ke peringkat antarabangsa dengan bantuan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan pemimpin yang mendahului negara.

Beliau berkata laluan kejayaan AirAsia penuh berliku pada peringkat awal dengan memiliki dua pesawat kemudian berkembang kepada 230 pesawat mengangkut 89 juta penumpang setiap tahun.

“Seperti yang anda semua maklum, kisah saya membawa nama AirAsia berdepan pelbagai liku dan saya rasa ia sangat penting untuk dikongsikan.



“Saya bermula dengan hanya dua pesawat kecil walaupun berdepan cabaran dan sepanjang 10 tahun ini kami menyaksikan bagaimana kerajaan membantu dengan menyedia peluang untuk AirAsia membina nama sehingga ia kini antara jenama terbesar di dunia,” katanya dalam klip video disiarkan portal Free Malaysia Today.

Tony berkata bukan perkara mudah untuk membawa jenama tempatan ke peringkat antarabangsa, tetapi ia direalisasikan dengan bantuan kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri yang beliau sifatkan sentiasa meletakkan negara sebagai keutamaan.

Katanya, AirAsia memenangi pelbagai anugerah peringkat dunia dan beliau berterima kasih kepada kerajaan yang mampu menguruskan negara termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat seperti AirAsia dengan baik.

“Saya percaya Perdana Menteri mendahulukan rakyat dan membenarkan AirAsia berkembang walaupun beliau mendapat tentangan di merata tempat.“Keputusannya mengutamakan negara memberi manfaat kepada kita semua, justeru apabila mengundi nanti buatlah keputusan berdasarkan fakta dan bukan berita palsu yang anda selalu dengar di media massa,” katanya.
Tony berkata beliau berharap pada masa depan lebih banyak syarikat seperti AirAsia akan wujud sekali gus menyediakan lebih peluang pekerjaan berdasarkan meritokrasi.

“Itulah Malaysia yang saya impikan, jadi undi dengan bijak dan kita jumpa pada 10 Mei di AirAsia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL